~

Ahad, 27 Jun 2010

Home » , » Lesen pemborong, stok gula dikurang

Lesen pemborong, stok gula dikurang






RANTAU PANJANG - Kerajaan akan melaksanakan langkah terbaru menyekat kegiatan penyeludupan barangan kawalan dengan cadangan mengehadkan jumlah syarikat pemborong khususnya di kawasan sempadan selain mengurangkan stok untuk mereka.

Jika cadangan itu dilaksanakan kelak, apa yang akan berlaku ialah setiap 222 kawasan Parlimen di negara ini hanya akan mempunyai satu syarikat pemborong barangan kawalan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar kecil) memberi contoh, antara punca kes penyeludupan di kawasan itu berleluasa ialah kewujudan 18 syarikat pemborong dari Pengkalan Kubor ke Rantau Panjang termasuk di kawasan tidak terdapat penduduk.

sumber: kosmo online

ULASAN ASC: ASC amat bersetuju dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan lesen pemborong di kawasan sempadan malaysia terutama di kelantan kerana kebanyakan gula di seludup keluar ke negara jiran kerana harga 1kg gula di sana di angarkan 3 kali ganda di malaysia.Jika keadaan ini tidak di sekat dan di banteras kita sebagai rakyat malaysia amat rugi kerana gula merupakan subsidi kerajaan kepada rakyat dan penduduk malaysia bukan untuk orang luar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan