~

Selasa, 23 November 2010

Home » , , » Ekspo Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Terengganu 2010

Ekspo Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Terengganu 2010

Ekspo Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Terengganu 2010, hari ini 24 november merupakan hari terakhir berlansungnya ekspo ini. Ekspo ini telah diadakan pada 22hb November pukul 10.00 pagi - pada 24hb November bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Padang Hiliran, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. berdekatan dengan MYdin Mall Dan GIant. Ekspo ini antara diadakan ialah memberi pendedahan dan memasarkan produk-produk yang berasakan Industri sederhana.Antara aktiviti yang telah diadakan seperti Bengkel Pembungkusan & Penjenamaan Produk dan Pertandingan Masakan Ikan Air Tawar.

Majlis Perasmian Penutup Ekspo SDSI akan diadakan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Padang Hiliran, Kuala Terengganu pada 24/11/2010 (Rabu) Jam 2.45 ptg yang akan dirasmikan oleh Y.B. Dato' Haji Mohamed Awang Tera, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri. Anda semua adalah dijemput hadir ke Majlis Perasmian Penutup tersebut.

Sumber: Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu

2 ulasan:

  1. errr..xmasuk pertandingan memasak ke.. lalala~ (^____^)

    BalasPadam