~

Khamis, 28 Oktober 2010

Filem Born To Raise Hell (2010)

Filem cerita ini memang Bes la bagi penulis,Born To Raise Hell (2010) yang di lakonkan oleh watak utmana Steven Seagal, mamat ni kalau berlakon memang penuh aksi seni mempertahankan diri selain ganas. Filem ini mengisahkan mengenai pembunuhan yang kejam selain melibatkan penjualan dadah...Jom Layan cerita ini..budak bawah 18 tahun tidak di galakkan menonton kerana mempunyai aksi-aksi bogel (SX)  dan Ganas.....

Ringkasan Cerita: imdb

Untuk Pindah Turun: 

PRK Dun Galas, Abdul Aziz VS Zulkefli

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas,Kelantan merupakan PRK yang ke-12 ,dan kali ke 2 di kelantan sendiri. PRK ini di adakan selepas kematian penyandangnya yang sebelum ini dari PAS, iaitu YB Dun Galas, Allahyarham Che Hashim yang meninggal dunia di Hospital Pakar al-Islam, Kampung Baru akibat barah usus.

Pilihan Raya Kecil DUN Galas yang ditetapkan pada 4 November bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN (Abdul Aziz)  dan PAS (Zulkefli). Abdul Aziz Yusoff 49 tahun, adalah anak tempatan dan tinggal di sini, selain pernah menjadi Pengurus Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) .Manakala Dr Zulkefli Mohamed merupakan Pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang yang bertugas sebagai pengamal perubatan di Ciku 3, iaitu kira-kira 50 kilometer dari bandar Gua Musang.

P/S: Keputusan PRK ini hanya akan terjawab hanya tinggal beberapa hari lagi, diharap pengundi di dun Galas ini dapat memilih pemimpin yang berkualiti dan bersemangat waja,dalam menyelesaikan masalah-masalah rakyat di kawasan nya.

Isnin, 25 Oktober 2010

Penajur Festival Busana Muslim (Islamic Fashion Festival)

Asalamulaikum, artikel sambungan topik terdahulu mengenai isu yang mengaitkan Rosmah Mansur,kali ini penulis dedahkan lagi penulisan mengenai isu ini,Penajur Festival Busana Muslim (Islamic Fashion Festival) di mana dalam pendedahan terdahulu penulis menyatakan isu ini adalah bersifat politik hari ini penulis dedahkan bagi penulis artikel ini amat menarik dan mudah di fahami mengenai Festival Busana Muslim (Islamic Fashion Festival). Dengan artikel " Busana Muslim: DS Rosmah Tetamu, Shah Reza Penganjur " di laman Mykmu dimana dalam artikel berkenaan menyatakan mereka yang menajur festival ini tidak sedikitpun di kecam tetapi mereka yang di jemput untuk menghadiri festival ini sebagai VVIP pulak mendapat bahan atau kutukan dari pelbagai pihak yang bermaian onar kerana apa,Kerana POLITIK yang GILAKAN KUASA. Untuk menbaca artikel ini selengkapnya anda boleh melayari di MYKMU..Menjana Informasi Pemikiran ~Berfikir mengunakan akal dan ilmu bukan dengan kepala lutuk.

Ahad, 24 Oktober 2010

Islamic Fashion Festival 2010

Minggu lepas pelbagai isu-isu semasa di pedebatkan seperti Belanjawan 2011 yang telah di bentangkan oleh PM kita, dan tidak lupa juga Konvokesyen umno yang telah berlaku.walaubagaimanapun isu yang kuat di mainkan di mesia-media elektronik seperti Facebook dan blog-blogs ialah isu mengenai penanjuran Islamic Fashion Festival dimana isteri PM kita Rosmah Mansor merupakan penaung ISLAMIC FASHION FESTIVAL (IFF) dan bukan penajur festival ini yang di putar belitkan oleh beberapa individu.

Selasa, 19 Oktober 2010

Air Soya Jenama GREEN BEAN SOY DRINK

Pemakanan membentuk keperibadian manusia, walaupun banyak aspek lain yang membentuk seseorang itu seperti aspek didikan dan godaan persekitaran, tetapi bagi penulis dari pemakanan adalah aspek yang akan membentuk tingkah laku dan keperibadian seseorang itu, di ruangan ini penulis ingin kongsikan satu artikel yang mana penulis perolehi dari laman Pusat operasi zon timur dengan artikelnya 

Pembunuhan di Semenyih

Nyawa manusia sudah tidak bernilai, itulah penulis boleh katakan apabila manusia semakim moden pemikiran manusia semakin sempit dan tidak berguna. Dari hari ke hari kita di khabarkan mengenai kematian di media massa dan elektronik samada kematian dari kemalangan ,sakit dan pembunuhan kejam. Hari ini kita di kejutkan pula mengenai kes Pembunuhan di Semenyih dimana rangka manusia telah di jumpai apabila suspek bunuh yang telah di tahan menunjukan tempat pembunuhan yang di lakukan. Untuk Pembacaan anda boleh layari laman Utusan Malaysia online dengan artikel bertajuk Rangka kes bunuh profil tinggi ditemui di Semenyih.

Isnin, 18 Oktober 2010

Mykmu.net ~ Demi Islam, Untuk Melayu, Keranamu Malaysia

Asalamulaikum, Laman,portal politik masa kini Mykmu.net. Laman Mykmu.net ini merupakan satu laman yang amat menarik bagi penulis, di mana dalam laman ini mempunyai banyak artikel yang menarik bagi penulis.Dengan Tema Gerbang Tempur Maya MYKMU : Demi Islam, Untuk Melayu, Keranamu Malaysia. adalah amat bersesuaiyan dengan apa yang di paparkan dalam laman ini. Bagi mereka yang ingin mengetahui menganai lebih lanjut laman ini sila layari: http://www.mykmu.net/

Khamis, 14 Oktober 2010

Empat Di Dakwa, Tiga Di Bebas Dua Di Reman Kes Pembunuhan Kejam 2010

Asalamulaikum masih Dalam Isu semasa yang Mengejutkan masyarakat kita pada malam merdeka sebelum ini iaitu Kes pembunuhan Kejam Sosilawati dan Tiga yang lain, Menurut Dalam berita Utusan Malaysia Online Empat suspek telah di dakwa dalam pembunuhan kejam ini termasuk seorang peguam. Manakala Tiga yang lain telah di bebaskan dengan jaminan polis manakala Dua suspek lagi masih di tahan untuk membantu siasatan yang masih berlaku.

Manakala Di MyMetro pula dengan tajuk utamanya Mahu pembunuh Ke tali Gantung,Harapan Rita yang merupakan anak kepada mangsa pembunuhan kejam iaitu sosilawati.

Berikut Keratan Artikel dari kedua-dua akhbar harian online:

Selasa, 12 Oktober 2010

Rakaman Video II Kemalangan Ngeri 10.10.2010

Satu Lagi Rakaman Video II Kemalangan Ngeri 10.10.2010 yang penulis dapat dari Laman Sosial facebook.Rakaman ini mempunyai kengerian yang melampau.Jika anda salah seorang yang kuat semangat boleh la lihat...
 


Video Rakaman Selepas Kemalangan Ngeri 10.10.2010 Lebuh Raya Utara-Selatan

Kejadian Kemalangan ngeri yang telah berlaku Di lebuh Raya Utara -Selatan,masih menjadi igauan semua pihak, terutamanya mangsa-mangsa yang terlibat.Kali ini Penulis ingin paparkan mengenai Video rakaman Yang di perolehi Dari  Wartawan myMetro.Mari kita sama-sama lihat.zsssssssssssssssssssss

Hati-Hati dengan Kereta Model Mercedes

Hati-Hati dengan Kereta Model Mercedes itu lah penulisan pada petang ini, kereta mewah iaitu Mercedes sedang hangat di perkatakan di ruangan beberapa akhbar harian pada hari ini. Walaupun kereta model Mercedes yang merupakan kenderaan yang mewah tetapi tidak dapat lari daripada beberapa masalah teknikal. Di dalam Berita Kosmo online terdapat dua tajuk mengenai kenderaan mewah ini iaitu Nombor casis sama kereta di Jepun, Mercedes disita di mana seorang pengimport mengalami masalah untuk mendaftarkan kenderaan di puspakom dan satu lagi artikel mengenai Kereta Mercedes buatan Pekan tiada masalah iaitu mengenai masalah stereng. Untuk Artikel lebih lanjut baca  di bawah ini atau layari laman Berita kosmo.

Isnin, 11 Oktober 2010

Gambar Kemalangan Ngeri 10.10.2010

Asalamulaikum,lagi mengenai Kemalangan ngeri yang berlaku pada 10.10.2010 yang telah meragut 12 nyawa. Dalam tajuk ini penulis hanya meletakan beberapa gambar selepas kejadian ngeri ini yang telah berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan,Rembau,negeri sembilan.. sebelum lihat baca bismilah dahulu hanya mereka yang kuat semangat sahaja boleh lihat,penulis tidak akan bertangunjawab apa-apa yang berlaku pada pembaca,sebarang risiko di tangung sendiri oleh pembaca.kekkekeke..

Kemalangan Ngeri 10.10.2010

Tarikh,bulan dan tahun memainkan peranan dalam mencatat sesuatu peristiwa samaada peristiwa manis atau sedih atau pilu yang kadang-kadang memberi impak yang besar kepada mereka yang melalui.Tanggal 10.10.2010 tercipta satu lagi peristiwa berdarah  yang merangut nyawa yang telah berlaku, dimana kemalangan ngeri yang melibatkan dua buah Bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau.Ikuti berita dari utusan Malaysia Online dengan tajuk 12 maut tragedi lebuh raya.

Ahad, 10 Oktober 2010

PERKASA Desak Ka Siong Perkara 153:Perlembagaan Persekutuan

Asalamulaikum,PERKASA atau Pertubuhan Pribumi Perkasa hari ini telah  mendesak Ka Siong (MCA) mengenai  Perkara 153:Perlembagaan Persekutuan antara artikel seperti berikut