~

Selasa, 12 Oktober 2010

Home » , , » Hati-Hati dengan Kereta Model Mercedes

Hati-Hati dengan Kereta Model Mercedes

Hati-Hati dengan Kereta Model Mercedes itu lah penulisan pada petang ini, kereta mewah iaitu Mercedes sedang hangat di perkatakan di ruangan beberapa akhbar harian pada hari ini. Walaupun kereta model Mercedes yang merupakan kenderaan yang mewah tetapi tidak dapat lari daripada beberapa masalah teknikal. Di dalam Berita Kosmo online terdapat dua tajuk mengenai kenderaan mewah ini iaitu Nombor casis sama kereta di Jepun, Mercedes disita di mana seorang pengimport mengalami masalah untuk mendaftarkan kenderaan di puspakom dan satu lagi artikel mengenai Kereta Mercedes buatan Pekan tiada masalah iaitu mengenai masalah stereng. Untuk Artikel lebih lanjut baca  di bawah ini atau layari laman Berita kosmo.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan menyita sebuah kereta jenis Mercedes Benz CLS 350 bernilai RM500,000 setelah didapati menggunakan nombor casis yang sama dengan sebuah kereta di Jepun.

Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Mohd. Nadzri Osman berkata, perkara itu terbongkar bulan lepas apabila Jabatan Kimia mengesahkan lima digit nombor casis itu mempunyai persamaan dengan kereta lain di Jepun, selepas melalui proses pendaftaran di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

"Pengedar kereta itu ingin melakukan proses pendaftaran di Puspakom pada 24 Jun lepas tetapi tidak diluluskan kerana terdapat gangguan pada nombor casis dan meminta pihak JPJ membuat pemeriksaan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau berkata, JPJ kemudiannya mengenal pasti nombor casis itu pada bahagian bawah tempat duduk pemandu.

"Kita telah buka dan kikis bahagian tempat duduk itu untuk periksa nombor casis dan minta pihak Jabatan Kimia untuk pengesahan nombor itu sama ada ia mempunyai persamaan dengan kereta lain,” katanya.

Mohd. Nadzri berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Interpol untuk membongkar perkara itu.

Beliau berkata, kereta terpakai yang berusia lima tahun itu diimport dari United Kingdom sebelum dijual di negara ini. - Bernama
Kereta Mercedes buatan Pekan tiada masalah >>Oleh IKHWAN IDERIS ~ ikhwan.ideris@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Pemilik kereta Mercedes Benz model C-Class dan E-Class di negara ini boleh menarik nafas lega apabila Mercedes-Benz (Malaysia) semalam mengesahkan hampir kesemua kenderaan bagi kedua-dua model itu tidak terlibat dalam masalah stereng.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz (Malaysia), Peter Honegg berkata, semua kereta model C-Class dan E-Class yang dipasang di kilang DRB-Hicom di Pekan, Pahang tidak mempunyai masalah tersebut.

“Di Malaysia, kenderaan yang terlibat hanya 38 buah kereta model E-Class Cabriolet yang dipasang dan diimport dari Jerman.

“Bagaimanapun, semua pemilik kenderaan tersebut telah dikenal pasti dan dimaklumkan mengenai masalah ini serta diminta menghantar kereta masing-masing ke pusat servis,’’ katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan Mercedes-Benz mengumumkan penarikan semula 85,000 unit model C-Class 2010 dan model E-Class Coupe serta Cabriolet ekoran masalah stereng.

P/S: kereta mewah pun banyak masalah kos pembaikan pulak beribu-ribu baik guna kereta buatan tempatan je....Sokonglah Buatan Malaysia..hehehhe dang lagi berkempen.Waja Lancer Idaman Semua.....

11 ulasan:

  1. baru aku tahu mercedes pun byk gak mslh dgn memanggil blk kete yg telah berada di ats jalan......

    BalasPadam
  2. fuh.. nasib baek aku dh buang merc aku.. haha.. ;-p

    BalasPadam
  3. Saya baru angkat sebuah marecedes E200 .setakat nh ok lgi. Ricon 2013.biasalah kereta.

    BalasPadam
  4. saya nak tanya ttg mers.model A170 .ada banyak masaalah tak

    BalasPadam
  5. Nak tanya Merc s class 1995 ada banyak masalah tak? Asap!

    BalasPadam
  6. Apa masalah b200 & harga sparepart..?

    BalasPadam
  7. Nak tanye model S350L ok tak? Sape ade pengelaman pakai model tersebut tolong beri info kelebihan dan kekurangan model tu

    BalasPadam
  8. klu tgk kt google kereta bmw,audi & merc byk jer problem nya slps 3-5tahun pakai.sebabtu dia org guna 5thn lps tu jual ambil yg baru.

    BalasPadam
  9. Alah rilex la pakai 2 buah kereta satu jenama tempatan satu lagi buatan jerman.spare duit dulu sebanyak 5@10k untuk servis jangan beli dulu tapi duit servis sekupang takdak itu cari pasal namanya.member aku pakai mercedez 210 basic gaji dia baru 1.8k tapi dia ada duit untuk maintenance dahulu…kalau takut nak pakai kereta merc audi vw kau orang naik grab sajalah takyah pikir untuk maintenance habis cerita..semangat semangat

    BalasPadam