~
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan

Rabu, 30 Jun 2010

PENJARA PUDU BELUM DI PUTUSKAN ROBOH SEMUA

UDA belum putuskan roboh keseluruhan Penjara Pudu
30/06/2010 6:03pm

JOHOR BAHRU 30 Jun - Pemilik tanah Penjara Pudu, UDA Holdings Bhd. masih belum membuat keputusan sama ada keseluruhan struktur penjara yang berusia lebih 100 tahun di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur itu akan dirobohkan.

Ahad, 27 Jun 2010

Lesen pemborong, stok gula dikurang






RANTAU PANJANG - Kerajaan akan melaksanakan langkah terbaru menyekat kegiatan penyeludupan barangan kawalan dengan cadangan mengehadkan jumlah syarikat pemborong khususnya di kawasan sempadan selain mengurangkan stok untuk mereka.

Jika cadangan itu dilaksanakan kelak, apa yang akan berlaku ialah setiap 222 kawasan Parlimen di negara ini hanya akan mempunyai satu syarikat pemborong barangan kawalan.

Selasa, 15 Jun 2010

Mengapa Yahudi Bijak?

Antara sunnah Nabi (s.a.w) ialah:
- makan buah sebelum makan nasi
- tidak makan lauk ikan dan daging serentak dalam satu masa
- minum air sebelum dan selepas makan, bukan ketika makan
- ibu bapa membaca quran ketika ibu mengandung
- susu & kurma antara kegemaran Nabi (s.a.w.)

Baca artikel di bawah… Seolah2 Yahudi mengkaji sunnah Nabi dan mengamalkannya
sedang umat Islam sendiri mengabaikannya.

Wassalam

Baca… Renung… Fikir… Bertindak!
Based on true story...

Isnin, 7 Jun 2010

KETAWA BAHAGIA

Tahukah Anda manfaat dan fakta aneh disebalik ketawa? Berikut 12 fakta  disebalik ketawa itu  seperti yang dipetik dari Genius Beauty
  1. Bayi tidak boleh  ketawa sampai mereka mencapai usia tiga bulan
  2. Ketawa selama 10-15 minit boleh membakar banyak kalori
  3. Ketawa mampu mengeluarkan udara di dalam paru-paru dengan kelajuan 60 mph
  4. Ada 17 otot wajah yang digunakan untuk tersenyum, sedangkan mengerutkan kening memerlukan  47 otot wajah
  5. Seseorang yang sering ketawa gembira memiliki risiko penyakit jantung 40 peratus lebih rendah dibanding orang yang murung
  6. Percayakah Anda, ada tanaman yang disebut bunga ketawa. Begitu juga jika melihatnya Anda akan ketawa seperti orang gila selama setengah jam
  7. Ketawa 17 minit per hari dipercaya memperpanjang waktu hidup selama satu hari
  8. Rata-rata anak berusia enam tahun ketawa 300 kali sehari. Ketika kita meningkat  tua kita tersenyum dan tertawa hanya 15 kali sehari.
  9. Senyuman pelayan dapat membuat pelanggannya memberikan tips tambahan.
  10. Baik untuk perut, jika Anda ketawa selama satu jam tanpa henti.
  11. Dengan tersenyum. Model iklan american Gordon Todd menikmati bayaran $ 4.000
  12. Orang yang tinggal di Brazil dan Cuba lebih banyak tersenyum dibandingkan dengan mereka yang tinggal di Scandinavia.

Ahad, 30 Mei 2010

Kesal UM Jadi lokasi Aibkan Dr. Mahathir! ~~ GEMPAR

Majlis Perundingan Melayu (MPM) kesal dengan tindakan pengurusan Universiti Malaya (UM) yang membenarkan kampus itu dijadikan lokasi penganjuran syarahan umum bagi mengaibkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Setiausahanya. Dr. Hasan Mad berkata, majlis itu yang pada asalnya bertujuan membincangkan buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times karya Barry Wain telah dijadikan medan untuk menghentam Dr. Mahathir, UMNO dan orang Melayu.

''Nampaknya Naib Canselor (Datuk Dr. Ghauth Jasmon) bersikap liberal untuk membenarkan UM dijadikan platform bagi mengejek kepimpinan Melayu dengan berselindung di sebalik usaha-usaha bagi menggalakkan pemikiran terbuka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Forum yang diadakan di Dewan Syarahan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran universiti tertua di negara ini dianjurkan oleh Kluster Penyelidikan Sains Tingkah Laku dan Sosial (SBSRC) UM.

Dalam buku yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada April lalu untuk diedarkan di negara ini, Wain antara lain mendakwa Dr. Mahathir telah menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 bilion sepanjang era pentadbirannya.

HerbaPenawar.com ...Turn to the Nature for Health

Hasan turut menggesa kerajaan supaya menyiasat niat sebenar Wain menulis buku mengenai Dr. Mahathir.

''Wain sendiri mengaku ketika syarahan bahawa jika dia menulis buku mengenai Lee Kuan Yew (Menteri Mentor Singapura) seperti yang dibuatnya terhadap Dr. Mahathir, dia sudah pasti ditangkap pihak berkuasa negara itu," ujarnya.

Sementara itu, Ghauth yang dihubungi Mingguan Malaysia malam ini berkata, beliau perlu meneliti bantahan MPM itu terlebih sebelum memberikan komen lanjut

Nota Kaki: Isu ini sedang hangat di bincangkan di facebook dan blog-blog di Malaysia.
Bagi Pendapat ASC. perkara ini tidak sepatunya berlaku. di sesebuah institusi pendidikan dan harap OKU di perkenalkan semula.untuk mengelakan lebih ramai ketagih degan politik dari belajar.

Selain itu dalam buku itu juga mendakwa Dr. Mahathir telah menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 bilion sepanjang era pentadbirannya.Hasan turut menggesa kerajaan " Bagi Pendapat ASC kalau tidak mana ade putrajaya, plus, sepang, klia, klcc dan lain-lain kemudahan yang ada ke bayar Guna DAUn macam zaman jepun fikir-fikir lah.ada akal,fikiran tak nak fikir baik tak yah mengaji tinggi,bodoh macam tu jugak.eeeeeeeeeee geram..kutuk IDOLA asc ni

Label

Hiburan (35) lirik lagu (21) Politik (17) BLOGGER (11) Nuffnang (9) Terengganu (9) DOWNLOAD (8) Kerjaya (6) tip nuffnang (6) Artikel (5) E-BOOK (5) Pemimpin (5) TERJAH BLOGS (5) AGAMA (4) TUTORIAL (4) Tun Dr.Mahathir (4) CERITA MELAYU (3) AFFILIATE (2) E-NUMX (2) Jawatan kosong (2) Komik (2) Peniagaan (2) award (2) MBKT (1) ebook (1)