~

Jumaat, 7 Mei 2010

Home » » Jawatan Kosong Perbadanan Hang Tuah Jaya - Melaka

Jawatan Kosong Perbadanan Hang Tuah Jaya - Melaka

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan kepada anak Negeri Melaka) yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi jawatan-jawatan berikut di Perbadanan Hang Tuah Jaya :-

1. Penolong Pegawai Tadbir N27 Sambilan (1 Kekosongan)
2. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17 1 Sambilan (1 Kekosongan)
3. Pembantu Tadbir Kewangan W17 1 Sambilan (1 Kekosongan)
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 7 Sambilan (7 Kekosongan)
5. Pembantu Am Pejabat N1 1 Sambilan (1 Kekosongan)
6. Pemandu R3 1 Sambilan (1 Kekosongan)

1. JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR - GRED N27
i. STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
ii. Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iii. Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
iv. Kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia

Jurupakaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
i. mempunyai kelayakan di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


2. JAWATAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT - GRED N17
i. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota ringkas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas atau nota rintas sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
ii. [Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer]; dan
iii. kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


3. JAWATAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) - GRED W17
i. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
ii. SPM serta sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
iii. SPM serta Sijil Perdagangan Malaysia di Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
iv. Sijil Pengurusan Perniagaan atau Sijil Penyimpanan Kira-kira daripada Politeknik di bawah Kementerian Pendidikan atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
v. Kepujian B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


4. JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
iv. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
v. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
i) mempunyai kelayakan di perenggan (iii) di atas; atau
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan


5. JAWATAN PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1
i. Warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii. berpelajaran di peringkat sekolah rendah; dan
iv. boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.


6. JAWATAN PEMANDU GRED R3 (LELAKI SAHAJA)
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii. Tamat Darjah 6 dan lesen D (kecuali lesen memandu dalam tempoh Percubaan(P); atau Tamat Darjah 6 dan lesen E/E1/E2(kecuali lesen memandu dalam tempoh Percubaan(P) berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ); atau Tamat Darjah 6 dan lesen F/H(kecuali lesen memandu dalam tempoh
Percubaan(P); atau Tamat Darjah 6 dan lesen G/I(kecuali lesen memandu dalam tempoh Percubaan(P); dan
iv. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan; dan
v. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

CARA-CARA MEMOHON :-
Permohonan perlulah disertakan dengan salinan sijil-sijil kelayakan atau dokumen-dokumen yang berkaitan dan hendaklah diakui sah sepertimana syarat yang ditetapkan dan dihantar ke alamat berikut:-

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Ketua Pegawai Eksekutif,
Perbadanan Hang Tuah Jaya,
Aras 3, Wisma Negeri, Bandar MiTC,
Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka.
(Up: Bahagian Pentadbiran)

Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 MEI 2010.

PERMOHONAN HANYA AKAN DIPROSES :-
i. Permohonan yang menggunakan borang penjawatan Perbadanan Hang Tuah Jaya;
ii. Semua salinan sijil-sijil persekolahan, surat beranak, kad pengenalan hendaklah diakui sah oleh pihak yang berkelayakan;
iii. Maklumat yang dikehendaki hendaklah ditulis dengan terang dan jelas;
iv. Pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan di dalam iklan; dan
v. Pemohon perlu menandatangani borang permohonan.

CATATAN AM :-
i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga;
ii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap
permohonan adalah tidak berjaya; dan
iii. Keutamaan akan diberikan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.

Tarikh Tutup Permohonan: 14 Mei 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arsip Blog