I can punish anyone. I can be the complainant, the prosecutor and also the judge in this case. All this is allowed according to the law,”
Demikian kata YB Teng Chang Kim ketika ditanya oleh pemberita mengenai sikap beliau yang menjadi pendakwa dan menjadi hakim untuk menggantung lima ADUN BN Selangor yang dituduh menghina DUN Selangor.
Inilah contoh DAP apabila berkuasa. Dulu merekalah pejuang kebebasan asasi, kebebasan bercakap dan demokrasi ala barat.
Demikian juga apa yang terjadi Perak. Nga dan Ngeh bermaharajalela tanpa sesiapa pun berani berkata apa-apa. Hari ini ada lagi anak muda Melayu yang bodoh dan bangang mahu bercakap soal demokrasi dalam buku teks.
Di Pulau Pinang, Untuk menarik hati pemuda dan pemudi Melayu dan Islam, Ketua Menteri dari DAP berkata ia ingin mencontohi kepimpinan Umar Abdul Aziz.
Apa yang Guan Eng faham dengan Umar Abdul Aziz? Jika Guan Eng faham Umar Abdul Aziz tentu hari ini beliau telah memeluk Islam. Sebaliknya beliau menggula-gulakan nama Umar untuk menarik sokongan orang Melayu.
Di Selangor pula, sejak lepas pilihan raya 2008, VCD cetak rompak bukan lagi dijual sorok-sorok. Hari ini kedai VCD cetak rompak macam cendawan tumbuh selepas hujan.
Siapakah yang mendapat laba ini kalau bukan EXCO Kerajaan Tempatan Ronnie Liu. Jika beliau tidak mendapat apa-apa mustahil begitu banyak jerung dan loan shark bermaharajalela di Selangor sekarang ini.
Setiap bulan akan ada satu rumah urut yang diambil tindakan tetapi berapa buah yang muncul secara senyap? Anda perlu pusing di Puchong, Subang Jaya dan Sunway sahaja untuk mengetahuinya.
Mengapakah kerajaan negeri mengadakan sistem zon baru untuk kutipan sampah di Selangor? Ia untuk menamatkan kontrak-kontrak dengan kontraktor tulen sedia ada. Kontraktor ini telah melabur begitu banyak untuk pembelian lori kompak sampah dan sebagainya. Namun semua ini akan ditamatkan.
Mengapa? Ia bertujuan supaya kontraktor sedia ada melutut kepada mereka untuk kontrak dan juga bertujuan memasukkan "pemain baru". Pemain baru ini tiada modal, lori sampah mahu pun kepakaran. Mereka akan dianugerahkan kontrak dan kemudiannya menyewa semula kepada kontraktor-kontraktor yang berhutang beratus ribu membeli lori sampah seperti yang disyaratkan oleh kerajaan dahulu.
Ini bukan isu perkauman, ini hanya mahu menunjukkan siapa DAP sebenar yang sebelum ini begitu gah bercakap soal ketelusan dan anti kronisme.
Jika masih ingat, beberapa bulan lalu, ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya, yang dulunya begitu hebat menghentam kerajaan BN Selangor sebagai tidak telus membuat laporan polis di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana bocornya kandungan mesyuarat Majlis.
Dulu orang seperti inilah yang bukan sahaja mahu tahu apa berlaku dalam mesyuarat Majlis, malah menuntut supaya setiap sen yang dibelanjakan oleh MBPJ dibuka untuk pemeriksaan umum.
Anak-anak muda zaman siber yang percaya mereka serba bagus dan serba bijak boleh terus mendewakan pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat. Namun sama ada mereka benar-benar bijak dan pintar hanya sejarah di masa hadapan akan menentukan
SUMBER: http://umnoselangor.net/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan