~

Ahad, 28 Februari 2010

Ciri-ciri Ahli PAS yang Budiman

Inilah wajah sebenar pemimpin Pas. Tidak salah ,jika daripada dulu lagi saya menggelarkan mereka syaitan yang bertopengkan manusia.

Saya tidak berapa hairan jika apa yang diceritakan dibawah ini,dilakukan oleh Pemuda Pas,ketua cawangan atau ahli biasa.

Yang saya terkejut ianya dilakukan oleh seorang KETUA DEWAN ULAMAK PAS NEGERI. Sungguh kejam perangai mereka ini.

Artikel dibawah saya petik dari blog saudara Shahboy, Naib Presiden 1 Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)




Macam-macam dah cerita tentang Pakatan Pembangkang kita dengar hari ini. Shahboy yang baru balik dari kampung ni pun dibuatnya tak senang duduk. Hari ini kalau rakan-rakan membaca Surat Khabar Berita Harian m/s 12 tentu akan jumpa artikel ni. Seorang ustazah yang merupakan Isteri orang kenamaan PAS mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga. Apa dah jadi dengan Orang-orang PAS ni.. Cakap mengenai ISLAM cukup gah.. tetapi perangai macam orang yang tidak ada akal!!!

Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam. Menurut Siti Rosmala lagi, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini. Tidak cukup dengan itu Abdul Rashid juga dituduh mendera Isterinya juga.Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil.

Kelihatan Ustaz Abdul Rashid memberi sumbangan kepada orang yang memerlukan. Ini Ikhlas atau tujuan politik semata-mata. Isteri di rumah tidak terjaga.

"Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran," katanya.

Menjawab soalan peguamnya, Shazril Khairy Mustafa mengenai nafkah batin, Siti Rosmala berkata suaminya tidak pernah lupa menunaikannya.

"Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang," katanya.

Hakim menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 24 Ogos sambung bicara. Siti Rosmala, ustazah di Sekolah Menengah Tunku Bendahara di Kodiang, memfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar bagi menuntut perceraian daripada suaminya selepas mengakui tidak tahan lagi dipukul dan didera.

Permohonan itu difailkan melalui Shazril dengan menamakan suaminya yang juga calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Santan pada Pilihan Raya Umum ke-12 sebagai defendan. Bagaimanapun, defendan tidak hadir dan diwakili peguamnya, Zulmi Sabry. Terdahulu, Siti Rosmala menghadiri prosiding dua lagi kes berjalan serentak di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung hak penjagaan tiga anak berusia dua setengah tahun dan sembilan tahun. Ia membabitkan sebutan semula kes yang difailkan Siti Rosmala pada 10 April tahun lalu. Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April 2008 memutuskan hak penjagaan sementara diberikan kepadanya.

Sementara satu lagi kes membabitkan permohonan difailkan Abdul Rashid pada 25 Julai 2008 untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April tahun lalu.

RBF : Jangan percaya kepada syaitan yang bertopengkan manusia. Mereka lebih awal ke neraka dan lebih teruk diseksa di akhirat kelak,daripada kita semua,kerana mereka mempermainkan agama Allah untuk kepentingan politik.

AKU Amik DARI BLOG NI HA: http://ruangbicarafaisal.blogspot.com

Sabtu, 27 Februari 2010

HPA Turun Harga Produk

Asalamulaikum.hahaha. pelik tapi benar. apa yang pelik.apa yang benar tu..apa yang tak peliknya...orang atau syarikat-syarikat sibuk nak menaikkan harga produk tapi HPA turun harga produk bagi produk yang tertentu..Tak ker pelik tuuu...Itulah HPA dalam memasarkan produk untuk di gunakan bagi seluruh lapisan masyarakat yang kaya yang miskin untuk bersama-sama dalam mengunakan produk halal di yakini suci. Penetapan harga ihsan yang di laung-laungkan oleh pemimpin HPA telah di terjemahkan dengan penurunan harga produk untuk diguna oleh seluruh umat manusia di muka bumi..Penurunan harga produk merupakan kali kedua dalam tahun ini.berikut di senaraikan harga produk yang terkini...TUNGU APA LAGI DAFTAR SEGERA AHLI HPA DI BAWAH RANGKAIYAN SAYA>

Rabu, 24 Februari 2010

Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad (HPA)

HPA merujuk kepada Herba Penawar Alwahida. Nama Wahida diambil bersempena nama anak sulung pengasas HPA sendiri. Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan 1. Sementara Pengarah Urusan II adalah isteri beliau sendiri iaitu Puan Hjh. Norhayati binti Ahmad.

Selasa, 23 Februari 2010

Tun Dr.Mahathir bin Mohamad

Apa hobi Tun pada masa lapang?

Dr. Mahathir: Sebenarnya saya tidak banyak masa lapang masa kini kerana kerap menulis. Saya mempunyai banyak rencana untuk blog saya, untuk memoir saya dan ada juga tulisan berkenaan dengan tajuk-tajuk tertentu yang belum lagi saya keluarkan. Kalau ada masa, saya cuma tonton televisyen sahaja. Hobi sebenar, tak ada lagi.

Tun nampak muda daripada usia sebenar, apa rahsia Tun kelihatan cergas dan bertenaga?

Dr. Mahathir: Saya memang aktif daripada dulu pun. Saya percaya kalau kita aktif terutama setelah kita bersara dan tidak ada lagi tugas-tugas tertentu, itu sendiri mempunyai kesan baik kepada kesihatan dan kecergasan kita. Jadi kerana kita cergas, maka kita akan merasa lebih sihat dan kerana kita sihat, maka kita lebih cergas. Jadi, orang yang bersara patut mempunyai hobi atau apa-apa minat tertentu yang akan menghabiskan masa siang dan malam mereka.

Bagaimana Tun memastikan keadaan kesihatan sentiasa stabil?

Dr. Mahathir: Saya jaga kesihatan saya. Memanglah kadang-kadang dapat juga penyakit seperti dahulu saya dapat penyakit jantung dan itu telah dirawat dan dibedah. Dan sekarang ini saya sudah pulih daripada sakit itu dan lega daripada kesan pembedahan.

Saya selalu mengambil berat tentang keadaan kesihatan saya iaitu kalau ada apa-apa yang saya rasa kurang baik, maka saya bertanya kepada doktor saya dan saya biasanya mengikuti arahan-arahannya dan ubat-ubat yang perlu saya makan. Selain itu, saya bersenam, saya berjalan dan saya juga guna treadmill kalau tak dapat berjalan kerana hujan atau lain-lain perkara.

Apa makanan kegemaran Tun? Adakah Tun menitikberatkan aspek pemakanan?

Dr. Mahathir: Makanan saya makanan biasa iaitu nasi dengan kari. Walaupun kadang-kadang saya pilih masakan barat atau Jepun tetapi kegemaran saya, saya fikir semua orang tahu, daripada lauk-lauk yang saya makan yang paling saya suka adalah daging bakar cicah air asam dan sayur keladi. Ini adalah kegemaran saya.

Tetapi saya tak makan terlalu banyak. Selalunya sederhana. Saya makan hampir semua, tak ada yang saya pantang sebenarnya. Dan setiap kali saya timbang berat untuk menentukan saya tidak terlalu berat.

Apakah aktiviti senaman kegemaran Tun?

Dr. Mahathir: Saya buat sikit-sikit sahaja iaitu saya angkat dumbel pagi-pagi dan saya buat senaman tarik nafas dan selain itu, saya juga guna treadmill dan berjalan.

Pada usia ini, sudah tentu Tun gemar bercuti dan melancong bersama keluarga? Apakah aktiviti riadah atau destinasi percutian Tun?

Dr. Mahathir: Saya jarang bercuti sebenarnya tapi setahun sekali saya ambil cutilah. Dalam 10 hari atau dua minggu. Tapi masa cuti pun kalau ada kerja yang boleh buat, saya buat juga. Dan saya selalu ke luar negara kerana ada urusan di sana, memberi ucapan-ucapan setelah dijemput oleh banyak kumpulan-kumpulan. Semasa bercuti, seboleh-bolehnya saya ingin supaya keluarga saya ikut bersama. Saya biasanya bercuti di laut Mediterranean. Saya suka naik bot di Laut Mediterranean dan pergi ke bandar-bandar kecil di tepi-tepi laut seperti di Turki dan Greece dan kadang-kadang juga di Perancis.

Apa rahsia kebahagiaan rumah tangga Tun dan Tun Dr. Siti Hasmah yang telah bersama selama 53 tahun?

Dr. Mahathir: Dalam soal kebahagiaan rumah tangga, saya berpendapat bahawa apabila kita berkahwin, kita mesti bersikap bertanggungjawab. Kalau ada perpisahan, ia menyakitkan orang lain termasuk anak saya. Dan saya tak nak mereka menjadi tidak senang kerana kelakuan saya. Sebab itu saya lebih suka walaupun kita memanglah ada masalah, mungkin salah faham antara suami isteri, tapi akhirnya kita atasi dan kita balik berdamai. Dan saya tak minat untuk menyakitkan hati sesiapa termasuk isteri saya dengan mengadakan kegiatan-kegiatan yang kurang baik.

Sejak bila Tun perlu memakai cermin mata?

Dr. Mahathir: Saya mula pakai sejak umur 14 tahun lagi. Tapi rabun mata saya tidak kuat. Kalau saya buat ujian mata, saya boleh baca semua. Saya bernasib baik kerana tiada katarak. Ada sedikit tetapi tidak mengganggu.

Apa pendapat Tun tentang kesedaran masyarakat sekarang tentang penjagaan kesihatan seperti virus H1N1?

Dr. Mahathir: Ini bergantung pada diri sendiri. Kita tidak boleh berharap Jabatan Kesihatan selamatkan kita, menolong kita daripada dapat jangkitan. Penyakit ini berpunca daripada jangkitan. Kalau kita tidak dekat orang yang ada jangkitan, kita tidak dapat kerana asasnya ada jangkitan. Kita perlu elak daripada berjumpa dengan orang ramai. Kita di sini seolah-olah tidak mengambil berat tentang pemakaian mask (topeng muka) walaupun sudah diarahkan. Ramadan yang lalu, saya pergi pasar Ramadan, saya pakai topeng tetapi pelanggan-pelanggan dan penjual-penjual tidak memakainya. Kita tidak mengambil berat pasal ini. Misalnya, hidung berair, ini kena berubat dengan cepat.

Apakah nasihat Tun kepada masyarakat dalam menjaga kesihatan seperti penjagaan jantung?

Dr. Mahathir: Saya berpendapat masyarakat mesti mengambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Yang itu mereka mesti jaga daripada awal supaya tidak menjadi terlalu gemuk kerana makan keterlaluan dan mereka jaga supaya mereka cergas, jaga tubuh badan mereka terutamanya menjaga gigi dan lain-lain bahagian dalam badan kita. Seboleh-bolehnya tidak makan barangan yang boleh mendatangkan penyakit kepada kita terutama kolestrol dan lain-lain kita makan secara sedikit, tak terlalu banyak.

Apa yang dilarang, kita cuba elak. Jadi dengan cara kita selalu mengambil berat tentang kedudukan tubuh badan kita, saya fikir ini memberi alamat untuk mengelak lebih awal sesuatu yang tidak dikehendaki terutama berkenaan berat badan. Dan kita punya profail, kalau kita tengok sesetengah orang perut mereka buncit kerana mereka tak jaga makan. Ini yang menyebabkan kemudiannya mereka tak nampak sihat. Walaupun mungkin mereka kuat dan sihat tetapi dengan profail yang tak begitu menarik, mereka akan tidak nampak sihat. Dan sebenarnya bila nampak tak sihat akhirnya betul-betul akan menjadi tak sihat.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Maulidur Rasul DIBATALKAN

Perarakan Maulidur Rasul dimansuhkan - dibatalkan sebab dalam kepala otak Lim Guan Eng, sekiranya diteruskan maka kaum lain akan merasa terancam.kalu tak percaya tegok surat atau pekeliling yang di keluarkan
.

Tema Maulidul Rasul

  • 1427H/2006 Keunggulan Ilmu Teras Kegemilangan Ummah

  • 1428H/2007 Insan Cemerlang, Ummah Terbilang

  • 1429H/2008 Menjana Ummah Gemilang

  • 1430H/2009 Wahdah Pemangkin Khaira Ummah

  • 1431H/2010 Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah

Jumaat, 19 Februari 2010

Dapat Duit Dengan Facebook

huhhhhhhhhhh.sekarang ni ramai orang sudah menjadi Gila...apa gila!!! gila dengan facebook da..DULU KITA GUNA FACEBOOK UNTUK mendapatkan kenalan syber dan mencari kawan-kawan atau sahabat yang sudah terpisah lama.KINI muncul pulak sejenis penyakit yang berbahaya seperti virus babi atau H1N1 yang boleh mengugat ketenteraman hidupan di muka bumi...NAK tahu apa jenis virus itu den..den

RAHSIA RM100 DENGAN LOGIN FACEBOOK DAN PROMOTE.

ASIATICA rasanyer ramai bloger-bloger atau bukan bloger mempunyai facebook kan .jadi apa kata jadikan facebook anda sebagai satu kelebihan bagi anda yang mempunyai blog untuk dapatkan trafik yang tinggi ke blog tanpa mengunakan wang yang banyak.HANya Mendapatkan ebook yang dihasilkan oleh saudara Richie yang telah menhasilkan ebook KUASA VIRAL FACEBOOK.yang menajar anada step by step dalam mendapakan duit mengunakan facebook..dapakan segera di sini atau klik je banner kat bawah tu..ok selamat mendapat trafik yang mencurah-curah trafik ke blog anda di samping dapat duit.hahahha


Ong Bak Versi INDONESIA

Sipnosis

In Minangkabau, West Sumatra, Yuda a skilled practitioner of Silat Harimau is in the final preparations to begin his ‘merantau,’ a century’s old rites of passage carried out by the community’s young men which will see him leave the comforts of his village and make a name for him in the bustling city of Jakarta. After a series of setbacks, Yuda is left homeless and uncertain about his new future. Later on, he encounters an orphan named Astri and protects him from becoming a victim of a European human trafficking ring led by Ratger and his right-hand man Luc. With Ratger injured in the melee, he seeks both the boy and bloody retribution. Yuda is then forced to go on the run with Astri and her younger brother Adit. In the end, he has no choice but to face his attackers in an adrenaline charged finale.

Genre: Action
Directed by: Gareth Evans
Starring: Iko Uwais,Sisca Jessisca,Christine Hakim
Size: 508 Mb
Quality: DVD Rip – XviD 720 x 416 756kbps, LiNE audio – 128kbps VBR MP3
Runtime: 1hour 47minutes

Download
BAHAGIAN 1
BAHAGIAN 2
BAHAGIAN3

Khamis, 18 Februari 2010

PERADUAN NAMAKAN PROTON SEDAN

1. Kelayakan Mengambil Bahagian
a. PERADUAN NAMAKAN PROTON SEDAN™ dibuka kepada semua warga PROTON yang telah disahkan jawatan sebelum 1hb Januari 2010 (PHB, PESB, PTMSB dan Miyazu) KECUALI Jabatan Pemasaran Produk dan ahli-ahli jawatankuasa peraduan.
b. Peraduan ini bermula dari 12.01 pagi, 10hb Februari 2010 dan berakhir pada 11.59 malam, 25hb Februari 2010 (“Tempoh Peraduan”).
c. Penganjur berhak untuk meminda tempoh peraduan pada bila-bila masa sahaja. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan akan dibatalkan

=
2. Kriteria Kelayakan
a. Setiap borang penyertaan yang dihantar mesti diisi secara individu, lengkap dengan butir-butir yang dikehendaki dan menjawab kesemua empat [4] soalan yang diberikan.
Penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan.
b. Setiap peserta berhak/layak menghantar tidak melebihi daripada dua (2) borang penyertaan. Salinan fotostat borang penyertaan juga diterima.
c. Panel pengadil yang terdiri daripada ahli-ahli kumpulan PROTON akan memilih penyertaan terbaik berdasarkan relevan, keaslian dan kreativiti untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.
d. Borang penyertaan yang dihantar mestilah di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja. Berikut adalah kriteria yang diperlukan untuk setiap penyertaan:
• Tidak mempunyai sebarang maksud berkaitan dengan haiwan.
• Penyertaan yang membawa maksud yang tidak sopan secara automatik akan dibatalkan.
• Penyertaan tidak boleh membawa maksud yang tidak baik, contohnya “Bodoh”
• Penyertaan mestilah boleh diterima secara komersial, contohnya “PROTON Waja”
• Nama PROTON Sedan ini senang untuk disebut, contohnya “PROTON Waja”
• Nama PROTON Sedan ini mestilah mudah difahami and diingati oleh warga
Malaysia.
• Nama PROTON Sedan hendaklah tidak melebihi tiga [3] suku kata. Contohnya “PROTON roton Persona”. Penyertaan yang melebihi tiga [3] suku kata secara automatik akan dibatalkan.
e. Segala keputusan pengadil adalah muktamad dan surat-menyurat tidak akan dilayan.
f. PROTON berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti tanpa memberi notis terlebih dahulu dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.
g. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada syarat dan peraturan peraduan ini, serta keputusan pihak PROTON.
h. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

=
3. Penghantaran Borang Penyertaan
Setiap borang penyertaan boleh dihantar melalui email, ketua cawangan atau hantar terus ke alamat seperti di bawah. Bukti kiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan oleh pihak PROTON.
Bahagian Pemasaran Produk,
PROTON Holdings Berhad,
Tingkat 1, PROTON Centre of Excellence,
KM 33.8 Westbound Shah Alam Expressway,
46700 Subang Jaya, Selangor.
(u.p : Cik Ema Soleha atau Puan Maziani)

Message: Maklumat ini, saya perolehi dari Funtasticko Design.. Mengenai Peraduan Menamakan Proton Sedan, di mana ia terbuka kepada semua warga Proton (PHB, PESB, PTM & Miyazu).. Difahamkan, model yang maksudkan kemungkinan besar adalah model gantian Waja (Waja Replacement Model).. Saya berminat dengan garisan merah berbentuk kereta tu.. Adakah ia, WAJA 2010..???

SUMBER:http://kereta.info/

(HAIII YAAA NAPER LA PERADUAN NI HANYA BUKA KAT STAF PROTON JEE,BAGI LA SEMUA MASUK KATA 1 mALAYSIA...KALAU DAPAT SEBIJI BES NIII BUAT ISI BARANG HAHAHAHA)

Motosikal siap diubah suai,100km/j Dalam 10 saat

IPOH: Beratnya hanya sekitar 40 hingga 60 kilogram, tetapi motosikal yang sudah diubah suai ini, mampu memecut hingga 100 kilometer dalam tempoh tidak sampai 10 saat.
LANGGAR PERATURAN...‘otai’ menguji motosikal yang mampu memecut 100km/j kurang 10 saat.
LANGGAR PERATURAN...‘otai’ menguji motosikal yang mampu memecut 100km/j kurang 10 saat.Memang mengejutkan tetapi itulah kecenderungan terbaru yang semakin berkembang dalam dunia ‘underground’ pelumba motosikal jalanan yang menganggapnya sebagai cara paling berkesan mempamer kepakaran individu melakukan pengubahsuaian khasnya mekanik di bengkel sekali gus menarik minat pelanggan di kalangan Mat Rempit.

Usaha mendekati golongan ini yang biasanya terdiri daripada ‘otai’ agak sukar kerana selain menyedari aktiviti dilakukan itu salah di sisi undang-undang, mereka enggan dilabelkan setaraf seperti Mat Rempit yang dianggap sebagai ‘budak baru naik’.
Bagaimanapun, selepas beberapa hari memantau dan mendekati golongan itu, wartawan Harian Metro berjaya memujuk beberapa orang lama dalam bidang itu untuk bercerita mengenai dunia bawah tanah yang sudah wujud sekian lama namun tidak ramai mengetahuinya.
“Modifikasi ekstrem ini biasanya dilakukan terhadap motosikal jenis tertentu saja dan paling banyak membabitkan motosikal empat lejang kerana kosnya lebih murah dan tidak terlalu rumit.
“Kebanyakan komponen motosikal yang tidak penting ditanggalkan sebelum pengubahsuaian dilakukan terhadap kerangka bagi menjadikannya lebih rendah hingga hampir dengan tanah untuk mendapatkan kestabilan dan mengurangkan rintangan angin.
“Selepas itu, ubah suai dilakukan terhadap bahagian enjin seperti head, cam, blok, karburetor, ekzos, klac dan kotak gear.

“Mekanik juga akan menggunakan komponen khas untuk perlumbaan yang boleh didapati di kedai alat ganti motosikal,” kata seorang pemilik bengkel motosikal yang hanya mahu dikenali Mie, 28.

Menurutnya, apabila motosikal siap diubah suai, seorang joki berpengalaman mengujinya bagi membolehkan beberapa penyelarasan akhir dilakukan sebelum jentera itu dibawa ke ‘litar lurus’ di beberapa lokasi yang enggan didedahkannya di sekitar Ipoh.

“Perlumbaan ini biasanya hanya antara pemilik bengkel motosikal dan jarang membabitkan orang persendirian.“Kami hanya membuat pertaruhan wang dan tidak pernah mempertaruhkan ‘bohsia’. Kami bukan golongan budak baru naik yang berlumba secara membabi buta dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Kami hanya memilih jalan lurus di beberapa lokasi terpilih di sekitar Ipoh dan perlumbaan biasanya membabitkan dua motosikal saja pada waktu tertentu. Ia hanya berlangsung dalam tempoh singkat dan disaksikan pelanggan terpilih saja. Kami juga pernah berlumba di luar Perak.

Beberapa rakan saya masuk ‘dalam’ (lokap) tetapi setakat ini saya bernasib baik biarpun pernah beberapa kali dikejar polis,” katanya yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak.

Sementara itu, rakan kongsinya yang membuka bengkel motosikal itu bersama dua lagi sahabat mereka yang hanya mahu dikenali Sham, 29, berkata minat mendalam dalam bidang automotif menjadi pendorong. “Selain masing-masing mempunyai sijil kemahiran dalam bidang itu, seorang daripada kami turut memiliki diploma kejuruteraan dari sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka. Minat menemukan kami dan kami berkongsi modal membuka bengkel ini.
“Bagi saya, hanya terdapat satu cara saja untuk mengatasi gejala lumba haram dan Mat Rempit.

Untuk golongan ‘profesional’ seperti kami, kerajaan negeri perlu membina trek lurus khas dan kami tidak kisah jika perlu bayar yuran untuk menggunakannya,” katanya.
Oleh Kasdi Ali
kasdi@hmetro.com.my
sumber :http://www.hmetro.com.my/

(yufoooooooooooooo laju gila boleh buat sprin test.hahaha..Tapi mengabiskan duit jekk beli motor mahal-mahal pastu buat motor tu jadi telanjang.kahkahkah aku ingat manusia jek yang boleh jadi bogel,motor pun boleh juga ekk)

Bahasa Inggeris Bahasa Ilmu

Dalam ucaptamanya Tun Dr Mahathir berkata kebimbangan sesetengah pihak berhubung pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris boleh menghakis Bahasa Malaysia adalah tidak berasas.

Dr Mahathir berkata beliau dikritik oleh nasionalis kerana mahukan kerajaan meneruskan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik tetapi bahasa Inggeris adalah satu-satunya bahasa di mana rakyat Malaysia boleh menimba ilmu dalam keduadua subjek itu.

"Sebelum saya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri saya perkenal sistem itu kerana saya berasa ia adalah perlu bagi kita untuk menimba ilmu pengetahuan. Jika anda ingin terjemah semua kerja Sains dan Matematik ke dalam bahasa Malaysia, ia akan mengambil masa yang panjang dan kita akan ketinggalan. Tetapi sejak kebelakangan ini, ada perdebatan mengenainya bahawa kita perlu kembali kepada sistem lama menggunakan Bahasa Malaysia untuk mengajar dan belajar Sains dan Matematik.

"Kementerian Pelajaran akan memutuskan perkara itu tidak lama lagi. Ada kebaikan dan keburukan mengenainya dan saya agak bimbang mengenainya. Orang kita patut tahu bagaimana untuk membaca, menulis dan bercakap bahasa Kebangsaan tetapi pada masa yang sama untuk menimba ilmu pengetahuan mereka patut menggunakan bahasa Inggeris," katanya.

Katanya jumlah ilmu pengetahuan baru adalah "pantas dan hebat" dan rakyat Malaysia perlu merebut ilmu pengetahuan yang kebanyakannya di dalam bahasa Inggeris.

"Saya harap dapat menghalang kerajaan daripada berpatah balik menggunakan Bahasa Malaysia untuk mengajar Matematik dan Sains tetapi saya tidak lagi memegang kuasa. Saya terpaksa menerima apa juga yang diputuskan walaupun ia mungkin tidak baik untuk negara ini," katanya.

Katanya kekurangan guru untuk mengajar keduadua subjek itu di dalam Bahasa Inggeris tidak boleh dijadikan alasan kerana ia boleh digantikan dengan perisian komputer
----------

AKU SETUJU SANGAT pembelajaran kedua dua mata pelajaran ini di ajar dalam bahasa INggeris bukan apa,bahasa inggeris penting dalam bidang pendidikan. Secara tidak lansung memberi pemahaman yang lebih kepada pelajar bukan sahaja belajar kira-kira dengan sains malah dapat mneingkatkan lagi penguasaan dalam bahasa inggeris.aku Yakin walaupun kedua-dua mata pelajaran ini dalam bahasa inggeris,pengunaan Bahasa Melayu tidak terjejas...Aku merasa Pelik mengenai pendidikan bukan main kita hentam tapi kalu kita tengok dalam TV mengenai drama-drama,filem,pertandingan hiburan seperti Af dan lain-lain banyak yang membuat rekaan bahasa yang pelik-pelik,tak ada pun orang marah,,,isisisisisisisi

DAP Apabila Sudah Berkuasa

I can punish anyone. I can be the complainant, the prosecutor and also the judge in this case. All this is allowed according to the law,”

Demikian kata YB Teng Chang Kim ketika ditanya oleh pemberita mengenai sikap beliau yang menjadi pendakwa dan menjadi hakim untuk menggantung lima ADUN BN Selangor yang dituduh menghina DUN Selangor.

Inilah contoh DAP apabila berkuasa. Dulu merekalah pejuang kebebasan asasi, kebebasan bercakap dan demokrasi ala barat.

Demikian juga apa yang terjadi Perak. Nga dan Ngeh bermaharajalela tanpa sesiapa pun berani berkata apa-apa. Hari ini ada lagi anak muda Melayu yang bodoh dan bangang mahu bercakap soal demokrasi dalam buku teks.

Di Pulau Pinang, Untuk menarik hati pemuda dan pemudi Melayu dan Islam, Ketua Menteri dari DAP berkata ia ingin mencontohi kepimpinan Umar Abdul Aziz.

Apa yang Guan Eng faham dengan Umar Abdul Aziz? Jika Guan Eng faham Umar Abdul Aziz tentu hari ini beliau telah memeluk Islam. Sebaliknya beliau menggula-gulakan nama Umar untuk menarik sokongan orang Melayu.

Di Selangor pula, sejak lepas pilihan raya 2008, VCD cetak rompak bukan lagi dijual sorok-sorok. Hari ini kedai VCD cetak rompak macam cendawan tumbuh selepas hujan.

Siapakah yang mendapat laba ini kalau bukan EXCO Kerajaan Tempatan Ronnie Liu. Jika beliau tidak mendapat apa-apa mustahil begitu banyak jerung dan loan shark bermaharajalela di Selangor sekarang ini.

Setiap bulan akan ada satu rumah urut yang diambil tindakan tetapi berapa buah yang muncul secara senyap? Anda perlu pusing di Puchong, Subang Jaya dan Sunway sahaja untuk mengetahuinya.

Mengapakah kerajaan negeri mengadakan sistem zon baru untuk kutipan sampah di Selangor? Ia untuk menamatkan kontrak-kontrak dengan kontraktor tulen sedia ada. Kontraktor ini telah melabur begitu banyak untuk pembelian lori kompak sampah dan sebagainya. Namun semua ini akan ditamatkan.

Mengapa? Ia bertujuan supaya kontraktor sedia ada melutut kepada mereka untuk kontrak dan juga bertujuan memasukkan "pemain baru". Pemain baru ini tiada modal, lori sampah mahu pun kepakaran. Mereka akan dianugerahkan kontrak dan kemudiannya menyewa semula kepada kontraktor-kontraktor yang berhutang beratus ribu membeli lori sampah seperti yang disyaratkan oleh kerajaan dahulu.

Ini bukan isu perkauman, ini hanya mahu menunjukkan siapa DAP sebenar yang sebelum ini begitu gah bercakap soal ketelusan dan anti kronisme.

Jika masih ingat, beberapa bulan lalu, ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya, yang dulunya begitu hebat menghentam kerajaan BN Selangor sebagai tidak telus membuat laporan polis di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana bocornya kandungan mesyuarat Majlis.

Dulu orang seperti inilah yang bukan sahaja mahu tahu apa berlaku dalam mesyuarat Majlis, malah menuntut supaya setiap sen yang dibelanjakan oleh MBPJ dibuka untuk pemeriksaan umum.

Anak-anak muda zaman siber yang percaya mereka serba bagus dan serba bijak boleh terus mendewakan pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat. Namun sama ada mereka benar-benar bijak dan pintar hanya sejarah di masa hadapan akan menentukan

SUMBER: http://umnoselangor.net/

Selasa, 16 Februari 2010

Pindah Milik bagi Rumah

Hari ni Asiatica nak cerita mengenai pindah milik atau tarekah bagi premis atau bangunan atau sesebuah rumah.Bagi mereka yang pernah membuat pertukaran milikan bagi rumah tentu pernah mengalaminya. bagi pindah milik ini hanya bagi premis atau bangunan dimana ia di lakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) atau Majlis di tempat masing-masing. Mengikut Peruntukan Sek. 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976 Pindah milik atau tarekah ini bermaksud Pegangan Berkadar dimana apabila sesuatu pegangan berkadar dijualbeli atau dipindahmilik sama ada secara kasih sayang atau pesaka, maka adalah menjadi tanggungjawab penjual atau pemindah milik dan pembeli atau penerima pindahmilik untuk memaklumkan kepada Majlis dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penjualan atau pindah milik dengan mengemukakan :-

BORANG I atau BORANG J yang boleh di dapati di Majlis kawasan

Pembeli/penjual hendaklah mengemukakan BORANG I sekiranya berlaku :-
Jualbeli hartanah.
Pemberian kasih sayang/antara keluarga.
Perintah Mahkamah.

Penerima pesaka hendaklah mengemukakan BORANG J sekiranya berlaku :-
Penukaran pemilik akibat kematian pemilik asal.
Penyerahan harta pusaka.
Perintah Mahkamah.

Permohonan Pindahmilik boleh dibuat oleh pemilik atau peguam,dengan disertakan:
1 salinan BORANG I yang diisi dengan lengkap.
1 salinan Dokumen Hakmilik Tanah yang telah dipindahmilik kepada pemilik yang baru, atau
1 salinan Perjanjian Jualbeli, atau
1 salinan surat Penyerahan Hak, atau
Perintah Mahkamah
Salinan resit bayaran Cukai Taksiran Harta terkini yang telah dijelaskan
Semua dokumen yang tersebut di atas hendaklah disahkan oleh Peguam, Sidang, Ketua Kampung, Wakil Rakyat atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

Mengikut Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976, mana-mana pihak yang gagal membuat pindahmilik pegangan berkadar boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000.00 (Dua Ribu Ringgit Malaysia) atau dikenakan hukuman penjara.

1. Status geran : Pajakan
Pemaju : Membenarkan pindah hakmilik terus darpada Pemaju kepada Pembeli
Pinjaman Perumahan : Bank
Tempoh Masa Proses : Seperti yang ditetapkan di dalam Perjanjian Jual Beli
Yuran Guaman : Di tanggung oleh Pembeli sahaja
Pindah Hakmilik : Geran tidak perlu di daftar atas nama Penjual terlebih dahulu sebelum di pindahkan ke atas nama Pembeli

2. Status geran : Pajakan
Pemaju : Tidak membenarkan pindah hakmilik terus darpada Pemaju kepada Pembeli
Pinjaman Perumahan : Bank
Tempoh Masa Proses : Tempoh masa akan menjadi lebih panjang berbanding masa yang ditetapkan di dalam Perjanjian Jual Beli
Yuran Guaman : Di tanggung oleh Penjual dan Pembeli sahaja
Pindah Hakmilik : Geran perlu di daftar atas nama Penjual terlebih dahulu sebelum di pindahkan ke atas nama Pembeli

3. Status geran : Pajakan atau Kekal/Selama-lamanya
Pemaju : Membenarkan/Tidak membenarkan pindah hakmilik terus daripada Pemaju kepada Pembeli
Pinjaman Perumahan : Institusi Kewangan Kerajaan
Tempoh Masa Proses : Tempoh masa akan menjadi lebih panjang berbanding masa yang ditetapkan di dalam Perjanjian Jual Beli
Yuran Guaman: Di tanggung oleh Penjual dan Pembeli sahaja
Pindah Hakmilik : Geran perlu di daftar atas nama Penjual terlebih dahulu sebelum di pindahkan ke atas nama Pembeli

4. Status geran : Kekal/Selama-lamanya
Pemaju : Membenarkan pindah hakmilik terus darpada Pemaju kepada Pembeli
Pinjaman Perumahan : Bank
Tempoh Masa Proses : Seperti yang ditetapkan di dalam Perjanjian Jual Beli
Yuran Guaman : Di tanggung oleh Pembeli sahaja
Pindah Hakmilik : Geran tidak perlu di daftar atas nama Penjual terlebih dahulu sebelum di pindahkan ke atas nama Pembeli

5. Status geran : Kekal/Selama-lamanya
Pemaju : Tidak membenarkan pindah hakmilik terus darpada Pemaju kepada Pembeli
Pinjaman Perumahan : Bank
Tempoh Masa Proses : Seperti yang ditetapkan di dalam Perjanjian Jual Beli
Yuran Guaman : Di tanggung oleh Penjual dan Pembeli sahaja
Pindah Hakmilik : Geran perlu di daftar atas nama Penjual terlebih dahulu sebelum di pindahkan ke atas nama Pembeli tetapi boleh di jalankan secara serentak

Asiatica ingin menasihatkan saudar-saudara untuk membuat penukaran pindah hakmilik sebaik sahaja menerima surat daripada Pemaju memaklumkan Geran hartanah/rumah saudara-saudara telah pun di keluarkan oleh pejabat tanah yang berkenaan. Tindakan saudara-saudara membuat Pindah Hakmilik dengan segera boleh mengelakkan pelbagai masalah yang akan timbul sekiranya saudar-saudar berhasrat untuk menjual hartanah/rumah tersebut suatu hari nanti.

Ahad, 14 Februari 2010

Negeri Terengganu Darul Iman -GEOGRAFI

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu sekarang adalah kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1.295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari utara (Besut) ke selatan (Kemaman).

Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu. Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam Negeri Terengganu dikurangkan kepada enam - Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadi daerah ketujuh di negeri Terengganu.

Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah.

Keluasan daerah tersebut :-

1. Kuala Terengganu - 60,654.3 hektar
2. Kemaman - 253,559.9 hektar
3. Dungun - 273,503.1 hektar
4. Marang - 66,654.3 hektar
5. Hulu Terengganu - 387,462.6 hektar
6. Setiu - 130,436.3 hektar
7. Besut - 123,367.8 hektar

Penduduk Terengganu bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1912 penduduk Terengganu berjumlah 153,765 orang. Pada tahun 1951 seramai 236,300 orang. Seterusnya meningkat lagi pada tahun 1959 ke angka 278,147 orang dan tahun 1960 seramai 306,942.

Pada tahun 1963 berjumlah 339,816 orang dan pada tahun 1970 berjumlah 405,751 orang. Jumlahnya terus meningkat pada tahun 1990 ke angka 756,300 orang. Kini ( 1998 ) penduduk Terengganu kira-kira 1 juta orang. Daripada jumlah ini 90 peratus adalah orang Melayu dan bakinya terdiri daripada orang Cina dan India.


Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu. Kegiatan utama ekonomi ialah perikanan. Hasil petrolium menguatkan lagi ekonomi negeri.

TERENGGANU

PENDUDUK MENGIKUT STRATA

STRATA 1970 1980 2000 * 2006
TERENGGANU

BANDAR
%
LUAR BANDAR
%

109,438
27
295,930
73

225,181
42.87
300,074
57.13

423,346
47.1
475,479
52.90

552,537
51.1
528,749
48.9

JUMLAH 405,368 525,255 898,825 1,081,286
% 100.00 100.00 100.00 100.00
MALAYSIA

BANDAR
%
LUAR BANDAR
%

2,798,600
26.81
7,640,800
73.19

4,492,549
34.2
8,643,560
65.8

13,301,485
57.15
9,973,205
42.85

16,921,855
63.52
9,718,345
36.48

JUMLAH 10,439,400 13,136,109 23,274,690 26,640,200
% 100.00 100.00 100.00 100.00

Sumber:
Jabatan Perangkaan Malaysia
Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu
Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri

Nota: * Pengiraan semula

BILANGAN PENDUDUK MENGIKUT KUMPULAN UMUR 2006

DAERAH 0-14 15-64 65 ke atas
BESUT 58,835 82,049 4,440
DUNGUN 63,969 88,828 7,199
HULU TERENGGANU 30,159 42,369 2,384
KEMAMAN 68,652 97,808 8,416
KUALA TERENGGANU 147,972 203,010 10,819
MARANG 40,958 57,493 4,019
SETIU 25,126 32,929 3,852
JUMLAH 435,671 604,486 41,129

Sumber:
Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu
Jabatan Perangkaan Malaysia

PENDUDUK MENGIKUT KUMPULAN UMUR

KUMPULAN
UMUR
2000 2006
Lelaki Perempuan Jumlah Lelaki Perempuan Jumlah
0-4 58,072 54,293 112,365 70,073 65,100 135,173
5-9 64,558 61,488 126,046 77,900 73,733 151,633
10-14 63,086 60,659 123,745 76,124 72,741 148,865
15-19 51,126 50,253 101,379 61,693 60,267 121,960
20-24 33,830 29,994 63,824 40,821 35,958 76,779
25-29 29,506 28,326 57,832 35,604 33,970 69,574
30-34 29,097 28,947 58,044 35,111 34,716 69,827
35-39 29,298 28,401 57,699 35,353 34,056 69,409
40-44 25,870 24,847 50,717 31,217 29,796 61,013
45-49 20,276 18,795 39,071 24,467 22,536 47,003
50-54 16,100 14,218 30,318 19,427 17,046 36,473
55-59 11,849 11,080 22,929 14,298 13,284 27,582
60-64 9,933 10,737 20,670 11,985 12,881 24,866
65-69 5,206 5,795 11,001 6,281 6,953 13,234
70-74 4,413 5,274 9,687 5,326 6,327 11,653
75+ 6,129 7,369 13,498 7,398 8,844 16,242
JUMLAH 458,349 440,476 898,825 553,078 528,208 1,081,286

Sumber:
Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu
Jabatan Perangkaan Malaysia