RANCANGAN KE-DUA
Baik, setelah skill anda mantap. Kita teruskan rancangan berikutnya. Rancang Blog atau web apa yang anda nak bina. Disini saya nak memetik kata-kata Irfan Khairi. Yang saya sangat setuju dengannya, bahkan sebahagian perkara yang sering saya lakukan sejak dulu juga.
“Apa-apapun yang kita buat, jangan fikirkan DUIT dahulu. Aku buat benda-benda ni kerana aku minat. Dan kalaupun aku tak dapat duit darinya, aku akan tetap teruskan, sebab aku gembira dengan apa yang aku buat. Dan biasanya duit itu datang dengan sendirinya…” Irfan Khairi
Nah! Lihat mengapa ramai yang gagal sekarang? Sebab ramai yang letak target utama mereka adalah duit!
BENARKAH BERJAYA HANYA BERERTI DUIT?
Apakah Blog atau web yang anda bina boleh berjaya? Ada 2 kategori web yang boleh anda bina. Abaikan Blog atau web untuk informasi atau events, kerana ia tidak dibina untuk duit.
1 – Blog atau web perkara yang anda minat. Anda tak kisah web tuh menjadi ke tak, sebab anda masih gembira dengannya. Bagi anda ia tetap berjaya, Mungkin tidak berjaya menghasilkan duit. Tapi anda masih berjaya dari segi : mendapat kenalan yang hebat-hebat, peluang-peluang kerja yang baik, atau memberi manfaat kepada orang lain.
2 – Blog atau web Yang Unik!
Ini bagi mereka-mereka yang serius nak buat duit dengan Internet. Kelaziman perkataan yang dikatakanorang ialah Niche (khusus). Entahlah, saya lebih suka perkataan UNIK berbanding Niche, Kurang pasti pula perihal bezanya dari terjemahan English – Bahasa. Mungkin ada persamaan antara keduanya, namun bagi saya personally, ia amat banyak bezanya.
Contoh termudah saya berikan. (saya mmg suka buat contoh kiasan).
Novel.
Umum tahu novel paling ramai orang baca ialah novel cinta. Semua orang berebut-rebut nak buat novel cinta. Ada beratus-ratus penulis novel cinta kat luar. Mungkin beribu!. Lalu sesetengah orang pun mulakan NICHE. Si A, buat novel cinta untuk Remaja lalu ramai buat juga. Si B buat novel untuk orang-orang yang dah lebih matang plak lalu ramai juga yang ikut. Seorang kenalan saya Alif Firdaus Azis (www.cartoonrama.com) atau alifstyle, membuat novel yang saya kirakan unik. Mungkin novel cinta untuk kanak-kanak yang baru nak remaja (niche), namun diselitkan juga unsur tekad dan azam untuk berjaya dalam hidup tapi terdapat ilustrasi kartun yang dilukis sendiri (unik).
Namun ada yang menjadi legend tersendiri dalam novel berunsur hantu! Sebut saja novel hantu!. Kita pun sudah terbayangkan nama Tamar Jalis dengan Siri Bercakap Dengan Jin bukan? (Unik) . Atau novelis thriller Ramlee Awang Musyid (Unik) . Atau Novel Fantasi dan Fiksyen, Ahmad Patria Abdullah penulis Saga Artakusiad (Unik). Walaupun yang Unik ini tidak ramai pengikut seperti mana pengikut arus yang lain, tapi mereka mempunyai kalangan peminat sendiri. Berbanding dengan si Niche yang amat susah nak lawan dengan pesaing yang terrrrrrrrlalu ramai!.
Jadi, bawak bertenang, bersandarlah, tarik nafas panjang-panjang. Fikirkan, apakah
GENRE atau keUNIKkan web yang anda mahu bina tersebut dahulu.
Saya ambil contoh web saya sendiri. Pada masa tersebut, tiada langsung web tentang pelukis komik dan kartun tanah air. Jadi daripada saya membina web forum borak-borak, merapu merapu, baik saya bina web dan forum UNIK untuk para pencinta seni lukis, kartun dan komik Malaysia! Saya sudah berkenalan dengan sangat ramai pelukis-pelukis komik, kartun. Bahkan editor-editor, wartawan, dan sebagainya. Saya kemudiannya ujudkan room multimedia juga, dan kemudiannya saya kenal sangat ramai designer-designer juga para otai 3d, yang buat siri Iklan di TV, iklan-iklan untuk syarikat antarabangsa. Pensyarah-pensyarah IPTA/IPTS bahkan owner syarikat produksi dan publihing juga. Kini web tersebut sudah menjangkau usia 5 tahun! Laman tersebut ialah www.PERGH.com. Komuniti terbesar peminat, pelukis, pengkarya komik dan kartun Malaysia.
Saya tidak dapat wang “online” yang banyak darinya, tapi saya dapat contact, peluang kerja, peluang freelance (yang mungkin sudah berpuluh ribu.. mungkin…) , peluang itu dan ini serta banyak lagi darinya. Bagi saya, ia masih amat berjaya. Melihat kejayaan kawan-kawan atau ahli didalamnya berjaya juga adalah satu
kepuasan bagi saya. ☺
Lihatlah disekitar kita. Banyak Blog atau web tersohor dan berjaya, rata-ratanya mempunyai JENIS dan KEUNIKKAN tersendiri. Blog atau web yang menjual barang pula bagaimana? Ianya tetap perlu punyai elemen sama seperti diatas.
----------TAMAT----------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan