~

Sabtu, 4 September 2010

Home » , , , , , , , , » Koleksi SMS Raya ,Ucapan Raya Dan Pantun Raya

Koleksi SMS Raya ,Ucapan Raya Dan Pantun Raya

Asalamulaikum..Pada kali ini penulisan Gempak XX mengenai SMS Raya,Pantun Raya,Slogan Raya,dan apa-apa sahaja mengenai raya.Di harap Anda sudi memberi idea,cetusan kata mengenai Hari raya seperti sms raya ini agar dapat di kongsi bersama-sama di bawah ini Gempak XX letakkan beberapa sms raya. dan jika berminat nak dapatkan banyak lagi..sila pergi di ruangan Sumber yang gempak xx letakan.ok sekian sahaja coretan raya  kali ini.sekian .... 

Update koleksi : Koleksi SMS Raya Ucapan Raya Dan Pantun Raya versi II


SMS Raya 

Makan Roti Dengan Sekaya,
Selamat Hari Raya


Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.


Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
sms ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.



Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat
itu yang perlu kita ingat

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b


>> Sumber: budiey.com

Pantun Raya
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Negara kita aman sentosa
Jangan dilupa orang terinyanya
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan dilupa

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Menyeberang lautan melintas negeri
Terbang jauh dari Itali
Datuk nenek muka berseri
Anak cucu telah kembali

Gua Niah pintunya lebar
Dayak dusun jadi penjaga
Datuk nenek tidak tersabar
Kuih tersusun di atas meja

Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara

>> sumber: istimewa2u 

3 ulasan:

  1. salam sahabat
    ehm bagus banget..oh iya makasih ya dah saye follow anda sudah follow belum thanxs

    BalasPadam
  2. adeh!! ni parah kalau nak taip msg ..hehe.. ;D

    BalasPadam
  3. kalau ada jarum yg patah, jngan di simpan
    d dalam petih, jika tekasar bahasa jangan simpan d dalam hati salam raya maaf zhr dan btn yg sya mMpu beri

    BalasPadam