~

Khamis, 18 Februari 2010

Home » » Bahasa Inggeris Bahasa Ilmu

Bahasa Inggeris Bahasa Ilmu

Dalam ucaptamanya Tun Dr Mahathir berkata kebimbangan sesetengah pihak berhubung pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris boleh menghakis Bahasa Malaysia adalah tidak berasas.

Dr Mahathir berkata beliau dikritik oleh nasionalis kerana mahukan kerajaan meneruskan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik tetapi bahasa Inggeris adalah satu-satunya bahasa di mana rakyat Malaysia boleh menimba ilmu dalam keduadua subjek itu.

"Sebelum saya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri saya perkenal sistem itu kerana saya berasa ia adalah perlu bagi kita untuk menimba ilmu pengetahuan. Jika anda ingin terjemah semua kerja Sains dan Matematik ke dalam bahasa Malaysia, ia akan mengambil masa yang panjang dan kita akan ketinggalan. Tetapi sejak kebelakangan ini, ada perdebatan mengenainya bahawa kita perlu kembali kepada sistem lama menggunakan Bahasa Malaysia untuk mengajar dan belajar Sains dan Matematik.

"Kementerian Pelajaran akan memutuskan perkara itu tidak lama lagi. Ada kebaikan dan keburukan mengenainya dan saya agak bimbang mengenainya. Orang kita patut tahu bagaimana untuk membaca, menulis dan bercakap bahasa Kebangsaan tetapi pada masa yang sama untuk menimba ilmu pengetahuan mereka patut menggunakan bahasa Inggeris," katanya.

Katanya jumlah ilmu pengetahuan baru adalah "pantas dan hebat" dan rakyat Malaysia perlu merebut ilmu pengetahuan yang kebanyakannya di dalam bahasa Inggeris.

"Saya harap dapat menghalang kerajaan daripada berpatah balik menggunakan Bahasa Malaysia untuk mengajar Matematik dan Sains tetapi saya tidak lagi memegang kuasa. Saya terpaksa menerima apa juga yang diputuskan walaupun ia mungkin tidak baik untuk negara ini," katanya.

Katanya kekurangan guru untuk mengajar keduadua subjek itu di dalam Bahasa Inggeris tidak boleh dijadikan alasan kerana ia boleh digantikan dengan perisian komputer
----------

AKU SETUJU SANGAT pembelajaran kedua dua mata pelajaran ini di ajar dalam bahasa INggeris bukan apa,bahasa inggeris penting dalam bidang pendidikan. Secara tidak lansung memberi pemahaman yang lebih kepada pelajar bukan sahaja belajar kira-kira dengan sains malah dapat mneingkatkan lagi penguasaan dalam bahasa inggeris.aku Yakin walaupun kedua-dua mata pelajaran ini dalam bahasa inggeris,pengunaan Bahasa Melayu tidak terjejas...Aku merasa Pelik mengenai pendidikan bukan main kita hentam tapi kalu kita tengok dalam TV mengenai drama-drama,filem,pertandingan hiburan seperti Af dan lain-lain banyak yang membuat rekaan bahasa yang pelik-pelik,tak ada pun orang marah,,,isisisisisisisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan