Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK), Razali Idris berkata penganjur bersamanya, Institut Integriti Terengganu telah meminta supaya perhimpunan itu ditangguhkan selepas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Ramai yang belum faham objektif sebenar kami. Kami tidak mahu isu ini dipolitikkan oleh mereka yang tidak tahu,” katanya ketika dihubungi.
Perhimpunan itu diadakan dalam usaha untuk “memotivasikan” masyarakat Melayu serta bagi memperingati ulangtahun ke-41 peristiwa berdarah 13 Mei.
Ramai pihak mendakwa bahawa thema dan tarikh tidak sesuai serta tidak selari dengan gagasan IMalaysia : Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.Dalam konteks Malaysia yang berbagai kaum dan ethenik isu-isu perkauman tidak boleh dibangkitkan lagi. Lebih-lebih lagi perpaduan yang menjadi asas kepada pembangunan Negara.
Perjuangan yang lebih penting pada hari ini haruslah perjuangan yang mempunyai jadi diri yang berasaskan Agama, Bangsa dan Tanah Air.
Perjuangan polilik orang melayu cukup hebat. Pastinya perjuangan politik tersebut untuk membahagikan kek ekonomi yang samarata untuk setiap kaum khususnya kaum melayu. Di Malaysia terdapat kaum yang hebat ekonominya khususnya kaum Cina. Walaupun politik agak tidak berapa stabil. Namun pada hakikatnya ekonomi boleh membeli kuasa politik. Jangan tanya siapa Berjaya dan siapa gagal dalam soal ini.
Sebab ini penulis berpendapat perjuangan ekonomi lebih penting dari politik. Biarlah kita berjuang dengan cara kita sendiri untuk memperkukuhkan ekonomi bangsa, Janganlah kita mudah tertipu dengan berbagai pujuk rayu. Dari zaman Pak Man telorr hingga zaman smart kutu dan skim pelaburan walit, orang melayu juga yang tertipu.
Banyak tanah milik orang melayu yang terbiar tanpa usaha. Bilalah kaum bangsa ku nak insaf dan sedar kediri.
Sumber:http://www.jahaniwalit.com
p/s: Pembatalan program ini telah di mainkan dan di tentang oleh parti Politik orang Melayu sendiri yang dikatakan menjaga dan berjuang demi ketuanan melayu dan islam. tetapi mempergunakan agama demi kepentingan politik bukan nya kerana orang melayu dan agama islam.Adakah kita perlu sokong parti politik berkenaan...Lu/pikir ar sendiri.Bagi aku Program Ini perlu di buat bagi mengukuhkan dan merapatkan semula bangsa melayu ,jika kita lihat pada hari ini bangsa melayu semakin jauh dari arus permodenan dan tidak ada apa yang hebat pada orang melayu. Yang kita tahu orang melayu hebat di jalanan,membuat demokrasi dan hebat dalam mejatuhkan sesama bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan