~

Khamis, 23 September 2010

Home » , , , , , » Enjin Turbo Kereta Keluaran Proton Masa Depan

Enjin Turbo Kereta Keluaran Proton Masa Depan

Siapa tak tahu dan kenal dengan Proton yang sinonim kenderaan keluaran Tempatan (Malaysia) yang banyak mendapat kritikan dan teguran dari banyak pihak sehinggakan syarikat permotaran ini hampir muflis, Walaupun begitu kini Proton yang masih dalam proses pemulihan telah membuat satu perancangan yang amat trastik dan semakim lebih baik daripada sebelum ini dengan mengeluarkan beberapa model terbaru seperti

Proton Exora dan Jenama yang paling terkenal dan meningkatkan kegemilangan syarikat nasional ini ialah keluaran Proton saga, Kini di katakan proton akan mengeluarkan satu lagi model proton yang akan mengantikan model Waja,dan mengikut beberapa sumber model ini ialah waja lanser. Model ini penulis pernah publiskan dengan entri bertajuk "PROTON WAJA LANCER 2010". Satu lagi yang boleh penulis berbanga dengan syarikat kenderaan nasional proton ini ialah, proton di jangka akan mengeluarkan Enjin Turbo pulak bagi model-model keluaran pada masa hadapan.tahniah penulis ucapkan kepada Proton Holdings Bhd atas kemajuan yang di capai. Antara petikan dari akhbar Utusan Malaysia online adalah seperti berikut:


Proton rancang perkenalkan enjin turbo tahun depan
SHAH ALAM 23 Sept. – Proton Holdings Bhd. akan memperkenalkan enjin bercaj turbo yang baharu tahun depan dengan Proton Exora dijadikan sebagai model pertama menggunakannya.Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, prestasi enjin itu adalah bersamaan dengan enjin dua liter.

"Enjin itu akan menyokong produk-produk masa depan Proton yang berkaitan dengan prestasi yang dipertingkatkan, pelepasan dan kualiti,” kata beliau kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini hari ini.Syed Zainal Abidin berkata, sebelum akhir tahun, syarikat pembuat kereta negara itu akan melancarkan versi berwajah baharu model sedia ada dan model baharu dengan kerjasama Mitsubishi Motors.Model baharu itu ialah penggantian untuk Waja, kata beliau.Beliau berkata, harga model penggantian Waja lebih tinggi sedikit seiring dengan prestasi dan ciri-ciri yang lebih baik.

"Proton telah pun memulakan pembangunan kenderaan hibrid dan elektrik yang pada masa ini tertakluk kepada penilaian prestasi, ujian dan penilaian keselamatan,” kata beliau. – Bernama

5 ulasan:

  1. "slmt mlm..k ros jejak kecni pula.."

    BalasPadam
  2. tahniah kpd proton..semoga lebih berjaya..hehe

    BalasPadam
  3. sya dah lama pakai turbo..convert je tp mmg stok habis pakai turbo ni..

    BalasPadam
  4. bgs juga..
    bolehbuat versi evo..
    kalau kereta lotus, mmg x mampu..mahal bebenor..huhuh

    BalasPadam