~

Rabu, 8 September 2010

Home » , , , , , , , , , » Koleksi SMS Raya Ucapan Raya Dan Pantun Raya versi II

Koleksi SMS Raya Ucapan Raya Dan Pantun Raya versi II

 Asalamulaikum dan salam menyambut Hari raya Aidilfitri yang akan kunjung tiba. kali ini Gempak XX dengan topik Koleksi SMS Raya  Ucapan Raya Dan Pantun Raya  versi II merupakan sambungan artikel sebelum ini.Sekali Lagi Gempak XX amat Berharap mereka yang mempunyai,koleksi sms raya,pantun raya,ucapan hari raya agar dapat berkongsi bersama-sama dengan GempakXX di ruangan komen,dengan kongsi ucapan ini berharap dapat memeriahkan lagi kita bersms hari raya.

 Pantun Versi Cina.....
HaLi LaYa Mau Mali,
Baju LaYa SaTu LoLi,
KuIh LaYa SaTu PeTi,
SaTu TaWun Satu KaLi,
Duit Laya MiKin JoLi,
Wa MiKin SiLaP Wa VeLy Vely Soli..
Haiya...
Salam Ramadhan Dan Salam Aidilfitri,MaaF Zahir & BatiN
========================
Anak Cina di ganggu penunggu,
kerana berjalan di kawasan Kelam,
Mohon maaf jika menganggu,
Hanya nak ucap salam lebaran..


lepas baca,
Tidurlah balik,
hehehe.... salam aidilfitri maaf zahir & batin
========================
Kad ucapan penganti diri,
Semoga berbahagia di aidilfitri,
Kepulangan perantau dipagi raya,
menyambut syawal bersama keluarga.
========================
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

========================
Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.
========================
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.
========================
Puasa itu satu perintah,
Oleh Allah yang maha perkasa,
Perintah itu jangan dibantah,
Wajibnya itu pada yang berkuasa.
========================
Sehari sudah lesu berpuasa,
Hidangan berbuka sudah tersedia,
Jangan kamu membazir masa,
Mulai beribadat semasa belia.
========================
Dingin di perigi waktu pagi,
Berkokok ayam ditengah laman,
Aidil fitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.
========================
Sebulan genap kita berpuasa,
Semoga digolongkan pada orang berjaya,
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita beraya.
========================
Lemah lembut tuan puteri,
Berkain cindai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.
========================
Udara dingin hening pagi,
Tabuh bising mulakan hari,
Aidilfitri menjelma lagi,
Masing-masing pakai berseri.
========================
Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.
========================
Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.

Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan.
========================
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keris,
Berbunyi mercun berdentum-dentam,
Riang gembira di Hari Raya.

4 ulasan:

  1. Selamat hari raya aidilfitri :D

    BalasPadam
  2. selamat hari raya smue he.......

    BalasPadam
  3. SeLaMaT HaRI RaYa SeMua KePaDa SaUdaRa2 ISLAM seKalIaN...

    BalasPadam
  4. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

    BalasPadam

hai