~

Ahad, 27 Jun 2010

Home » , » Argentina Bertembung dengan Jerman suku akhir

Argentina Bertembung dengan Jerman suku akhir

JOHANNESBURG – Argentina menewaskan Mexico 3-1 di Stadium Soccer City awal pagi ini untuk menempah tempat ke suku akhir menentang Jerman 3 Julai depan.Penyerang Manchester City, Carlos Tevez
menyumbat dua gol untuk Argentina pada minit ke-26 dan 52 sementara satu lagi gol disumbangkan oleh Gonzalo Higuain pada minit ke-33.Gol sagu hati Mexico diperolehi menerusi Javier Hernandez pada minit ke-71.

Keputusan perlawanan:
Argentina 3-1 Mexico
Germany 4-1 England

Tiada ulasan:

Catat Ulasan