~

Ahad, 24 Oktober 2010

Home » , » Islamic Fashion Festival 2010

Islamic Fashion Festival 2010

Minggu lepas pelbagai isu-isu semasa di pedebatkan seperti Belanjawan 2011 yang telah di bentangkan oleh PM kita, dan tidak lupa juga Konvokesyen umno yang telah berlaku.walaubagaimanapun isu yang kuat di mainkan di mesia-media elektronik seperti Facebook dan blog-blogs ialah isu mengenai penanjuran Islamic Fashion Festival dimana isteri PM kita Rosmah Mansor merupakan penaung ISLAMIC FASHION FESTIVAL (IFF) dan bukan penajur festival ini yang di putar belitkan oleh beberapa individu.



Untuk pengetahuan anda ISLAMIC FASHION FESTIVAL (IFF) telah di anjurkan di Tiga buah negara pada 2010 setakat ini iaitu Jakarta, Monte Carlo & Kuala Lumpur. Isu semasa ISLAMIC FASHION FESTIVAL (IFF)  ini mendapat banyak di pedebatkan di beberapa lamana seperti facebook, laman komuniti dan blogs-blogs. Apa yang penulis boleh nilaikan sebanyak 80% artikel dan Komen dan pendapat adalah bersifat negatif manakala 20 % lagi adalah bersifat Neutral atau tidak memihak atau menyokong. Antara artikel isu ini yang memaparkan maklumat isu semasa di Blogs Hakaluka.blogspot di mana dalam artikelnya mengulas berlakunya beberapa bantahan yang di ketua sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan agama tetapi sebaliknya.Selain itu portal berita online malaysiakini dengan artikel Ribuan himpun bantah festival busana Islam. Manakala di dalam satu lagi blogs iaitu satulimatiga.blogspot telah menjelaskan atau  mengukai isu ini.dimana dengan artikel Bandingkan Islamic Fashion Festival yang dianjurkan Jakarta, Monte Carlo & Kuala Lumpur. Terbukti Rosmah difitnah!


p/s: Bagi penulis tidak menyokong atau menyokong mana-mana pihak 50-50 dan bagi pendapat penulis Rosmah isteri pm harus mengunakan akal dan pemikiran yang waras dengan menyertai festival-festival ini . kerana bagi penulis rosmah tidak seharusnya telalu menonjolkan diri sehinggakan memberi impak negatif yang amat buruk kepada PM .Penulis juga berharap mereka-mereka yang cepat melatah dan memberi komen-komen yang bersifat buruk cepat-cepatlah beristifar. Kita di beri akal fikiran dan hati untuk berfikir dan membuat sesuatu berdasarkan perasaan yang di kawal dengan iman dan fikiran bukanya dengan perasaan yang akhirnya membawa keburukan..............Buatlah kajian dahulu dengan memperbanyakan ilmu pengetahuan dan selidik sebelum buat dan mengeluarkan penyataan.....

p/s Dari segi Menjana Informasi Pemikiran Penulis Isu mengenai Islamic Fashion Festival ini adalah bersifat atau bermotifkan politik semata-mata bukan kerana agama islam ku yang tercinta. Agama ku sentiasa di permainkan oleh mereka yang gilakan kuasa di dunia ini, tanpa memikirkan azab yang dasyat masa akan datang............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan