~

Khamis, 6 Januari 2011

Home » , , , , » Keputusan Punca Kematian Teoh Beng Hock

Keputusan Punca Kematian Teoh Beng Hock

Hari ini Ronda2 Asiatica nak kongsi mengenai Keputusan Punca Kematian Teoh Beng Hock yang mana kes ini berlaku pada tahun lepas lagi iaitu tahun 2010.Apa yang Ronda2 Asiatica nak kongsi kepada anda semua pada pendapat Ronda2 Asiatica ialah kes ini sebenarnya hanyalah di isu-sasikan mereka yang berkepentingan dan mainan politik dan berniat jahat kepada pentadbiran keselamatan negara..Berikut Ronda2 Asiatica ambil dari sumber PAPA Gomo  Punca Kematian Teoh Beng Hock.

Inkues gagal menemukan jawapan kepada punca kematian Teoh Beng Hock (TBH). Berikut adalah 23 dalil yang wajar diambil kira untuk menunjukkan bahawa kematian TBH adalah disebabkan bunuh diri.
1. Keterangan pakar-pakar forensik Dr. Khairul Azman, Dr. Prashant, Dr. Shahidan dan Professor Dr. Peter Vanesis secara keseluruhannya menunjukkan TBH mati akibat jatuh dari tempat tinggi dengan mengalami pelbagai kecederaan tanpa mengaitkan dilakukan oleh orang lain. Kematiannya lebih menjurus kepada akibat simati membunuh diri;

2. TBH merupakan saksi penting dalam kes penyelewengan peruntukan ADUN di Negeri Selangor. Oleh itu keterangannya amatlah penting sebagai saksi utama kes. Siasatan kes ini masih diperingkat awal dan ia bermula dengan pengambilan keterangan TBH. Tidak mungkin SPRM akan membunuh saksi penting.

3. TBH adalah saksi dan bukannya orang yang disiasat. Oleh itu, beliau bebas bergerak dalam pejabat SPRM tanpa kawalan. Beliau diberikan makan dan minum, rehat dan kebenaran untuk balik, tetapi beliau sendiri enggan balik;

4. Rumusan Pegawai Penyiasat kes ASP Ahmad Nazri bin Ismail – tiada sebarang keterangan fakta simati dicederakan atau disebabkan kematiannya oleh orang lain;

5. Keterangan TBH telah dicatatkan antara jam 1.30 pagi hingga 3.30 pagi. TBH diberikan kebebasan untuk berhenti makan, minum dan ke tandas secara bersendirian ketika proses rakaman percakapan dibuat. Ini bagi mengelakkan mengurangkan tekanan dan kebebasan kepada saksi;

6. TBH dibenarkan pulang setelah rakaman percakapan selesai pada jam 3.30 pagi. Sebaliknya beliau enggan pulang dan minta berehat di sofa ruang pejabat SPRM Selangor.

6. TBH ada meminta segelas air untuk diminum pada jam 5.15 pagi daripada Mohd Ashraf bin Mohd Yunus (pegawai SPRM).

7. Raymond Nion anak John Timban (pegawai SPRM) mengesahkan melihat TBH sedang berehat di atas sofa pada jam 6.00 pagi ketika beliau hendak pulang.

8. Tan Boon Hwa (saksi lain) mengesahkan melihat TBH berjalan mundar mandir dengan cara menundukkan muka dan tidak menyahut apabila ditegur olehnya pada awal pagi sebelum subuh.

9. Bulkini bin Paharuddin (pegawai SPRM) yang fasih berbahasa cina mengesahkan terjadinya pertengkaran kecil antara Tan Boon Hwa dan TBH di dalam tandas pada jam 2.30 pagi. Tan Boon Hwa telah menyalahkan TBH atas apa yang berlaku;

10. TBH sentiasa dalam keadaan gelisah, panik dan rasa kelam kabut sepanjang proses rakaman percakapan dibuat. Lebih-lebih lagi apabila beliau ditunjukkan dokumen-dokumen berkaitan tuntutan peruntukan ADUN yang telah dibuat.

11. Hasil siasatan di tempat kejadian oleh Unit Forensik PDRM tidak menemui tanda-tanda pergelutan di aras 14 Plaza Massalam. Kesan cap jari dan pemeriksaan menyeluruh tidak menunjukkan bahawa kematian TBH akibat perbuatan jenayah;

12. Tingkap di mana dipercayai si mati keluar hanya boleh dibuka 45 darjah dan tiada sebarang DNA ditingkap tersebut untuk menyatakan terdapat sesuatu perbuatan jenayah terhadap simati;

13. Pemeriksaan ahli kimia tidak menunjukkan sebarang perbuatan jenayah terhadap simati. Ini termasuk pemeriksaan darah simati menunjukkan beliau tidak dipengaruhi dadah, alkohol ataupun diracun.

14. Pemeriksaan DNA ke atas semua pegawai SPRM yang terlibat dalam kes ini juga tidak dapat mengaitkan sebarang perbuatan jenayah terhadap simati;

15. Dr. Khairul dan Dr Prashnant merupakan dua pakar forensik yang melakukan pemeriksaan ke atas mayat simati di tempat kejadian (tingkat 5, Plaza Masallam) dan melakukan post mortem pertama terhadap simati, mengesahkan bahawa tiada keterangan simati dicederakan oleh orang lain sebelum jatuh. Tiada kecederaan luaran atau dalaman yang boleh menggaitkan simati disiksa ataupun dipukul.

16. Keterangan Dr. Khairul Azman Hj Ibrahim – “in my opinion, he just climb up and jumped – pada pendapat saya simati panjat dan dia keluarkan kaki dan dia keluar”;

17. Dr. Prashant Naresh Sambikar – memberi 9 alasan kematian TBH disebabkan bunuh diri:
i. Punca kematian adalah suicidal or self inflicted death;
ii. Kecederaan yang dialami simati konsisten dengan akibat jatuh dari tempat tinggi;
iii. Kesan pada tapak kasut simati konsisten dengan keadaan di mana seseorang duduk atau bertinggung di atas tingkap;
iv. Tiada tanda-tanda penderaan atau mempertahankan diri sebelum jatuh;
v. Laporan kimia tidak menunjukkan bahawa simati dipengaruhi alkohol, dadah atau diracuni;
vi. Simati masih sedar semasa jatuh di aras 5 dan beliau mendarat dengan kakinya terlebih dahulu;
vii. Kecedaraan yang dialami dikedua-dua tangannya juga menunjukkan bahawa simati dalam keadaan sedar dan cuba mengurangkan impak (attempt to break his fall);
viii. Tiada tanda-tanda kecederaan pada lidah atau tergigit lidah;
ix. Kecederaan di leher dan dubur simati adalah kesan jatuh dari tempat tinggi dan bukan diakibatkan oleh perbuatan orang lain terhadap simati;

18. Dr. Shahidan bin Md Noor telah menjalankan bedah siasat kedua dan merumuskan bahawa – “the second examination performed showed that the deceased sustained multiple injuries consistent with that of a fall from a certain height.. there were also injuries to the neck which most likely formed or produced by the impact of fall. The pattern and severity of them were in keeping with the incident or event”.

19. Professor Dr. Peter Vanezis dalam laporan bedah siasatnya merumuskan bahawa None of the injuries show that he was killed by any other means and then thrown out of the window from the 14th floor… There is no evidence that the deceased’s neck had been compressed as in strangulation, prior to death. The bruising of the neck is part of the overall pattern of injury from yhe fall.”

20. Pakar Forensik Thailand yang penuh dengan kontroversi pada awalnya berdasarkan hanya pada gambar simati telah merumuskan bahawa 80 peratus simati dibunuh dan 20 peratus membunuh diri. Namun demikian, dalam keterangan kali kedua, beliau telah mengubah keterangan dan menyatakan tujuan beliau menyatakan 80 peratus dibunuh adalah untuk menarik perhatian koroner bagi membolehkan bedah siasat kedua dilakukan. Kenyataan beliau telah memberikan kesan yang cukup besar dari segi keadilan kepada pihak yang terlibat khususnya SPRM dan Kerajaan. Isu kematian TBH telah dipolitikkan dan rakyat disemai dengan perasaan benci terhadap pihak berkuasa.

21. Dr. Pornthip dalam keterangan kali kedua gagal mempertahankan teorinya yang mengatakan 80% TBH mati dibunuh. Keterangan kali keduanya menjelaskan bahawa:
i. Mengakui bahawa apa yang dikatakannya pada 21.10.2009 (keterangan kali pertama) bahawa terdapat kesan heretan di kasut simati adalah tidak benar;
ii. Apa yang beliau katakan terdapat kesan tusukan pada dubur simati tidak benar dan beliau bersetuju yang ianya adalah kesan akibat kejatuhan;
iii. Beliau gagal mempertahankan dakwaan awalnya terdapat kesan hentakan senjata tumpul di kepala simati;
iv. Lebih menghairankan apabila laporannya bercanggah dengan laporan awal iaitu tiada ‘manual strangulation”;
v. Kenyataannya yang tidak konsisten, sering berubah-ubah dan beliau gagal mempertahankan keterangan pertama yang dibuat pada 21.10.2009;
vi. Dr. Pornthip tidak diiktiraf sebagai pegawai perubatan di Malaysia. Oleh itu keterangannya sebagai “keterangan pakar” tidak sah dan diiktiraf.

22. TBH dalam keterangannya kepada SPRM telah mengesahkan bahawa semua tuntutan yang dibuat ditandatangani oleh beliau bagi pihak YB Ean. Simati dengan jelas telah menunjukkan rasa resah, gelisah, takut dan rasa bersalah kepada YB Ean. Disebabkan beliau, YB Ean disiasat oleh SPRM.

23. Penemuan nota bertulis tangan. Laporan kimia menunjukkan bahawa tulisan tangan dalam nota tersebut adalah sama dengan buku catatan milik simati. Isikandungan nota adalah selari dengan apa yang berlaku pada malam simati berada di pejabat SPRM. Tercatat 3 kali simati meminta maaf kepada YB Ean dan akhirnya mengucapkan selamat tinggal.

Sumber Blog ImRite

2 ulasan:

  1. Apa ni, baca kat paper utusan, mahkamah kata dia tak bunuh diri, pun takde penglibatan pihak ketiga. Abis tu, kemalangan ke? Takde pulak dinyatakan kemalangan. Abis tu kalau semua tak betul, camana pulak dia mati? Mengelirukan betul. Takkan cekik diri sendiri kot? Ni bukan laporan sumber alternatif cakap, utusan sendiri yg cakap. Musykil, musykil.

    BalasPadam
  2. i like this blog:) wish the owner can do the same things about saiful kes:)

    BalasPadam