SENARAI Kejayaan dan pembaharuan PAS DI TERENGGANU semasa 1999
1. TAWAN WISMA DARULIMAN: Wisma Darul Iman ditawan terus pa...da malam pilihanraya umum (29 November 1999) walaupun Kerajaan sebelumnya belum terbubar secara rasmi, juga kereta Ahli Exco (BN) dirampas di jalanan, tanpa penyerahan rasmi.
2. SINGKIR PEGAWAI: Sebaik berkuasa Pas menyingkir, memberhenti dan menukarkan pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri yang disyakki tidak menyokong Pas. Pada Disember 1999 Setiausaha Kerajaan waktu itu (Dato’ Che Mat Jusoh) disingkirkan, Pengarah Yayasan Terengganu dan Yayasan Pembangunan Keluarga dipecat dan penghulu yang pro Umno ditukar secara besar-besaran ke kawasan pedalaman. Menteri Besar Abdul Hadi Awang pada 17 Disember 1999 dengan angkuh berkata anggaplah itu ‘takdir Allah.’