Entah ke mana perginya "abang mesra alam" kita ini. Dulu, sebelum Pilihanraya Umum ke-12, hari-hari "abang" kita ini muncul dalam TV3 dengan "pantun-pantun"nya yang menggamit halwa telinga penonton Buletin Utama. Namanya tiba-tiba begitu gah sekali sebagai pembongkar masalah rakyat.
Saya masih ingat ketika itu, En. Karam Singh Walia begitu tekun dengan kerjanya. Dia begitu komited untuk menyampaikan masalah dan penderitaan rakyat. Selain itu, dia juga sanggup meredah hutan belantara untuk mendedahkan kes-kes kemusnahan alam sekitar, projek-projek haram, aktiviti menggondolkan muka bumi dan sebagainya. Malah kes paip rumah tersumbat dan longkang pecah pun dia laporkan.
Saya masih ingat ketika itu, En. Karam Singh Walia begitu tekun dengan kerjanya. Dia begitu komited untuk menyampaikan masalah dan penderitaan rakyat. Selain itu, dia juga sanggup meredah hutan belantara untuk mendedahkan kes-kes kemusnahan alam sekitar, projek-projek haram, aktiviti menggondolkan muka bumi dan sebagainya. Malah kes paip rumah tersumbat dan longkang pecah pun dia laporkan.
Ketika itu, Dr. Khir yang menjawat jawatan Menteri Besar Selangorlah yang paling "kalut". Dia terpaksa menjawab setiap perinician yang dikeluarkan oleh Karam Singh Walia. Jenuh juga dia terpaksa mengarang "pantun" balas. Mungkin Dr. Khir terpaksa mengupah seorang "pemantun khas" untuk tujuan "mari berbalas pantun" dengan Karam Singh Walia. Tapi, kenapa hanya Dr. Khir saja yang terpaksa berhadapan dengan Abang Karam? Oh ya! Karam Singh Walia hanya "attack" Selangor saja, negeri lain dia "kacau" sikit-sikit saja. Tak tahulah arahan "siapa". Mungkinkah Kalimullah?
Tapi kini Dr. Khir dah tak jadi MB dah. Beliau dah jadi Ketua Pembangkang. Itu pun kena gantung setahun dari menghadiri sidang DUN Selangor. Namun nampaknya, Dr. Khir kini juga telah "mengambil alih" kerja Karam Singh Walia. Pada hari ini, Dr. Khir sendiri yang turun padang mengejar dan membongkar kes "curi pasir" di Selangor!
Entah mengapa Karam Singh Walia "terlepas pandang", kita pun tak tahu. Selalunya, Karam Singh Walialah yang akan mendahului untuk kes-kes sebegini. Namun sehingga hari ini, Karam Singh Walia masih lagi tidak "menjuarai" kes curi pasir di Selangor. Walaupun isu ini sedang hangat diperkatakan rakyat Selangor, Karam Singh Walia bagai tidak punya "mood" untuk membuat sebarang "scoop" berkenaan isu ini.
Mungkinkah Karam Singh tidak berminat lagi untuk membongkar negeri Selangor setelah Pakatan Rakyat mentadbir? Apakah Karam Singh Walia sudah habis idea untuk mengarang "pantun" untuk kerajaan Pakatan Rakyat? Atau apakah Karam Singh Walia enggan "menjual pantun"nya kepada Khalid Gagap? Hairan juga saya. Kenapa begitu "sepi" sekali Karam Singh Walia terhadap Pakatan Rakyat. Bukankah Karam Singh pernah dianugerah sebagai wartawan terbaik? Dimanakah "etika" itu kini?
Saya harap Karam Singh Walia akan kembali menghangatkan Selangor dengan isu-isu panas. Saya harap Karam Singh akan dapat kembali ke Selangor dengan "skill" yang lebih menggerunkan. Saya harap Karam Singh akan dapat aspirasi ilham untuk menyusun pujangga "pantun" yang lebih pedas dan indah. Kembalikan Karam Singh Walia kepada rakyat! Janganlah sombong...
Baru saya teringat. Mungkin Karam Singh Walia sedang sibuk dengan rancangan yang di"host"kannya iaitu "Aduan Rakyat" di TV3. Hebat sekali Karam Singh sehingga diberi kepercayaan untuk mengetuai sebuah slot di TV3. Nama rancangan pun "Aduan Rakyat". Aduan "Pakatan" Rakyat atau Aduan Rakyat? Heiii..."compius" saya dibuatnya. Tapi macam slot tu macam Aduan "Pakatan" Rakyat jer...hehehe.
SUMBER: mykmu.net
ASc Sebenarnya peminat si Karam ni tapi bila aku buat analisis balik memang betul la si karam ni lebih kepada permainan Politik daripada menyelesaikan masalah umun itu pendapat ASC la...DAn satu lagi Slot di TV3 ni iaitu "Aduan Rakyat". Aduan "Pakatan" Rakyat atau Aduan Rakyat?..ASC setuju kata-kata penulis artikel tu.Kehilangan Si Karam ini telah menjadi isu di banyak blog-blog..asc pun ngah cari juga mana dia menyorok..wakawaka...Fikir2lahhhh selamat beramal!!!!
dia g jumpa tok slampit,,he he
BalasPadamhaar..rindu nak dengar pantun dia..^__^
BalasPadamSongs : Maher Zain feat Irf - Allahi Allah Kiya Karo
Cinta perlukan pengorbanan..perlu ker..??
TPenamat kepada Hari Pertama
rindunyaaaaaaaa
BalasPadamPantun yang sedap didengar..."bagai menikam di dalam gelap"
BalasPadam