~

Isnin, 26 April 2010

LATAR BELAKANG KUALA TERENGGANU

Pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III juga perlantikan merinyu telah di lakukan bagi melaksanakan peraturan sukatan dan timbangan pada masa itu. Sebuah mahkamah telah ditubuhkan untuk memastikan undang-undang dapat dilaksanakan secara lebih adil dan teratur. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu diwujudkan. Sebuah penjara turut dibina.

Hubungan persahabatan dengan Kerajaan Siam telah dijalinkan, dimana baginda Sultan telah menghantar ufti berupa ’ Bunga Emas’ setiap tiga tahun sekali. Upacara perarakan Bunga Emas dan Perak di Kuala Terengganu pada tahun 1909 telah dibuat secara besar-besaran. ( Rujukan Gambar – Arkib Negera Malaysia – Lampiran ). Hubungan dua hala tersebut telah membawa kepada penghantaran pegawai-pegawai daripada Kerajaan Siam ( Thailand ) ke Kuala Terengganu semasa pertabalan Sultan Zainal Abidin. Maharaja Siam juga telah melawat Kuala Terengganu pada tahun 1887.

Selain terkenal dengan kraf tangannya, pelbagai jenis hasil kesenian kebudayaan dapat dilihat aktif seperti tarian ulit mayang, tarian rodat, tarian saba, tarian balai, tarian gayung otar-otar, permainan gasing.

Selain daripada itu, pelbagai usaha pembuatan perayu nelayan, perahu kolek, setak, sekoci, jalur dan yang paling masyur ialah perahu payang. Lokasi pembuatan perahu masih kekal dari dahulu hinggalah sekarang termasuk dikampung Losong, Duyung, Telok Pasu dan Pulau Rusa. Industri kotej seperti pembuatan batik, songket, seni ukir kayu dan barang-barang tembaga masih kekal dan sangat berfeadah.

Pantai dan Pulau-pulau yang berada didalam kawasan Kuala Terengganu seperti pulau Redang, Pulau Bidong, Pulau Duyung, pantai Batu Burok, Telok Ketapang merupakan destinasi kunjungan dan pelancongan utama.

Kuala Terengganu kini semakin mendapat tempat dimata dunia dimana pelbagai kejohanan sukan bertaraf Nasional dan Antarabangsa diadakan di Bandar Kuala terengganu. Antaranya ialah Monsoon Cup Terengganu, Sultan’s Cup Endurance Ride dan FEI World Endurance Championship 2008.


ps/sumber:http://mbkt.terengganu.gov.my

Jumaat, 23 April 2010

KEKOSONGAN JAWATAN DI KUMPULAN TM


Peluang Baik kepada mereka yang baru habis blajar dan bagi mereka yang masih duk tanan anggur yang tidak mendatang kan hasil di jemput untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan kosong di Telekom Malaysia (TM)...JAwatan Yang di tawarkan seperti katbawah ni..okkkk

Technical Assistant (HSBB)
Manager, Project Implementation Sarawak
Senior Manager, Project Management
Senior Manager, Quality Assurance
Operations Manager Back Office Technical
Assistant Manager, Quality Standard & Industry Certification
Assistant Manager, Applications Engineer
Product Specialist Executive
Assistant General Manager, Network System Integration
Assistant General Manager, Manager WAN Accelerator Services
Assistant General Manager Account Management Foreign Based, FSI
Manager Enterprise Pahang
Assistant Manager Server Hosting And Network Security, Cyber Region 1
Assistant Manager Network Traffic & Design I
Assistant Manager LAN & Infra, Cyber Region 1
Assistant Manager , JHB-Server Hosting II

Semua permohonan hendaklah dibuat melalui TM Online Recruitment, laman web pengambilan anggota TM di http://www.tmcareer.com.my Sebarang permohonan secara selain daripada yang tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Bagi permohonan anggota Kumpulan TM, calon hendaklah menyemak dengan Ketua masing-masing untuk urusan sokongan atau sebaliknya. Sistem on-line akan hanya mengambil kira permohonan yang disokong melalui sistem tmcareer sahaja untuk tujuan senarai pendek.