~

Sabtu, 6 Mac 2010

Home » , » Ubi Kayu

Ubi Kayu

Sesungguhnya apa yang telah dicipta oleh Allah s.w.t mempunyai hikmah yang amat besar.Sememangnya tiada apa jua yang sia-sia dalam ciptaan-Nya , samada yamg melata di atas bumi , yang terbang di udara , manusia , tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.
Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Al – Jaatsiyah , ayat 3 – 6 mengenai penciptaan-Nya:
Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah untuk orang-orang yang beriman .Dan penciptaan kamu dan pada binatang- binatang yang melata yang bertebaran ( di muka bumi ) terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah ) untuk kaum yang menyakini dan pada pengantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkan dengan hujan itu bumi sesudah matinya dan pada perkisaran angin terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal . Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacanya kepadamu dengan sebenarnya: Maka dengan perkataan manakah lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) Allah dan keterangan-keterangan-Nya.

Ubi kayu (nama botani: Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.
Ubi kayu boleh digoreng, direbus atau dibakar, dan dimakan bersama kelapa parut muda (nyiur kulit hidup), ikan masin, atau ikan bakar. Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi dan yang seumpama dengannya.

Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi.Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin.

Cara Penanaman
Mudah sahaja. Ambil batang Ubi kayu yang siap di potong antara 1 kaki lalu ditanam dengan keratan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan.
Sumber :- Wikipedia

Ubi kayu bukan sebarang Ubi kayu tau.Semasa kedatangan jepun di tanah melayu,ubi kayu merupakan makanan utama pada masyarakat pada masa itu. Tiap-tiap hari makan ubi kayu kerana itu sahaja yang mudah di dapati. Cuba Bayangkan tiap-tiap hari makan ubi kayu tak ker bosan dan jemu ,,Lu Pikir Ar sendiri..Dengan semangat kreativiti yang ada pada masyarakat masa itu maka,terdapatlah pelbagai jenis makanan dan kueh yang berasaskan dari Ubi kayu.Nak tahu apa makanan dan produk yang berasaskan uUbi kayu boleh di buat antaranya:
Kerepek Ubi kayu
Kuih Bingka Ubi
Bahan-bahannya:
2 kg ubi kayu - dikupas, diparut dan disejat
300 gram gula pasir
1 camca teh garam
Sedikit pewarna kuning - jika perlu
2 biji telur, dipukul sebentar
500 ml santan daripada 1 biji kelapa
www.familiazam.com
Cara membuatnya:
Masukkan ubi kayu parut di dalam mangkuk
Kemudian masukkan gula pasir ber-sama garam, pewarna kuning (jika perlu) dan telur. Kacau hirigga sebati. Masukkan santan, kacau hingga ia sebati dan tidak berketul-ketul.
Lenserkan sedikit minyak masak pada loyang bakar dan tuang bancuhan ke dalamnya. Bakar ia pada suhu 300 darjah Celsius, 30 minit atau hingga permukaannya kekuningan.
Biar ia sejuk sebelum dipotong.

Kuih Lapis Ubi Kayu
BAHAN-BAHAN
500 g ubi kayu (dikisar halus)
60 g tepung beras tepung - diayak
60 g tepung kastad – diayak
90 g gula pasir
1 biji telur
¼ camt garam 1cams air pandan pekat
½ biji kelapa parut (500 ml santan) – dibuang kulit dari Dulang pengukus bergaris pusat 16 cm – digilis dengan minyak
CARA PENYEDIAAN
1. Menyediakan pengukus dan tin kek
1.1 Masak air di dalam periuk pengukus
1.2 Sediakan dulang pengukus
2. Menyediakan ubi kayu parut
2.1 Bungkus ubi kayu parut di dalam kain maslin kemudian perahkan air kuningnya
2.2 Masukkan ubi kayu ke dalam mangkuk adunan
3. Menyediakan bancuhan ubi kayu
3.1 Tambahkan semua bahan (kecuali pewarna) ke dalam ubi kayu paarut tadi
3.2 Gaul rata. Bahagikan bancuhan kepada tiga bahagian
3.3 Warnakan satu bahagian dengan pewarna merah, satu dengan pewarna hijau dan yang ketiga dengan pewarna kuning
4. Mengukus kuih lapis ubi kayu
4.1 Masukkan bancuhan kuning ke dalam dulang pengukus dan ratakan. Kukus selama 10 minit
4.2 Tambahkan bahagia merah dn kukus selama 10 minit
4.3 Tambahkan bahagian hijau dan kukus selama 20 minit
4.4 Keluarkan dari pengukus dan sejukkan
5. Menghidang kuih lapis ubi kayu
5.1 Potong kuih mengikut bentuk yang dikehendaki
5.2 Hidang dalam pinggan kuih Hidangan 4 – 5 orang ( 8-10 keping)


Kuih Talam Ubi Kayu
Kuih puli ubi kayu
Ubi Kayu Goreng Berempah
Bahan-bahan:
* Ubi kayu
* 5 ulas bawang putih
* 7 ulas bawang merah
* 3 sudu makan udang kering/ikan bilis
* 1 sudu kecil jintan putih
* 1/2 sudu kecil jintan manis
* 2 sudu kecil ketumbar
* 1 inchi kunyit hidup
* garam

Cara Membuat:
1. Ubi kayu direbus terlebih dahulu sehingga setengah empuk (jangan terlalu empuk nanti lembik ketika mengoreng).
2. Tos sehingga betul? kering.
3. Bawang putih, bawang merah, ketumbar, jintan, kunyit, udang kering dan garam ditumbuk sehingga lumat.
4. Kemudian gaulkan bahan yang ditumbuk tadi pada ubi kayu yang telah ditos tadi (gaul ketika suam agar rempah melekat pada ubi kayu)
5. Perap sekejab (takyah perap pon ok) dan goreng hingga kekuningan.

Pinggan pakai buang ubi kayu

1 ulasan:

  1. kalau boleh, sesapa yang cipta laman nie, tulislah juga pasal ketinggian ubi kayu dapat dicapai ke... ataupun daun ubi kayu selalu bercabang berpa... Tue baru budak2 nak tahu..... nie kan tulis nama saintifik nya

    BalasPadam