Tinjauan Umum Mengenai Senarai Hasrat Hati, Harapan Dan Bebanan Hidup 
Generasi Belia Kelompok Usia 21 Hingga 40 Tahun 
Yang Mengharapkan Kerajaan Mengambil Sesuatu Tindakan  
Saudara/Saudari
Hari  Belia Negara yang akan menghimpunkan sejuta warga belia akan disambut  pada 27 hingga 29 Mei 2011 di Putrajaya. Sempena sambutan tersebut,  Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, sedang menjalankan kajian bagi mendapatkan maklumbalas daripada Generasi Belia yang berusia 21 hingga 40 tahun. 
Kajian  ini adalah berkaitan HASRAT, HARAPAN DAN PERMINTAAN WARGA BELIA agar  kerajaan mengambil tindakan terhadap senarai tersebut bagi mengatasi  bebanan hidup dan kebimbangan yang dilalui oleh generasi belia seperti  saudara/i. 
Saudara/i yang lahir pada tahun 1971 hingga 1990 dijemput  untuk menyertai survei ini. Jawapan ikhlas anda akan dapat membantu  IPPBM dalam mendapatkan gambaran mengenai perkara di atas. Anda juga  boleh “forwardkan” borang survei ini kepada rakan-rakan yang berumur antara 21 hingga 40 tahun. 
Sebagai tanda menghargai kerjasama anda, IPPBM akan memberi sagu hati berbentuk nilai tambah pra-bayar (top-up credit) bernilai RM5.00 kepada 4,000  orang pertama yang menjawab survei ini. Nombor kod "top-up" akan  dikirimkan kepada anda yang menjawab dengan lengkap melalui email selepas pihak IPPBM menerima kesemua 4,000 borang soal selidik yang dijawab oleh responden. Sekali lagi diingatkan; hanya untuk 4,000 orang yang pertama sahaja.
Sekian, terima kasih.
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan