~

Khamis, 16 September 2010

Home » , , , , , » Anggota Polis Parah Di Langar Penjenayah

Anggota Polis Parah Di Langar Penjenayah

Masyarakat sekarang atau hari ini lebih mengambil berat dan membuat beberapa isu yang buruk terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), sehinggakan penjenayah pun di sokongnya, manakala polis pulak di hukun dengan pelbagai cecaan da kejian dari masyarakat,dan di burukan pulak dengan Hantu politik yang menyemarakan penipuan mengenai isu yang membanbitkan polis semata-mata untuk kepentingan politik. Tanpa kita sedar sikap masyarakat dan hantu politik sedemikian meletak undang-undang tidak memberi makna dan penjenayah adalah benar. 

Kita lihat kes-kes yang melibatkan polis,boleh di katakan 85% mengenai kemantian atau kecedaraan penjenayah Polis yang di kutuknya dan di caci walaupun penjenayah berkenaan yang salah dan melangar undang-undang di jalan raya.Kalau kita perhatikan mereka-mereka ini semasa di jalan raya merupakan samseng dan pesalah undang-undang seperti lari dan rempuh dari sekatan polis,tidak menhentikan kenderaan apabila di suruh oleh polis,tiada lesen memandu,cukai kenderaan tamat tempoh dan sebagainya.walaupun mereka ini menyalahi undang-undang tapi sebaliknya berlaku,mereka ini mendapat sokongan dari masyarakat. Keadaan sedemikian melihat kita sekarang ini melahirkan penjenayah-penjenayah bukan nya membasmi jenayah.

Yang terbaru  Seorang anggota polis cedera parah semasa operasi sekatan jalan raya bagi mencegah jenayah dan lumba haram di Kuala terengganu. Apa menyedihkanjika anggota polis yang cedera dan mati semasa bertugas masyarakat kita hari ini akan memandang sepi,seperti tidak ada apa-apa yang berlaku,apa yang kita kata. Itu tugas mereka, Biarlah Padan Muka," itulah ungkapan ungkapan bagi mereka yang sentiasa melakukan kesalahan jenayah,tanpa kita fikir merekalah yang sentisan menjaga keselatan dan keharmonin kita semua,jika bayangkan jika di malaysia tidaka ada undang-undang atau polis apaakan berlaku,inginkah kita menjadi seperti negara luar seperti India dan pakistan..

Berikut artikel yang di petik Dari berita Kosmo Online megenai anggota polis yang cedera semasa bertugas.
ARIZAN yang patah kaki kiri dan tulang selangka kiri kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu semalam. 
KUALA TERENGGANU - Seorang anggota polis cedera parah selepas dirempuh sebuah motosikal yang ditunggang seorang pelajar berusia 15 tahun ketika bertugas dalam satu sekatan jalan raya berhampiran Jalan Masjid Abidin di sini kelmarin.

Akibat rempuhan kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa Arizan Mohamad, 25, patah kaki kiri dan tulang selangka kiri di samping menerima 10 jahitan di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supritendan Abdul Halim Ishak berkata, ketika kejadian seramai 15 anggota dan pegawai polis terlibat dalam sekatan jalan raya bagi mencegah jenayah dan lumba haram itu.

Menurut beliau, pelajar itu bersama rakan berusia 25 tahun yang membonceng motosikal tersebut dipercayai bertindak demikian bagi melarikan diri daripada sekatan polis.

"Remaja terbabit dan rakannya yang melihat sekatan jalan raya cuba berpatah balik dan memecut laju sebelum melanggar mangsa," katanya ketika ditemui selepas melawat Arizan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini semalam.itu. 

P/s: Maksud penjenayah di sini ialah  pesalah trafik,penjenayah langar undang-undang,pemandu yang tiada lesen memandu,lari sekatan polis,ingkar arahan polis dan meraka yang menyokong keganasan.Untuk Budak dengan EmakBapak yang langar polis jangan engkau nak buat cerita pulak polis pukul engkau.Diharap Polis dapat mengenakan tindakan undang-undang yang berat kepada penjenayah tu,dan pemilik motosikal tu gantung lesen pemilik.Jangan Jadikan Undang-undang Sebagai Hiasan tetapi penguatkuasan Hampeh...

1 ulasan: