Hari ni Asiatica nak cerita mengenai pindah milik atau tarekah bagi premis atau bangunan atau sesebuah rumah.Bagi mereka yang pernah membuat pertukaran milikan bagi rumah tentu pernah mengalaminya. bagi pindah milik ini hanya bagi premis atau bangunan dimana ia di lakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) atau Majlis di tempat masing-masing. Mengikut Peruntukan Sek. 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976 Pindah milik atau tarekah ini bermaksud Pegangan Berkadar dimana apabila sesuatu pegangan berkadar dijualbeli atau dipindahmilik sama ada secara kasih sayang atau pesaka, maka adalah menjadi tanggungjawab penjual atau pemindah milik dan pembeli atau penerima pindahmilik untuk memaklumkan kepada Majlis dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penjualan atau pindah milik dengan mengemukakan :-
BORANG I atau BORANG J yang boleh di dapati di Majlis kawasan
Pembeli/penjual hendaklah mengemukakan BORANG I sekiranya berlaku :-
Jualbeli hartanah.
Pemberian kasih sayang/antara keluarga.
Perintah Mahkamah.
Penerima pesaka hendaklah mengemukakan BORANG J sekiranya berlaku :-
Penukaran pemilik akibat kematian pemilik asal.
Penyerahan harta pusaka.
Perintah Mahkamah.
Permohonan Pindahmilik boleh dibuat oleh pemilik atau peguam,dengan disertakan:
1 salinan BORANG I yang diisi dengan lengkap.
1 salinan Dokumen Hakmilik Tanah yang telah dipindahmilik kepada pemilik yang baru, atau
1 salinan Perjanjian Jualbeli, atau
1 salinan surat Penyerahan Hak, atau
Perintah Mahkamah
Salinan resit bayaran Cukai Taksiran Harta terkini yang telah dijelaskan
Semua dokumen yang tersebut di atas hendaklah disahkan oleh Peguam, Sidang, Ketua Kampung, Wakil Rakyat atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
Mengikut Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976, mana-mana pihak yang gagal membuat pindahmilik pegangan berkadar boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000.00 (Dua Ribu Ringgit Malaysia) atau dikenakan hukuman penjara.
1. Status geran : Pajakan
Pemaju : Membenarkan pindah hakmilik terus darpada Pemaju kepada Pembeli
Pinjaman Perumahan : Bank
Tempoh Masa Proses : Seperti yang ditetapkan di dalam Perjanjian Jual Beli
Yuran Guaman : Di tanggung oleh Pembeli sahaja
Pindah Hakmilik : Geran tidak perlu di daftar atas nama Penjual terlebih dahulu sebelum di pindahkan ke atas nama Pembeli
2. Status geran : Pajakan
Pemaju : Tidak membenarkan pindah hakmilik terus darpada Pemaju kepada Pembeli
Pinjaman Perumahan : Bank
Tempoh Masa Proses : Tempoh masa akan menjadi lebih panjang berbanding masa yang ditetapkan di dalam Perjanjian Jual Beli
Yuran Guaman : Di tanggung oleh Penjual dan Pembeli sahaja
Pindah Hakmilik : Geran perlu di daftar atas nama Penjual terlebih dahulu sebelum di pindahkan ke atas nama Pembeli
3. Status geran : Pajakan atau Kekal/Selama-lamanya
Pemaju : Membenarkan/Tidak membenarkan pindah hakmilik terus daripada Pemaju kepada Pembeli
Pinjaman Perumahan : Institusi Kewangan Kerajaan

Yuran Guaman: Di tanggung oleh Penjual dan Pembeli sahaja

4. Status geran : Kekal/Selama-lamanya

5. Status geran : Kekal/Selama-lamanya

Pindah Hakmilik : Geran perlu di daftar atas nama Penjual terlebih dahulu sebelum di pindahkan ke atas nama Pembeli tetapi boleh di jalankan secara serentak

Asiatica ingin menasihatkan saudar-saudara untuk membuat penukaran pindah hakmilik sebaik sahaja menerima surat daripada Pemaju memaklumkan Geran hartanah/rumah saudara-saudara telah pun di keluarkan oleh pejabat tanah yang berkenaan. Tindakan saudara-saudara membuat Pindah Hakmilik dengan segera boleh mengelakkan pelbagai masalah yang akan timbul sekiranya saudar-saudar berhasrat untuk menjual hartanah/rumah tersebut suatu hari nanti.
Minta tanya, saya cuba isi Borang I bagi jualbeli hartanah daripada developer, adakah saya perlu mengisi Borang I and Penyata Pemilik juga? Saya minta tanya samada adakah contoh-contoh form bagaimana isi form tersebut?
BalasPadamTUAN DIMANA BORANG J BOLEH DIPEROLEHI
BalasPadamPenukaran nama rumah,mak saudara tukar nama ke anak saudara bagaimna yer?
BalasPadamsaya dah lama bayar cukai tanah n pintu atas nama saya.. tapi tiba2 nama saya tak ada keluar nama nama pemaju di slip cukai tanah... katanya pemaju sudah muflis.. jasi saya terpaksa guna peguam untuk dapatkan tukar nama.. kenapa jadi macam ni sedangkan loan semua saya atas nama nama saya.. ini sekarang rumah tu hak pemaju ke
BalasPadam