~

Selasa, 14 September 2010

Home » , , , , , » Informasi Berita Jenayah Tragis: Sosilawati Lawiya Dan 3 Yang Lain

Informasi Berita Jenayah Tragis: Sosilawati Lawiya Dan 3 Yang Lain

Edisi ini di buat untuk memaparkan Berita-berita mengenai kes pembunuhan kejam Sosilawati Lawiya Dan 3 Yang Lain.di mana edisi ini bersumberkan dari Berita-berita harian online.



Edisi 15 september 2010
 Utusan Malaysia Online
Rumah Kediaman sosilawati: AHLI keluarga dan sahabat handai mula menziarahi keluarga Datuk Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis, Gombak, Kuala Lumpur, 13 Sept. Antara yang menziarahi keluarga jutawan kosmetik itu termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah dan timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Abdullah. - Utusan/SHAIFUDDIN MOHD NOR

Gambar Suspek Pembunuh Sosilawati: SALAH seorang suspek pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dibawa ke sebuah jambatan di Sungai Kachong untuk mencari bukti yang dibuang ke sungai tersebut, di Tanjung Sepat, Banting, 13 Sept. Gerakan mencari bahan bukti tersebut melibatkan pasukan penyelam polis marin. - Utusan/SAHARUDDIN ABDULLAH

ANGGOTA polis mengawal ketat peguam bergelar Datuk, suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya ketika dibawa ke pejabatnya di Banting, Kuala Langat, semalam. 

Lagi bukti pembunuhan : Antara petikan akhbar utusan Malaysia online, dimana suspek di katakan mempunyai kaitan beberapa siri pembunuhan dan kehilangan orang.anatara petikan akhbar ini adalah seperti berikut : KUALA LUMPUR 14 Sept. – Empat daripada lapan suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain turut disyaki terlibat dengan pembunuhan seorang kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 8 Mac lalu.

Tiada bukti mangsa disembelih – Polis: Selain itu juga dikatakan bahawa mangsa-mangsa pembunuhan ini masih disiasat cara pembunuhan yang di lakukan.antara petikan tajuk ini adalah seperti berikut: KUALA LUMPUR 14 Sept. – Siasatan polis setakat ini mendapati tiada maklumat menunjukkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi individu telah disembelih.Sehubungan itu, polis menafikan laporan dua akhbar yang memetik sumber kononnya keempat-empat mangsa disembelih dengan senjata tajam. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa sehubungan itu berharap pihak media menghentikan laporan berbentuk spekulasi kerana ia boleh mengganggu siasatan kes tersebut.

“Saya tidak tahu daripada sumber mana mereka (akhbar terbabit) dapat maklumat mangsa disembelih sedangkan pihak polis masih menjalankan siasatan.

“Setakat ini, siasatan kita menunjukkan tiada maklumat menyatakan mangsa disembelih,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan