~

Rabu, 22 September 2010

Home » , , , , , » Terlajak Perahu Boleh Di Undur Terlajak Kata Badan Binasa

Terlajak Perahu Boleh Di Undur Terlajak Kata Badan Binasa

"Terlajak Perahu Boleh Di Undur Telajak Kata Badan Binasa" itulah sahaja penulis dapat membuat ungkapan terhadap seorang ahli politik Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin yang bijak pandai tapi cetek pemikiran.kekekekek Itulah dia apabila semua isu hendak di politikan semata-mata untuk mendapat tarikan murahan dari masyarakat.  Shamsul Iskandar Mohd. Akin yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang telah mengeluarkan penyataan buruk dan jahat terhadap kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya mempunyai kaitan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memberi imej buruk terhadap badan penegak undang-undang itu.


Antara artikel mengenai kes ini ialah di Harian MyMetro: Wartawan Dan Penyampai Berita TV Selangor Dipanggil Beri Keterangan Kes Sosilawati. Dan Artikel terbaru mengenai isu ini ialah Waran tangkap terhadap Ketua AMK jika enggan bantu dalam Utusan Malaysia Online. Itulah dia apabila ada mulut, cakap ikut suka hati dan lepas tanpa fakta,bukti dan kebenaran malah Allah  telah memberi akal fikiran tidak mahu berfikir ke arah kebaikan, tetapi tiap-tiap hari,masa dan waktu duk fikir perkara yang negatif yang boleh mendatangkan bencana di kemudian hari.

p/s: Cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar..apa kaitan pulak ya.kekekekke. Penulis menyeru pembaca sekalian berfikir dahulu sebelum kita melakukan sesuatu perkara sama ada dari segi percakapan mahupun perbuatan, Tidak semua apa yang kita lakukan di senangi semua pihak samada apa yang kita lakukan itu membawa kebaikan mahupun keburukan. Apa yang perlu kita pilihkan setiap keputusan yang di buat haruslah memberi lebih banyak kebaikan dari keburukan,kerana tidak semua orang memahami apa yang di aspirasikan oleh kita..Cuba Fikir sejenak mengenai mula-mula pembinaan Putrajaya (Kawasan Pentadbiran kerajaan Persekutuan) yang banyak mendapat kritikan buruk malah diangap satu projek pembaziran tetap di teruskan sehingga sudah di duduki walaupun tidak siap sepenuhyan dan memberi banyak faedah...cuba bayangkan jika pemimpin dahulu tidak meneruskan projek ini.....(-Fikir-fikirkan Menjana Informasi Pemikiran)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan