~

Rabu, 30 Jun 2010

Home » , » PENJARA PUDU BELUM DI PUTUSKAN ROBOH SEMUA

PENJARA PUDU BELUM DI PUTUSKAN ROBOH SEMUA

UDA belum putuskan roboh keseluruhan Penjara Pudu
30/06/2010 6:03pm

JOHOR BAHRU 30 Jun - Pemilik tanah Penjara Pudu, UDA Holdings Bhd. masih belum membuat keputusan sama ada keseluruhan struktur penjara yang berusia lebih 100 tahun di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur itu akan dirobohkan.
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, keputusan mengenai perkara itu hanya akan dibuat selepas mengambil kira pandangan semua pihak.

"Pada masa ini bahagian tembok penjara yang sudah dirobohkan adalah bagi memberi laluan kepada projek pembesaran Jalan Pudu,” katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam yang menolak usul DAP untuk membincangkan agar sebahagian daripada tembok penjara yang masih ada dikekalkan sebagai warisan sejarah.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan berkata, tapak penjara itu tidak diiktiraf sebagai Tapak Warisan oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Beliau bagaimanapun mengalu-alukan cadangan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim agar pintu gerbang Penjara Pudu diselamatkan dan dijadikan bahan sejarah untuk tatapan generasi akan datang.

"UDA terbuka untuk menerima sebarang cadangan daripada mana-mana pihak yang berminat untuk memindahkan bangunan Penjara Pudu ke tempat lain yang lebih sesuai bagi tujuan sejarah dan pemuliharaan...mungkin ia boleh diletakkan di Muzium Negara kerana ia sebahagian daripada sejarah negara,” katanya.

Kerja-kerja merobohkan sebahagian daripada tembok penjara yang berhadapan Jalan Pudu itu dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bermula 21 Jun lepas. - Bernama


1 ulasan:

  1. hmm ada baiknya ia dirobohkan...!!

    Salam Singgah Blog Saya ada entry Baru lah http://fasham87.blogspot.com/2010/07/my-destiny.html
    dan ini juga http://fa87.blogspot.com/2010/07/songs-cnblue-love.html

    BalasPadam