~

Rabu, 8 September 2010

Home » , , , » Hari Raya Puasa Seluruh Malaysia Jumaat Ini

Hari Raya Puasa Seluruh Malaysia Jumaat Ini

Selamat aidil fitri ,Kepada saudara serta saudari,Setahun hanya sekali,Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Remdan ,Kita berpuasa hingga sebulan ,Pabila Syawal menjelma,Hari raya disambut dengan gembira....itulah dia antara lirik lagu hari raya yang di nyayikan oleh Saloma..Tinggal beberapa hari lagi kita akan sambut ketibaan 1 syawal hari Jumaat, 10 Sept 2010. Perutusan ini diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah dan secara lansung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).



“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010,”( sumber: Utusan Malaysia Online)


Tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini telah ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan