~

Jumaat, 10 September 2010

Home » , , , » Ops Sikap ke-22 sempena Hari Raya Aidilfitri

Ops Sikap ke-22 sempena Hari Raya Aidilfitri

Ops Sikap ke-22: 23 terkorban pada hari ketujuh (7)
KUALA LUMPUR: Hari ketujuh Ops Sikap ke-22 mencatatkan 23 lagi korban jalan raya menjadikan jumlah mereka yang maut sejak operasi dilancarkan pada Jumaat lalu meningkat kepada 118 orang.

Pegawai Perhubungan Ops Sikap Polis Diraja Malaysia, Asisten Superintendan Bakri Jainal Abidin, berkata pemandu dan penumpang kereta mencatatkan korban tertinggi dengan 12 kematian diikuti sembilan penunggang dan pembonceng motosikal, serta masing-masing satu pengguna lori dan pejalan kaki.Sebanyak 1,269 kemalangan dilaporkan berlaku semalam, iaitu 578 di jalan persekutuan, 314 jalan bandaran, 192 jalan negeri, 99 di lebuh raya dan 86 dilain-lain jalan, katanya.

Sebanyak 10,827 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya
melibatkan 6,609 dan 4,218. (Sumber: Berita harian Online:
Ops SIkap ke-22: 23 terkorban pada hari ketujuh )


Ops Sikap ke-22: 18 terkorban pada hari keenam (6)
KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 kematian dicatat pada hari keenam Ops Sikap ke-22 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula Jumaat lalu meningkat kepada 95 orang, setakat ini.

Laporan menerusi laman web Polis Diraja Malaysia mencatatkan mereka yang terkorban ialah tujuh masing-masing penunggang motosikal dan pengguna kereta, lori (2), dan masing-masing seorang penumpang bas dan pejalan kaki.

Selain itu, sebanyak 1,336 kemalangan dilaporkan berlaku semalam dengan 177 di lebuh raya, 340 di jalan persekutuan, 222 di jalan negeri, 517 jalan bandaran dan 80 lagi di jalan-jalan lain.Sebanyak 8,772 saman sudah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya setakat ini. (Sumber: Berita harian Online:Ops Sikap ke-22: 18 terkorban pada hari keenam)


Ops Sikap ke-22:9 maut hari kelima Ops Sikap
KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 kes kematian akibat kemalangan jalan raya dicatat pada hari kelima Ops Sikap ke-22 semalam, menjadikan bilangan yang terbunuh sejak operasi itu bermula Jumaat lalu kini berjumlah 67 orang.

Perangkaan di laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sehingga semalam majoriti yang terkorban adalah dari kalangan penunggang motosikal dan dua kematian melibatkan kereta serta satu penjalan kaki.Enam kemalangan maut berlaku di jalan persekutuan, empat jalan negeri, tiga jalan bandaran, dan masing-masing dua lebuh raya serta lain-lain.Perangkaan PDRM juga menunjukkan daripada 1,313 kemalangan yang dicatat semalam, 606 berlaku di jalan bandaran, jalan persekutuan (297), jalan negeri (219), lebuhraya (124), dan lain-lain (67).

Sebanyak 11,245 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Sikap ke-22 yang bermula sejak 3 September lalu .Ops Sikap yang mula beroperasi sejak 2001 oleh PDRM mendapat kerjasama daripada agensi kerajaan yang lain, khususnya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Ikatan Relawan Rakyat, dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia serta pihak swasta seperti TM Berhad, PLUS Berhad, MTD, dan badan uniform seperti St John Ambulans. - BERNAMA (Sumber: Berita harian Online:Ops Sikap ke-22: 18 terkorban pada hari ke-Lima)

1 ulasan:

  1. harap tahun ni dapat kurangkan kadar kemalangan jalan raya

    BalasPadam