~

Ahad, 14 Februari 2010

Home » » Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul Rabbani 2010

Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul Rabbani 2010


RAKAN artis digalakkan untuk turun padang menyertai sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah.

Seperti kata salah seorang anggota Rabbani, Azadan Abd Aziz, kumpulan itu mengajak rakan artis untuk sama-sama menyambut Maulidur Rasul sehingga terfikir untuk mengadakan sebuah majlis ala-ala majlis anugerah berprestij Anugerah Industri Muzik (AIM).

“Kami ingin menunjukkan rakan artis lain juga memandang berat kepada sambutan Maulidur Rasul,” kata Azadan ketika majlis sidang media Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1431 Hijrah dan pelancaran album Mahabbah.

Rabbani mengumumkan Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1431 Hijrah itu akan diadakan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 19 Februari ini, pukul 8 malam.

Konsert ini merupakan kali pertama yang di anjurkan oleh RABBANI luar dari Kuala Lumpur semperna Maulidur rasul.Antara artis-artis yang akan turut serta dalam konsert ini seperti Datuk Sharifah Aini, Jamal Abdillah, Aishah, Yasin, Joe Flizzow, Akbar dan penceramah tersohor Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah.

KOnsert ini masuk percuma.Ayuhlah pakat ramai-ramai datang ke Taman Tamadun Islam (TTI) terutamanya rakyat terengganu dan rakyat malaysia yang berada di mana-mana sahaja, bukan sahaja dapat bertemu artis malah dapat melihat kesenian tamadun islam dimana terdapat beberapa monumen masjid yang agung seperti taj mahal.

Bagi pengungung yang membeli pek istimewa Malam Sinar Rasul iTalk bernilai RM30 dari mana-mana cawangan Tmpoint atau secara online di www.rabbani.com.my mulai 1 Februari ini, mereka layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi lima hadiah pakej umrah untuk dua orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan