~

Jumaat, 27 Ogos 2010

Home » , , , » Duit Bonus Raya RM500

Duit Bonus Raya RM500

 Asalamulaikum..Bonus ! Bonus Raya, Duit!! Duit Raya..Itulah yang banyak penulis-penulis blog sedang membuat ulasan mengenai Kerajaan Meluluskan pemberian Bonus raya Kepada pekerja sektor-sektor
kerajaan yang rajin bekerja,,yang betul-betul bekerja dan Tidak Lupa juga Yang Malas bekerja...Siapa tak kenal dengan lagak-lagak pekerja kerajaan ni..kerja malas,tak ikhlas (bukan SEmua yek ) kalau bab duit no satu, Bila dah dapat merungut pulak tak cukup la,ini laaaa..Tapi apa yang kerajaan buat dan bantu mereka semua salah....Kalau kau tak percaya pergi laaa borak- borak pasal pemberian bonus....mesti banyak dan songen punya jawapan di orang ni...kalau ko orang jumpa yang pekerja kerajaan yang betul-betul kerja dan ikhlas mesti diorang akan cakap panjat kesyukuran dengan pemberian ini..Ok itu sahaja coretan Gempak XX Asiaticaherb..Sebelum kalau belum baca keratan akhbar mengenai Bonus Raya sila la baca kat bawah ni ek...

Kakitangan Awam Dapat Duit Raya RM500
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan menerima khabar gembira apabila kerajaan mengumumkan akan memberi bantuan khas kewangan RM500 seorang sebelum 1 Syawal ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini berkata, bantuan khas kewangan itu akan dibayar kepada pesara dan kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54.

Menurutnya, ia melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta untuk kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.

‘‘Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara kerajaan.

‘‘Ia bagi meringankan bebas kos persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri ini,’’ katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian itu dibuat di bawah skim Bayaran Bantuan Khas Kewangan kelolaan Jabatan Perdana Menteri.

Pada 13 Ogos lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian duit raya kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara membabitkan jumlah RM37.14 juta yang juga akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Rakyat Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 September ini.

Sumber: Utusan Online 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan