~

Khamis, 28 Oktober 2010

Home » , » PRK Dun Galas, Abdul Aziz VS Zulkefli

PRK Dun Galas, Abdul Aziz VS Zulkefli

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas,Kelantan merupakan PRK yang ke-12 ,dan kali ke 2 di kelantan sendiri. PRK ini di adakan selepas kematian penyandangnya yang sebelum ini dari PAS, iaitu YB Dun Galas, Allahyarham Che Hashim yang meninggal dunia di Hospital Pakar al-Islam, Kampung Baru akibat barah usus.

Pilihan Raya Kecil DUN Galas yang ditetapkan pada 4 November bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN (Abdul Aziz)  dan PAS (Zulkefli). Abdul Aziz Yusoff 49 tahun, adalah anak tempatan dan tinggal di sini, selain pernah menjadi Pengurus Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) .Manakala Dr Zulkefli Mohamed merupakan Pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang yang bertugas sebagai pengamal perubatan di Ciku 3, iaitu kira-kira 50 kilometer dari bandar Gua Musang.

P/S: Keputusan PRK ini hanya akan terjawab hanya tinggal beberapa hari lagi, diharap pengundi di dun Galas ini dapat memilih pemimpin yang berkualiti dan bersemangat waja,dalam menyelesaikan masalah-masalah rakyat di kawasan nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan