~

Ahad, 10 Oktober 2010

Home » , , » PERKASA Desak Ka Siong Perkara 153:Perlembagaan Persekutuan

PERKASA Desak Ka Siong Perkara 153:Perlembagaan Persekutuan

Asalamulaikum,PERKASA atau Pertubuhan Pribumi Perkasa hari ini telah  mendesak Ka Siong (MCA) mengenai  Perkara 153:Perlembagaan Persekutuan antara artikel seperti berikut



KUALA LANGAT 10 Okt. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong menyatakan tafsirannya terhadap Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada kontrak sosial.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali menegaskan, penjelasan itu penting kerana pemimpin sayap MCA itu selama ini menegaskan yang mereka menerima peruntukan tersebut selain meminta tiada kumpulan yang membuat tafsiran salah mengenai isu berkenaan.

‘‘Saya mahu Ka Siong tafsir sendiri apa yang beliau faham tentang asas Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 153 dan kontrak sosial.

‘‘Ini kerana Perkasa memang mempertahankan kedua-dua elemen itu,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Perkasa Daerah Kuala Langat yang diketuai Datuk Abdul Fatah Iskandar di sini hari ini.

Ibrahim mengulas kenyataan Ka Siong pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA Ke-46 yang antara lain mendesak Barisan Nasional (BN) membuat pendirian yang jelas mengenai hubungan dengan kumpulan ekstrem jika mahu mendapat sokongan daripada semua kaum di negara ini.

Malah antara resolusi perhimpunan itu turut meminta kerajaan BN memutuskan hubungan dengan organisasi seperti Perkasa bagi meredakan isu perkauman yang semakin tegang.

Ibrahim menegaskan, resolusi itu jelas menggambarkan watak MCA yang sebenar iaitu parti tersebut boleh bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mendesak kerajaan dalam perkara tertentu tetapi UMNO ditegah daripada berbuat demikian.

‘‘Apakah karakter MCA sebenarnya. Jika MCA cakap mereka tolak rasis, Perkasa juga menolak rasis. MCA boleh cakap yang mereka hendak, begitu juga dengan Perkasa.

‘‘Apa yang berlaku ialah MCA sekali lagi menjadikan Perkasa sebagai punching bag dalam bercakap mengenai isu perkauman di negara ini,” ujarnya.

Tambahnya, Pemuda MCA juga sepatutnya membidas kenyataan biadab Pengerusi pertubuhan haram Hindaf, P. Waytha Moorthy yang mempertikaikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya semua pihak di negara ini jangan sesekali mempersoal kuasa raja dan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.

‘‘Mengapa Ka Siong tidak melakukan semua perkara itu, hanya beliau yang boleh jawab,” katanya.

Sumber : utusan Malaysia Online

Ps: sertai PERKASA sekarang Untuk menjaga hak kita sebagai bangsa yang bermaruah untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai perkasa ini,boleh layari laman sesawang iaitu http://www.pribumiperkasa.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan