~

Isnin, 29 Mac 2010

PEMBERITAHU KEKOSONGAN PREMIS BIL 1 / 2010



Dimaklumkan bahawa permohonan adalah dipelawa kepada semua Rakyat Negeri Terengganu, terutamanya yang bermastautin dalam kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu untuk membuat permohonan menyewa premis sebagaimana berikut:

Borang permohonan boleh didapati dengan Percuma di Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Majlis Bandaraya Kuala Terengganu tingkat 4 (kaunter 3 &4) mulai 16 Mac 2010 (Selasa) dan borang yang lengkap di isi hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 31 Mac 2010 ( Rabu) Jam 4.30 petang. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima selepas tarikh tutup tidak akan diterima dan dipertimbangkan bagi panggilan Temuduga dan lain-lain yang berkaitan.


Sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi melalui telefon no.09-6203406.

Firdaus

Rabu, 24 Mac 2010

TEMUDUGA TERBUKA

Temuduga Terbuka di pelawa bagi mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang kini sedang berlansung pada 23 Mac 2010(Selasa) sehingga 26 Mac 2010
(Jumaat) bertempat Dewan Sultan Mizan, di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) .untuk maklumat lebih lanjut boleh layari di laman web http://www.umt.edu.my/ atau klik je di sini .

** pergi dulu dapat atau tak itu ketentuan ilahi.Sebelum pergi tu berdoa la dulu mintak Emak dan Ayah Doa kan sekali bagi mereka yang masih ada mak ngan Ayoh.huhuhu semoga anda antara mereka yang dapat pekerjaan itu....Yang Penting kita Berusaha.dan tidak jemu untuk mencuba ke arah Kebaikan....

Isnin, 22 Mac 2010

Tip-Tip menggunakan NUFFNANG

Baca Ini!
Nak Tau Kenapa?

Selalu ada di shoutbox anda perkataan seperti ini “Klik Potato anda”,”Tembak Nuff anda” dan sebagainya betul bukan?,
Bila anda lihat seperti itu anda berasa ramai yang sudah klik ads anda, anda lihat di Akaun Nuffnang anda UNIK IP makin meningkatkan? Tapi Income masih rendah juga,
SEBABNYA BEGINI : -

Apabila NUFFNANGER atau PEMBACA Blog anda MengKLIK Ads/Iklan anda, mereka akan KLIK lalu MENUTUP TERUS NEW WINDOWS IKLAN TERSEBUT SEBELUM ADS/IKLAN DIPAPARKAN SEPENUHNYA.

Ini menjadikan ID dan Link Blog anda yang dibawa oleh Ads/Iklan anda tidak sampai ke Server Nuffnang, Apa yang diterima oleh Server adalah KOSONG tidak membawa apa-apa pada KLIK yang dilakukan.

Ini juga terjadi kerana (Tuju Kepada Nuffnanger yang Aktif dalam Misi Klik):-

- Anda mahu cepat2 klik2 di blog tersebut supaya boleh, pergi ke blog lain untuk klik disamping promote link anda untuk diKLIK Semula
- Anda membuka terlalu banyak tab blog lain sehingga boleh mencecah 10 blog sekali gus, ini juga bergantung kepada KELAJUAN INTERNET ANDA, SPEC PC/LAPTOP anda, Jika anda mahu buka sekali gus banyak blog, Internet dan Spec Komputer juga main peranan penting, MOZILLA FIREFOX juga, telah mengHADkan,pembukaan website dalam satu2 masa sebanyak 25 web sahaja dalam perisiannya, 25web yang anda buka serentak akan menggunakan 400-700mb penggunaan RAM, Saya pernah mencuba membuka 40Blog serentak khas untuk misi KLIK2 dimana dilakukan di CyberCafe, Internet yang digunakan BERKELAJUAN 14MBP/s RAM 3GB Intel Core2Duo 2.5ghz, Apa yang terjadi disini apabila buka blog serentak, perlu mengambil masa 15minit untuk blog2 lain dibuka sepenuhnya. Jadi perkara seperti ini akan melambatkan masa anda untuk misi KLIK dan untuk promote link anda untuk diKLIKkan, Jadi apa yang boleh anda lakukan, Buka dalam 3 blog sekurang2nya pada satu masa, tutup semula dan buka semula 3 blog lain, ini dapat mengelakkan keSESAKan internet anda.

Lain-Lain Sebab
- Nuffnanger yang mengKLIK Ads/Iklan menggunakan IP YANG SAMA
- Nuffnanger yang mengKLIK Ads/Iklan anda hanya BERLAKON didalam chatbox, tetapi tidak KLIK

Cara Mengatasi :

1) Apabila anda mengKLIK Ads Blog lain, Pastikan anda mengKLIK sehingga Keluar Sepenuh yang iklan itu (Dalam M.firefox, Page yang siap sepenuhnya akan di Statuskan sebagai “DONE”).

2) Membuka tidak terlalu banyak Blog Nuffnanger untuk MISI KLIK, setelah habis Blog pada Blogwalking pertama, lakukan semula dengan Blog2 lain pula, jangan terlalu tamak untuk mendapatkan KLIK dari nuffnanger, dan tidak gopoh

3) Pastikan IP Address yang anda gunakan tidak sama dalam setiap MISI KLIK yang dilakukan, anda boleh Semak IP Address anda di http://www.myipaddress.com/ ,
Setelah Semak pastikan IP anda berbeza dengan IP Misi sebelumnya.

4) Jika anda tiba di satu Blog yang tidak keluar Ads/Iklannya, anda boleh mencuba
refresh semula, ada ketika Ads/Iklan tidak keluar di sesetengah Blog tetapi Ada Terpapar di Blog lain, Ini bergantung kepada pencapaian internet atau server Nuffnang Sendiri.

5) Update Blog Anda Selalu, Jika link blog anda telah exchange di dalam blogroll Nuffnanger lain, pastinya mereka akan melihat pada blog yang Ada Update Terbaru, tak kisah la update itu ringkas atau tidak, manakala yang mempunyai LinkBox atau seangkatan dengannya, pastikan link di LinkBox anda Benar aktif dalam Update atau
Misi klik, ini dapat mengelakkan pembaziran penggunaan LinkBox anda dari
Bloggers2 yang hanya menyinggah.

6) Tidak perlu menipu dalam membuat Misi Klik, anda tidak rugi apa pun sekiranya anda tolong klik, Register Nuffnang adalah PERCUMA, PEMBAYARAN pun bukan dari wang saku anda. Jadi jika mahu KLIK, Klik aje ler.

7) Jika diBLOG anda tidak kelihatan Ads/Iklan, Apa salahnya anda klik dahulu pada blog lain. Pada waktu berikutnya nanti, nuffnanger lain juga akan menjejak blog anda juga semula, tiada kerugian disitu.

Sumber:http://e-dekz.blogspot.com

Ahad, 21 Mac 2010

Penduduk MBKT Gagal Bayar Cukai Pintu

Kegagalan penduduk menunaikan tanggungjawab membayar cukai pintu menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memperuntukkan RM50 juta setahun bagi menampung kos operasi dan pembangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Kadar cukai pintu MBKT (sebelum ini Majlis Perbandaran Kuala Terengganu) tidak pernah dinaikkan sejak 29 tahun lalu walaupun sudah dua kali kajian mengenainya dijalankan kerajaan negeri.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata MBKT berdepan dengan kekangan hasil pendapatan berbanding majlis bandar raya yang lain disebabkan penduduk di Kuala Terengganu yang liat membayar dan melunaskan tunggakan cukai pintu.

“Kerajaan negeri terpaksa memberikan RM50 juta setahun dalam tempoh lima tahun kepada MBKT untuk membantu dan menyokong majlis bandar raya. Kalau pendapatan RM30 juta, jadi kesemua RM80 juta pendapatannya (yang diperlukan) untuk buat semua sekali.

“Sebab itu saya kata, 29 tahun cukai pintu tidak pernah dinaikkan…Bayangkan. Orang kita bayar cukai pintu. Kita tidak naikkan pun, tapi kita minta dengan kadar yang sama juga tidak bayar,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Pemantapan Hala Tuju MBKT di Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, semalam (7 Mac)

Hadir sama, Datuk Bandar MBKT, Dato’ Adzlan Mohd Dagang dan Setiausahanya, Haji Sameun Salleh. .

Dato’ Ahmad berkata, kerajaan negeri kesal dan kecewa dengan sikap penduduk Kuala Terengganu dan juga pengundi dalam MBKT yang gagal membayar cukai kerana mereka sepatutnya memainkan peranan besar menyumbang ke arah pembangunan bandar raya.

Katanya, menerusi hasil yang terkumpul melalui pembayaran cukai, MBKT dapat melakukan pelbagai pembangunan kawasan Bandar Kuala Terengganu termasuk mempertingkatkan kemudahan jalan raya, perparitan dan longkang.

“Bayar RM15 hingga RM20 seorang apa salahnya kerana kita hendak suasana yang selesa tetapi kita tidak sanggup mengeluarkan sedikit bayaran menunaikan tanggungjawab kita..jadi payahlah.

“Kalau nak ikutkan sudah dua kali kita buat kajian (menaikkan cukai pintu). Tetapi kerajaan diugut balik jika cukai dinaikkan. Itu sikap orang kita kalau menaikkan bayaran memang sensitif. Tetapi tidak tahu sampai bila kita mampu bertahan,” kata beliau lagi.

sumber:http://www.terengganu.gov.my

***Penduduk kuala terengganu bukan sahaja liat nak bayar cukai pintu malah sewa kedai dan bengkel majlis pun liat nak bayar.macam-macam alasan niaga dok laku la,dak dok orang nok beli la,macam-macam la.macam mana nak laku kedai tutup je memanjang macam mana nak niaga.tengok kat atas komplek hentian bas nu..kedai banyak tutup jekkk...APA NAK JADI...Dohla sewa muroh nok bayor sewa pun sejuta alasan.macam mana MAjlis nok repair,nokganti kerosokan asyik kuar jek duit masok takdok ingat duit jatuh dari langit ker,,,,cuba Tengok kat Hentian bas sebelah Pustaka seri Intan tungu masa jek nok roboh...Wahai penyewa-penyewa g la bayor sewa nu.perkhidmatan nok comel bayor sewa liat nok mapus....sekurang-kurangnya dengan duit tu bleh la perbaikan semula kerosokan dan tambah baik semula....Fikir-fikirlah penyewa...

Sabtu, 20 Mac 2010

Nuffnang Menjana RM12.50

Sekarang dah genab 1 bulan 6 hari gua guna NuFFnang ni berapa yang dapat ha...
sikit jek RM12.50 sykur alhamdulilah...Hanya tinggal RM37.50 lagi Gua bleh buat kuar..tapi Rasanya Gua Nak kumpul Banyak-banyak dalam Rm500..Tapi bila lah cukup ekkk...Apa Gua nak buat dengan duit tu,huhuhu Gua nak beli cermin mata baru dah ....dah lama gua nak tukar cermin mata yang sekarang niiii..ala maklum laaa,,,,ada duit jek beli menda lain.heheheh.harap-harap tercapai la matlamat satu impian bulan 5 tak pun bulan 6 bleh sampai kut taget Gua TU.hehehhe..ni Gua sertakan sekali pendapatan gua sekarang...hari ni 20.3.2010.

Ciptaan Yang Maha Esa

Setiap hidupan yang diciptakan oleh Allah SAW,Mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang sukar di kaji oleh manusia.Tetapi dengan kewujudan setiap mahkluk yang diciptakan Nya saling melengkapi di antara satu sama lain marilah kita bersama-sama memehatikan ciptaan NYa.

Khamis, 18 Mac 2010

Kerjaya di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia






Ingin menyertai kami ????

Tugas-tugas dan Cabaran Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia

  • MEMADAM KEBAKARAN DI STRUKTUR
  • UNIT UDARA
  • MEMADAM KEBAKARAN DI STRUKTUR TINGGI
  • UNIT PENGESAN K-9
  • MEMADAM KEBAKARAN DI HUTAN
  • UNIT EMS
  • MENYELAMAT DI JALAN RAYA
  • KOMUNIKASI
  • UNIT MOTOSIKAL GERAK CEPAT
  • UNIT HAZMAT
  • UNIT MENCARI DAN MENYELAMAT
  • UNIT 'MUST'
  • UNIT MENYELAMAT DI DALAM AIR
  • UNIT PENYIASATAN

Proses-proses Pengambilan (www.spa.gov.my)

Proses Semasa Hari Temuduga

Calon-calon hendaklah mengisi surat akuan lepas tanggungan sebelum menjalankan sebarang ujian. Calon-calon dikehendaki menjalani ujian ketahanan fizikal.

TINGGI
Tidak kurang dari 1.57m (lelaki) dan 1.53m (wanita) tanpa memakai sepatu.

BERAT BADAN
Tidak kurang dari 48kg (lelaki) dan 46kg(wanita) tanpa memakai baju (bagi lelaki) dan sepatu/kasut getah.

UKURAN DADA
Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas tidak kurang dari 5sm. Wanita dikecualikan.

UJIAN PENGLIHATAN
Ujian penglihatan dengan ketetapan V/6/9. Jarak carta dengan calon adalah 20 kaki tanpa bantuan cermin mata atau kanta sentuh.

PENGECAMAN WARNA
Pengecaman warna terhadap semua warna yang ditetapkan.

UJIAN PENDENGARAN
Ujian pendengaran yang ditetapkan.

UJIAN MENGANGKAT BERAT

UJIAN MENEGAKKAN TANGGA BOMBA

UJIAN MEMANJAT TALI

UJIAN MENAIKI TANGGA

Rabu, 17 Mac 2010

Adnan Sempit

Sinopsis:

Mengisahkan Adnan, seorang mat rempit yang berusia lingkungan 27 tahun. Adnan atau lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya adalah seorang anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Namun dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya. Di ibu kota, Adnan tinggal bersama Macha, abang saudaranya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa hati. Dia mula hidup di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta dan menyimpan perasaan pada bosnya,Nadia.

Nadia dilahirkan dalam keluarga mewah dan stabil dalam kerjayanya. Nadia sering ditemani pembantu peribadinya,Wawa.Wawa adalah teman wanita kepada Bobby dan juga menjadi sahabat pada Adnan. Nadia pernah kecewa akibat putus cinta, menyebabkan Nadia susah dan takut untuk bercinta lagi. Sehinggalah pada suatu hari, rakan-rakannya merancang untuk membuat “reunion party”. Pada mulanya Nadia kurang bersetuju, tetapi Nadia disindir enggan pergi ke reunion tersebut kerana malu tiada teman lelaki. Nadia tercabar dan kebetulan Adnan lalu di hadapan mereka dengan tidak sengaja. Nadia terus menarik Adnan dan terus memperkenalkan Adnan adalah teman lelakinya. Adnan terkelu. Sejak peristiwa itu,pelbagai cerita yang berlaku antara mereka sehinggalah pada satu hari Nadia cedera akibat diserang sekumpulan remaja dan telah diselamatkan oleh Adnan. Nadia mula menyimpan perasaaan pada Adnan. Walaubagaimanapun Nadia tidak pernah mengabaikan kerjayanya sehinggalah Nadia telah mendapat tender kontrak besar dari Datuk Harun seorang usahawan yang berjaya dan telah bertemu dengan Jofri. Jofri adalah rakan Nadia ketika di kolej mempunyai agendanya tersendiri. Jofri menyimpan hasrat dendam pada Adnan untuk memiliki Nadia dan bersubahat dengan Zack bagi membantu rancangannya memisahkan Adnan dan Nadia selain ingin mendapat tender Datuk Harun.

Namun, Nadia dan Adnan semakin mesra, Nadia berjinak-jinak dengan dunia Adnan sebagai seorang mat rempit dengan niat untuk mengenali Adnan dengan lebih mendalam. Nadia sangat teruja. sehinggalah satu kejadian berlaku di mana Zack telah cuba mengambil kesempatan pada Nadia dan Adnan menyerang sehingga menyebabkan pergaduhan besar. Nadia mula merasa tidak selesa serta memarahi Adnan dan semenjak kejadian itu Nadia mula rasa benci pada Adnan walaupun Adnan cuba memujuk. Nadia mengambil keputusan untuk memecat Adnan selain memaki dan menghina Adnan. Jofri mengambil kesempatan itu untuk menenang dan menceriakan Nadia dengan harapan Nadia jatuh ke tangannya. Namun,segalanya terbongkar apabila Adnan mengetahui Jofri dan Zack bersubahat merancang segalanya selepas Jofri mengupah Zack merompak bag laptop yang mengandungi pelbagai proposal dan dokumen penting untuk tender Datuk Harun. Nadia menyesal mengenali Jofri. Nadia cuba memandang Adnan tetapi Adnan tidak mengendahkannya dan berlalu pergi.

Sumber:http://www.sinemamalaysia.com.my

Download
part 1
part 2

Isnin, 15 Mac 2010

PROSES PERMOHONAN PINDAH MILIK PREMIS SEPARUH KEKAL

Pindah Milik adalah pertukaran hak milik secara jual beli,kasih sayang dan lain-lain yang diiktiraf oleh undang-undang. Permohonan bagi pindah milik premis separuh kekal atau sementara iaitu rumah yang terdiri daripada kayu atau kayu+batu terbahagi kepada 2 iaitu pemilik masih hidup dan sudah meninggal atau tarekah mestilah megandungi perkara seperti berikut:

Bagi pemilik masih hidup ialah:
1.Borang I
2.Borang PEN 25. Dimana pemberi dan penerima di borang ini hendaklah menandatangani borang tersebut di hadapan pentadbir tanah atau peguan atau Penolong Pegawai Penilaian Harta di Majlis Bandaran atau SPBT di kawasan masing-masing.
3.Resit bayaran daftar pindah milik.
4.Resit bayaran cukai pintu yang telah di jelaskan,

Pemilik sudah meninggal/tarekah:
1.Borang J
2.Keputusan Tarekah daripada Pejabat Pesaka atau Amanah Raya Berhad.
3.resit bayaran cukai pintu yang telah di jelaskan.
4.Resit bayaran cukai pintu yang telah di jelaskan,

PROSES PERMOHONAN PINDAH MILIK PREMIS KEKAL

Pindah Milik adalah pertukaran hak milik secara jual beli,kasih sayang dan lain-lain yang diiktiraf oleh undang-undang. Permohonan bagi pindah milik premis kekal yang bermaksud rumah diperbuat daripada Batu seperti rumah di kawasan taman perumahan ia mestilah mengandungi perkara seperti berikut:
1. Borang I
2. dokumen sokongan seperti salinan borang 14 A, salinan geran yang disahkan atau carian rasmi dan salinan Perjanjian Jual Beli yang telah di sahkan.
3. Resit bayaran daftar pindah milik.
4.Resit bayaran cukai pintu yang telah dijelaskan.

Jumaat, 12 Mac 2010

Kahwin

Kahwin ! Kahwin! kahwin.heheheh sekarang ni kan musim orang kawin,termasuklah member Asiatica merangkat jiran sendiri huahua. Majlis ni dibuat bagi pihak lelaki plak dan majlis kira 2+1 sebab majlis kawin dengan majlis masuk rumah Baru di buat sekali jek.JImat skit..Antara Menu makan ialah Nasi Minyak lauk daging + rendang ayam, Acar,ikan kering uuuuu bess dengan sambal belacam ,Minuman Cendol.uuuuuuuuuuuuuuuuuuu Bes Bes bes,,Jemput Makan dehhh...

Rabu, 10 Mac 2010

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Syukur Kepada Allah SAW kerana AsiaTica terpilih di kalangan berpuluh-puluh,beribu-ribu,berjuta-juta di kalangan Bloggers ahli nuffnang terpilih dalam program “Saya ingin ke Gatsby Deodorant Street Fair” yang merupakan program komuniti Nuffnang yang terbesar di Malaysia di mana di jangkakan lebih daripada 500 orang penulis blog bakal berkumpul dan berada disana. Program ini akan berlangsung pada 17 April 2010, bermula pada jam 10 pagi hingga 5 petang di ruang legar, Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur.

Didalam majlis ini juga terdapat beberapa gerai mainan antaranya membaling getah dan lain-lain permainan yang pasti menhiburkan pengunjung.Tapi apa yang AsiaTica inginkan permainan sumo dalam beg udara pasti gempak bleh belasah-belasah.hahaha dan apa yang pasti pelbagai Hadiah menanti antaranya adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000! melalui cabutan bertuah.Harap-harap yang bertuah tu termasuk la Asiatica sendiri dapat Komputer atau laptop sebiji ke.heheheh.

Untuk pergi ke sana AsiaTica Bagi 2 alternatif yang boleh di pilih iaitu Melalui KL Monorail daripada Stesen KL Sentral ke Stesen Imbi dan dah sampai ke Berjaya Timesquare. dimana berjaya Timesquare terletak berhampiran dengan stesen Imbi. Cara Ke-2 pulak melalui LRT
iaitu dari Stesen KL Sentral ke Stesen Hang Tuah, selepas tu gunakan perkhidmatan Putra LRT daripada Stesen KL Sentral menghala ke Stesen Masjid Jamek. Bila dah sampai Tukar kepada Star LRT di Stesen Masjid Jamek dan Berhenti di Stesen Hang Tuah pastu ko arang tanya-tanya lah orang sekitar di situ kat mana Berjaya Timesquare. menyertai dan menikmati keseronokan di Gatbsy Deodorant Street Fair

KEPADA mereka yang tak da kerja atau ingin berhibur di jemput turut hadir ke sana terutamanya kanak-kanak.heheh. Selain itu, anda juga boleh melawat ke laman web Gatsby Deodarant Street Fair untuk info lain dan bermain permainan Flash yang disediakan.

Laman Gatsby Street Fair: http://www.gatsby.com.my/streetfair






Selasa, 9 Mac 2010

SMS PERCUMA

Apa percuma!!! biar betul Brooo..betul laaaaa. tak percaya pulak .Ha hari ni nak cerita mengenai sms free tapi bukan guna Handphone dah tu guna apa...guna pos laju ker.hahahha.ok la arini asiatica nak cerita entry mengenai sms free tak perlu guna handpheone yang perlu ada komputer atau laptop ngan internet kalu tak da salah satu kau orang pergi kat syber cafe.hahahah..Bagi mereka yang tiba-tiba jek tak da kredit handphone plak tu nak sms kat awek yang menajuk tak ke bengang tak pun anada bleh kena kan member2 haha macam aku atar mesej kat awek aku This number will be canceled on 9/03/2010. For this reason you like to send SMS at night. Maxis prohibits users send SMS at night. (Code No: 4786).. hehehhe..

Ni salah satu cara nak atar sms free iaitu bleh pergi kat web ni forever.us

cara nak guna.senang jekkk masuk dlu web ni klik sini. langkah 1 masukan no 6 dan di ikuti nombor hp mangsa anda di ruangan Mobile Number .langkah 2 masukkan mesej, dan akhir sekali masukan verify. dan send.siapp.hahahah

Isnin, 8 Mac 2010

Tag Kami Blogger Biggest Contest



1. Siapakah pemimpin yang anda ingin temui?
2. Siapakah Idola Anda
3. Apakah warna kegemaran anda?
4. Apakah keinginan yang anda inginkan dalam hidup?
5. Apa yang istimewa di Blog anda?
6. Jika dalam Akaun Bank anda terdapat RM3Juta apa yang ingin anda lakukan?
7. Siapakah yang anda sayangi dalam hidup anda?
8. Di manakah Lokasi Anda berada Sekarang?
9. Di manakah Lokasi yang anda ingin melancong?
10.Apakah Perasaan sebagai rakyat malaysia?

Diharap mereka yang sudi menjawab soalan di atas mengikut turutan soalan dan nombor..Tq,selamat menjawab soalan...macam nak pereksa la pulak..

Ahad, 7 Mac 2010

"KAMI BLOGGER BIGGEST CONTEST"

HuHUHU Asalamulaikum dan Salam sejahtera kepada blogger-bloger di malaysia tidak kira bangsa,jantina dan agama Kita tetap sama iaitu 1 malaysia, huhuhu.Ok la sedang asiatica duk layar Syok.org biasala apa lagi nak dapatkan cerita yang bes-bes la.oppppppptttssss terjumpa la satu blog tu nazterjah.blogspot mengenai Pertandingan yang asiatica nak sertai sekali. iaitu tak lain tak bukan diperkenalkan "KAMI BLOGGER BIGGEST CONTEST" maca, pertandingan BIGGEST la plk kat astro kurus badan kakakkak .Mana tau bleh menang.hehhehee.(Angan-angan jekkk) blog ni entah aper-aper ader ati nak masuk Peraduan.Tapi dengan semangat Malaysia boleh,Asiatica pun Boleh ,,cubala daftar juga.hehheh.moga-moga di murahkan rezeki oleh yang Maha Esa.dapatlah menang.yeee.APA-APA pUn kepada Bloger Yang sertai dapat Buat yang terbaik..Salam Dari asiatica BLOGSSSS.Majulah Bloggers Malaysia Untuk Negara Hanya DI internet ahhahah

Maksud Ayat atau surah AL-Fatihah


1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Setiap orang Islam membaca surah yang pendek dan mengandungi tujuh ayat ini sekurang-kurangnya tujuh belas kali sehari semalam dan lebih sekali ganda lagi apabila ia menunaikan solat sunat dan sebanyak-banyaknya tanpa had apabila dia ingin mengadap Allah dengan solat-solat tambahan selain dari solat-solat fardu dan solat-solat sunat. Setiap solat tidak sah tanpa membaca surah ini. Ini berdasarkan keterangan hadith al-Bukhari dan Muslim dari Rasulullah SAW dari hadith 'Ubadat bin as-Samit: Sabda Rasulullah SAW:

"Tiada solat kepada mereka yang tidak membaca Surah al-Fatihah."

Di dalam surah ini terkandung dasar-dasar 'aqidah dan dasar-dasar kefahaman Islam, juga dasar-dasar perasaan (terhadap Allah) dan tawajjuh (berdoa) yang membayangkan sebahagian hikmat mengapa Surah al-Fatihah dipilih untuk diulang-ulangkan bacaannya dalam setiap raka'at solat dan hikmat batalnya setiap solat yang tidak dibacakan Surah al-Fatihah.

Surah ini dimulakan dengan :

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Walaupun ada khilaf mengenai 'Bismillahirrahmanirrahim ' apakah ia merupakan satu ayat dalam setiap surah atau ia merupakan satu ayat al-Qur'an yang dimulakan dengannya ketika membaca setiap surah, namun menurut pendapat yang arjah (terkuat) ia adalah satu ayat di dalam Surah al-Fatihah dan dengannya ia dikirakan tujuh ayat. Dan di sana ada suatu pendapat yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan firman Allah 'Azzawajalla:

87. Sesungguhnya Kami telah kurniakan kepadamu tujuh ayat dari ayat-ayat yang diulang-ulangkan bacaannya dan al-Qur'anul 'Azim" (Al-Hijr)

ialah Surah al-Fatihah yang disifatkan sebagai surah yang mempunyai tujuh ayat dan sebagai "al-Mathani" kerana ia diulang-ulangkan bacaannya di dalam solat.

Memulakan sesuatu dengan "nama Allah" itu merupakan satu adab cara yang diwahyukan oleh Allah kepada RasulNya dalam ayat pertama yang diturunkan kepada beliau dengan ittifaq para ulama' iaitu:

1. "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan" (Al-'Alaq)

Adab cara ini amat sesuai dengan dasar kefahaman Islam yang agung, yang menganggapkan Allah bersifat Maha Awal dan Maha Akhir, Maha Zahir dan Maha Batin. Allah SWT adalah Zat yang maujud yang sebenar dan seluruh maujud yang lain mendapat kewujudan mereka dari kewujudan Allah dan segala permulaan yang lain adalah berpangkal dari kewujudan Allah, kerana itu amatlah wajar segala permulaan, segala harakat atau tindakan dan segala tujuan itu dimulakan dengan nama-Nya.

Allah SWT sifatkan diri-Nya di permulaan dengan sifat-sifat ar-Rahman "Maha Penyayang" dan ar-Rahim "Maha Pengasih" iaitu dua sifat yang mencakup segala pengertian, kasih sayang dan kasihan belas dan segala keadaannya. Hanya pada Allah SWT sahaja terkumpul dua sifat ini. Begitu juga hanya Allah sahaja yang wajar disifatkan dengan ar-Rahman "Maha Penyayang". Mana-mana hamba Allah boleh disifatkan dengan sifat ar-Rahim, tetapi tidak boleh disifatkan dengan sifat ar-Rahman dari segi kepercayaan dan lebih tidak wajar lagi dikembarkan kedua-dua sifat itu padanya.

Walaupun terdapat perselisihan pendapat tentang pengertian dua sifat ini, iaitu manakah di antara kedua-duanya yang mempunyai pengertian kasih sayang dan kasihan belas yang lebih luas, namun perselisihan itu bukanlah dari perbahasan yang kita hendak bicarakan dengan terperinci dalam Tafsir Fi Zilal ini, malah kita hanya membuat kesimpulan sahaja dari perbahasan itu bahawa kedua-dua sifat ar-Rahman dan ar-Rahim adalah meliputi segala pengertian kasih sayang dan kasihan belas juga meliputi segala keadaan dan bidangnya.

Jika memulakan sesuatu dengan nama Allah yang mengandungi maksud mentauhidkan Allah dan beradab sopan dengan-Nya itu merupakan dasar pokok dalam kefahaman Islam, maka pencakupan segala pengertian kasih sayang dan kasihan belas dengan segala keadaan dan bidangnya dalam dua sifat ar-Rahman dan ar-Rahim itu merupakan dasar yang kedua di dalam kefahaman ini dan ia juga menggariskan hakikat hubungan yang wujud di antara Allah dengan para hamba-Nya.

Setelah dimulakan dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih, maka diiringi pula dengan menghadap Allah serta mempersembahkan kepada-Nya segala sanjungan dan pujian dan menyifatkan-Nya sebagai Tuhan yang memegang teraju Rububiyah yang mutlak terhadap semesta 'alam.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

Alhamdulillah adalah perasaan kesyukuran yang melimpah pada hati mu'min sebaik sahaja ia teringat kepada Allah, kerana kewujudan dirinya dari mula lagi adalah dari limpah ni'mat kurniaan Ilahi yang membangkitkan kesyukuran, pujian dan sanjungan, malah di setiap kelip mata dan detik waktu, dan di setiap langkah Allah melimpahkan ni'mat dan rahmat-Nya ke atas seluruh makhluk-Nya terutama manusia, kerana itu mengucap Alhamdulillah di awal dan di akhir merupakan salah satu dari dasar-dasar kefahaman Islam secara langsung. (Firman Allah):

70. "Dan Dialah Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Dia, terpulang kepada-Nya seluruh kepujian di awal dan di akhir." (Al-Qasas)

Namun demikian, kemurahan dan limpah kurnia Allah ke atas hamba-hamba-Nya yang mu'min itu adalah sampai ke tahap setinggi-tingginya apabila hamba itu berkata: "Alhamdulillah", maka Allah akan tuliskan untuknya satu balasan kebaikan yang mengatasi segala timbangan neraca yang lain. Tersebut dalam Sunan Ibn Majah dari Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah menceritakan kepada mereka; iaitu ada seorang hamba Allah mengucap kepujian dengan kata:

(Ya rabbi lakalhamdu kama yam baghi li jala li wajhika wa 'azi mi sulto nik)

"Wahai Tuhanku! Segala kepujian itu terpulang kepada-Mu, iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kuasa-Mu."

Ucapan ini telah menyulitkan dua Malaikat pencatat amalan, kedua-duanya tidak tahu bagaimana hendak menulis pahalanya lalu kedua-dua Malaikat itu menghadap Allah dan berkata kepada-Nya: "Ada seorang hamba mengucapkan pujian yang kami tidak mengetahui bagaimana hendak menulis balasannya?" Firman Allah: (Sedangkan Dia lebih mengetahui apa yang telah diucapkan hamba-Nya itu) "Apakah pujian yang telah diucapkan oleh hamba Ku itu?" Jawab kedua-dua Malaikat itu dia berkata: "Wahai Tuhanku segala kepujian itu terpulang kepada Mu, iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kuasa-Mu." Firman Allah kepada kedua-duanya: "Tulislah ucapan itu sebagaimana yang diucapkan oleh hamba Ku sehingga ia menemui Aku dan Akulah sendiri akan membalaskannya."

Menghadap Allah dengan mengemukakan sanjungan dan kepujian menggambarkan perasaan mu'min yang terharu sebaik sahaja ia teringat kepada Allah sebagaimana telah kami terangkan sebelum ini. Adapun bahagian akhir ayat:

2. "... Tuhan yang memelihara semesta 'alam,"

adalah menjadi dasar kefahaman atau kepercayaan Islam kerana sifat Rububiyah yang mutlak dan menyeluruh itu merupakan salah satu daripada dasar-dasar 'aqidah Islam. Kata-kata "Rabb" bererti pemelihara, penguasa, pentadbir dan pengurus yang memelihara urusan islah dan kerja-kerja tarbiyah dan pengasuhan terhadap seluruh makhluk-Nya.

Allah tidak menciptakan 'alam kemudian membiarkannya begitu sahaja, malah Dia memperelok, menjaga, memelihara dan mengasuhnya, kerana itu hubungan di antara Allah dengan makhluk sentiasa berterusan pada setiap waktu dan keadaan.

Konsep Rububiyah Allah yang mutlak terhadap seluruh makhluk-Nya merupakan persimpangan jalan yang memisahkan di antara 'aqidah tauhid yang jelas dan sempurna dengan 'aqidah yang kabur yang terjadi akibat dari ketidakjelasan dan ketidaktegasan hakikat tauhid ini. Ramai manusia yang mengakui Allah sebagai Tuhan Pencipta 'alam, tetapi di samping itu mereka mempercayai berbagai-bagai tuhan yang lain yang menguasai kehidupan mereka. Kepercayaan yang seperti ini nampak jelas anih dan lucu, tetapi itulah yang telah berlaku dan sedang berlaku. Al-Qur'an telah menceritakan tentang perkataan sekumpulan kaum Musyrikin yang menyembah bermacam-macam tuhan itu.

3. "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendampingkan kami lebik dekat kepada Allah." (AZ-Zumar)

Al-Qur'an juga telah menceritakan tentang sekumpulan Ahlil Kitab.

31. "Mereka mengambil ulama'-ulama' dan paderi-paderi mereka selaku tuhan-tuhan yang lain dari Allah." (At-Taubah)

'Aqidah-'aqidah Jahiliyah yang tegak di merata negeri semasa kedatangan Islam adalah penuh dengan kepercayaan kepada berbagai-bagai tuhan yang disifatkan sebagai tuhan-tuhan kecil di samping tuhan yang agung mengikut sangkaan mereka.

Konsep Rububiyah yang mutlak yang meliputi seluruh 'alam yang terkandung di dalam surah ini merupakan persimpangan jalan yang memisahkan di antara 'aqidah yang tersusun rapi dengan 'aqidah yang kacau-bilau. Konsep ini bertujuan supaya seluruh 'alam bertawajjuh kepada Allah yang Tunggal yang Berkuasa Penuh dan menolak semua tuhan yang lain, juga menghapuskan kebingungan bertawajjuh kepada bermacam-macam tuhan itu dan seterusnya supaya hati seluruh 'alam tenang dan tenteram kepada naungan dan Rububiyah Allah yang kekal dan pemeliharaan-Nya yang tidak pernah putus dan tak kunjung hilang, bukannya seperti pendapat Aristotle -- yang dianggap sebagal setinggi-tinggi kefahaman falsafah -- yang mengatakan bahawa Allah telah menciptakan 'alam kemudian Ia tidak memperdulikannya dengan alasan kerana martabat Allah itu begitu tinggi dan tidak wajar untuk memikirkan sesuatu yang rendah dari-Nya dan kerana Allah hanya memikirkan tentang Zat-Nya sahaja: Aristotle yang mengeluarkan pendapat ini merupakan ahli faisafah yang paling besar dan akalnya merupakan akal manusia yang paling tinggi.

Islam datang ketika dunia dipenuhi dengan timbunan 'aqidah, pemikiran, dongeng, pendapat falsafah, kepercayaan yang karut-marut, yang bercampur aduk di antara yang benar dengan yang batil, yang betul dengan yang palsu, agama dengan khurafat, falsafah dengan dongeng, dan hati nurani manusia pada waktu itu meraba-raba dalam gelap gelita dan dalam sangka-sangkaan tanpa berpijak pada suatu keyakinan.

Padang gurun yang tidak mempunyai sebarang kemantapan, sebarang keyakinan dan sebarang nur itulah yang (menjadi latar belakang) yang melingkungi kefahaman dan pemikiran manusia terhadap Allah, sifat-sifat-Nya, hubungan-Nya dengan para makhluk-Nya terutama hubungan antara Allah dengan manusia.

Oleh sebab itu hati nurani manusia tidak berupaya memperoleh satu pegangan yang kukuh mengenai persoalan 'alam ini, persoalan diri mereka sendiri dan persoalan sistem hidup mereka sebelum mereka memperoleh pegangan yang kukuh mengenai persoalan 'aqidah mereka, persoalan kefahaman terhadap Tuhan mereka dan sifat-sifat-Nya dan sebelum mereka mendapat satu keyakinan yang jelas dan lurus di tengah gumpalan awan mendung, di tengah-tengah padang gurun dan di tengah-tengah timbunan sampah-sarap kepercayaan yang karut itu.

Seorang manusia itu tidak dapat memahami betapa perlunya kemantapan ini sehingga ia mengetahui betapa besarnya timbunan sampah kepercayaan yang karut itu dan sehingga ia memeriksa padang gurun yang penuh dengan berbagai-bagai 'aqidah, berbagai-bagai kefahaman, berbagai-bagai dongeng, berbagai-bagai pendapat falsafah, berbagai-bagai tanggapan yang karut dan berbagai-bagai fikiran yang kacau yang mencemari dan mempengaruhi hati nurani manusia. Inilah keadaan yang didapati oleh Islam ketika ia datang. Apa yang kami sebut secara sepintas lalu mengenai kepercayaan-kepercayaan ini hanya satu bahagian yang kecil sahaja. (Dalam pentafsiran surah-surah al-Qur'an kelak akan dibentangkan berbagai-bagai bentuk kepercayaan itu yang diolahkan oleh al-Qur'an dengan pengolahan yang lengkap dan sempurna).

Oleh sebab itulah perhatian pertama Islam adalah lebih dahulu ditujukan kepada usaha membersihkan bidang 'aqidah ketuhanan, menetapkan kefahaman yang meyakinkan hati nurani mengenai persoalan Allah dan sifat-sifat-Nya dengan para makhluk-Nya dan hubungan para makhluk dengan-Nya secara tegas dan yakin.

Oleh sebab itulah kepercayaan Tauhid yang sempurna, tulen, bersih dan menyeluruh, tidak bercampur dengan sesuatu yang asing sama ada dari dekat atau dari jauh merupakan tapak tegak kefahaman dan kepercayaan yang dibawa oleh Islam, dan Islam terus berusaha membersihkan kepercayaan ini dalam hati nurani manusia dan memeriksa setiap fikiran yang kotor di sekitar hakikat Tauhid itu supaya ia bersih dari segala kekeliruan dan kesamaran dan supaya tetap teguh tanpa dimasuki tanggapan yang karut baik dari apa-apa bentuk sekalipun. Demikianlah Islam memberi kata pemutus yang begitu jelas dan terang mengenai sifat-sifat Allah terutama sifat-sifat yang ada hubungan dengan sifat Rububiyah yang mutlak. Kebanyakan timbunan sampah-sarap kepercayaan yang wujud di padang gurun itu ialah sampah pendapat-pendapat falsafah dan 'aqidah-'aqidah yang simpang-siur, tanggapan-tanggapan yang kacau dan dongeng-dongeng yang karut tentang persoalan sifat-sifat ketuhanan yang amat penting ini, iaitu persoalan yang mempunyai kesan yang amat besar dalam hati nurani manusia dan budipekerti mereka.

Sesiapa yang mengkaji usaha-usaha yang berterusan yang telah dilakukan oleh Islam untuk menegakkan kata pemutus mengenal Zat Allah, sifat-sifat-Nya dan hubungan-Nya dengan para makhluk-Nya. iaitu usaha-usaha dalam bentuk penerangan nas-nas al-Qur'an yang begitu banyak tanpa mengkaji timbunan sampah-sarap (kepercayaan karut) yang berat yang wujud di padang gurun yang amat luas, di mana sesatnya umat manusia itu mungkin tidak dapat memahami sejauh mana ia memerlukan kepada penerangan al-Qur'an yang berulang-ulang itu dan kepada pemeriksaan yang begitu teliti di segala lorong dan pintu hati nurani itu. Tetapi dengan mengkaji timbunan sampah sarap itu dapatlah diketahui betapa perlunya usaha-usaha yang berterusan itu dan betapa besarnya peranan yang dilakukan oleh 'aqidah Islam untuk membebaskan hati nurani manusia dari kepenatan meraba-raba dan terumbang-ambing di antara berbagai-bagai tuhan palsu, kepercayaan-kepercayaan dan dongeng-dongeng yang karut-marut.

Keindahan, kesempurnaan dan keseimbangan 'aqidah Islam dan kemudahan hakikat Tauhid yang agung yang didokong oleh Islam itu tidak terserlah kepada hati dan akal manusia seterang yang terserlah kepadanya setelah ia lebih dahulu mengkaji dan menyelidiki timbunan sampah-sarap Jahiliyah dari berbagai-bagai 'aqidah, kepercayaan, dongeng dan falsafah terutama yang memperkatakan tentang hakikat ketuhanan dan hubungannya dengan 'alam. Ketika inilah 'aqidah Islam benar-benar merupakan rahmat yang haqiqi kepada hati dan akal, iaitu satu rahmat yang mengandungi keindahan dan kemudahan, kejelasan dan keseimbangan, kehampiran, kemesraan, dan keserasian secara langsung yang mendalam dengan fitrah manusia.

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Kedua-dua sifat yang meliputi segala pengertian kasihan belas dan kasih sayang dalam segala keadaan dan bidangnya ini diulangi sekali lagi di tengah-tengah ayat untuk menonjolkan lagi ciri yang jelas dari konsep Rububiyah Allah yang sempurna dan untuk menegakkan asas-asas hubungan yang kekal di antara Allah dengan makhluk-makhluk-Nya iaitu hubungan kasih sayang dan belas kasihan yang merangsangkan kesyukuran dan sanjungan, hubungan yang ditegakkan di atas rasa ketenteraman dan kemesraan. Oleh sebab itulah kesyukuran dan sanjungan itu merupakan sambutan semulajadi terhadap rahmat kasih sayang dan belas kasihan yang lemah-lembut itu.

Tuhan yang disembah dalam Islam tidak memburu para hamba-Nya seperti musuh memburu musuh sebagaimana yang dilakukan oleh tuhan-tuhan atau dewa-dewa Olympus (tempat kediaman tuhan-tuhan) pada saat-saat mereka dilanda keinginan dan kemarahan seperti yang digambarkan oleh dongeng-dongeng Greek. Tuhan dalam Islam tidak merancangkan tipu daya membalas dendam terhadap para hamba-Nya seperti yang didakwa oleh dongeng-dongeng yang dipalsukan dalam Perjanjian Lama (Taurat) sebagaimana diceritakan di dalam dongeng Babel bab dua belas Sifrut Takwin (Bahagian Penciptaan).

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

Ini merupakan 'aqidah pokok yang amat besar dan mempunyai kesan yang amat mendalam dalam seluruh hidup manusia, iaitu 'aqidah pokok mempercayai hari Akhirat. Kata-kata "yang menguasai atau penguasa" membayangkan darjah kuasa yang paling tinggi. "Hari Pembalasan" ialah hari penentuan balasan di Akhirat. Ramai orang yang percaya kepada Uluhiyah Allah dan percaya bahawa Allahlah yang menciptakan 'alam buana ini bagi pertama kali, namun demikian mereka tidak percaya kepada Hari Balasan. Keperihalan setengah-setengah mereka telah diceritakan oleh al-Qur'an.

38. "Dan jika Engkau bertanya mereka: "Siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi, nescaya mereka menjawab: "Allah". (Az-Zumar)

Kemudian dalam surah yang lain al-Qur'an menceritakan hal mereka:

2-3. "Bahkan mereka hairan kerana mereka telah didatangi seorang Rasul yang memberi peringatan dari kalangan mereka sendiri, lalu berkatalah orang-orang kafir: "Ini adalah suatu perkara yang amat aneh. "Apakah setelah kami mati dan menjadi tanah (kami akan dihidupkan kembali)? Itu adalah suatu perkembalian yang amat jauh." (Surah Qaf)

Kepercayaan terhadap Hari Balasan merupakan satu lagi 'aqidah pokok di dalam Islam. Nilai kepercayaan ini ialah ia meletakkan pandangan dan hati manusia pada sebuah 'alam yang lain setelah tamatnya 'alam bumi supaya mereka tidak begitu terkongkong kepada keperluan keperluan bumi sahaja dan ketika itu mereka tidak lagi terpengaruh kepada keperluan-keperluan bumi, juga supaya mereka tidak begitu gelisah untuk mendapatkan balasan dan ganjaran dari hasil usaha mereka dalam usia mereka yang pendek dan di 'alam bumi yang terbatas ini dan ketika itu barulah mereka dapat berbuat amalan-amalan semata-mata kerana Allah dan sanggup menunggu ganjarannya mengikut bagaimana yang ditentukan Allah sama ada di 'alam bumi ini atau 'alam Akhirat. Mereka sanggup menunggu dengan tenang dan yakin terhadap balasan yang baik itu serta berpegang teguh dengan kebenaran, mereka sanggup menunggu dengan selesa, lapang dada dan penuh kepercayaan, kerana itu kepercayaan kepada Hari Balasan merupakan persimpangan jalan yang memisahkan di antara perhambaan kepada keinginan-keinginan hawa nafsu dengan kebebasan insaniyah yang layak dengan kejadian makhluk manusia, persimpangan jalan yang memisahkan di antara tunduk kepada kefahaman-kefahaman bumi, nilai-nilainya dan ukuran-ukurannya dengan tunduk dan berpegang kepada nilai-nilai Rabbaniyah dan tidak tunduk kepada logik Jahiliyah. Seterusnya ia merupakan persimpangan jalan di antara insaniyah dalam bentuk hakikatnya yang unggul sebagaimana yang dikehendaki Allah kepada para hamba-Nya dengan insaniyah dalam bentuk-bentuknya yang buruk, menyeleweng dan tidak sempurna.

Kehidupan manusia tidak akan bergerak lurus di atas jalan Allah yang luhur selagi kepercayaan pokok kepada Hari Balasan ini tidak wujud dalam pemikiran mereka, selagi hati mereka tidak yakin bahawa ganjaran dan balasan di 'alam bumi ini bukanlah ganjaran mereka yang terakhir dan selagi mereka yang mempunyai usia yang terbatas itu tidak percaya bahawa di sana ada sebuah 'alam hidup Akhirat yang patut mereka berjuang dan berusaha untuknya dan patut berkorban untuk menbantu kebenaran dan mendokong kebaikan dengan kepercayaan akan mendapat balasan dan ganjaran Akhirat itu.

Orang-orang yang beriman kepada 'alam Akhirat dan orang-orang yang engkar akan hari Akhirat tidak mempunyai titik-titik persamaan dari segi perasaan, akhlak, kelakuan dan amalannya. Mereka merupakan dua golongan manusia yang berbeza. Mereka tidak bertemu di bumi dan tidak bertemu di Akhirat. Inilah persimpangan jalan.

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Ini satu lagi 'aqidah pokok yang lahir dari 'aqidah-'aqidah pokok yang lepas yang telah diterangkan dalam surah ini, iaitu 'aqidah tiada 'ibadat melainkan untuk Allah dan tiada permohonan pertolongan melainkan kepada Allah.

Di sini juga satu lagi persimpangan jalan, iaitu persimpangan jalan yang memisahkan di antara kebebasan mutlak dari seluruh bentuk perhambaan dengan perhambaan mutlak kepada sesama manusia.

'Aqidah ini merupakan sebuah perisytiharan hari keputeraan kebebasan manusia yang mutlak dari perhambaan kepada kepercayaan-kepercayaan yang karut-marut dan dari perhambaan kepada peraturan-peraturan dan undang-undang yang diciptakan manusia. Andainya Allah itu sahaja Tuhan yang disembah dan dipohon pertolongan maka selama itulah hati manusia bebas dari perhambaan kepada peraturan-peraturan dan undang-undang ciptaan manusia dan dari perhambaan kepada tokoh-tokoh sebagaimana ia bebas dari perhambaan kepada dongeng-dongeng dan kepercayaan-kepercayaan yang karut-marut.

Di sini diterangkan sikap orang Muslim terhadap kuasa-kuasa manusia dan kuasa-kuasa 'alam (tabi'i).

Bagi seseorang Muslim kuasa-kuasa manusia itu terbahagi kepada dua jenis: Satu kuasa yang mendapat hidayah, yang beriman kepada Allah dan yang menurut jalan Allah, kuasa inilah yang harus disokong olehnya dan diberi kerjasama untuk menegakkan kebajikan, kebenaran dan kebaikan. Satu lagi kuasa ialah kuasa yang sesat yang tidak mempunyai hubungan dengan Allah dan tidak mengikut jalan-Nya. Kuasa inilah yang harus diperangi, ditentang dan dicemburui olehnya. Seorang Muslim tidak harus gentar kepada kuasa-kuasa yang sesat itu sama ada besar atau zalim, kerana kuasa yang sesat dan terputus dari kekuatan Allah tiada lagi mempunyai kekuatan yang haqiqi, ia telah kehilangan makanan tetapnya yang dapat memelihara tenaga kekuatannya. Ia adalah sama seperti nasib serpihan-serpihan dari sebuah bintang yang bernyala, iaitu ia hanya sebentar sahaja bernyala, kemudian ia beransur-ansur malap, mendingin dan terus padam biarpun bagaimana besar saiz serpihan-serpihan itu, tetapi sebiji atom yang kecil yang berhubung dengan sumbernya yang memancarkan sinar itu tetap kekal kekuatannya, kepanasannya dan cahayanya.

249. "Berapa banyak kumpulan yang sedikit telah mengalahkan kumpulan yang ramai dengan izin Allah?" (Al-Baqarah)

Yakni mereka dapat mengalahkan kumpulan yang ramai itu dengan sebab mereka mempunyai hubungan dengan Allah selaku sumber kekuatan yang pertama dan kerana mereka mengambil kekuatan mereka dari Allah satu-satunya sumber seluruh kekuatan dan kemuliaan.

Sikap seseorang Muslim terhadap kuasa-kuasa 'alam pula ialah sikap beramah-tamah dan bersahabat bukan sikap takut-takut dan bermusuh, kerana kekuatan manusia dan kekuatan 'alam adalah terbit dari kehendak iradat Allah belaka dan kedua-duanya dikendalikan oleh kehendak iradat Allah, kedua-duanya berlangsung seimbang dan saling membantu dalam pergerakan dan tujuan.

'Aqidah seseorang Muslim menyarankan bahawa Allah telah menciptakan kuasa-kuasa 'alam itu untuk menjadi sahabat dan teman pembantu yang boleh bekerjasama dan untuk menjalinkan persahabatan itu ia harus mengkaji, mengenalpasti dan bekerjasama dengannya serta bersama-sama bertawajjuh kepada Allah selaku Tuhannya dan Tuhan kuasa-kuasa itu. Dan andainya kuasa-kuasa itu kadang-kadang mendatangkan kemerbahayaan kepada manusia, maka itu hanya merupakan akibat dari sikap manusia yang tidak mengkajinya dengan teliti dan tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang undang-undang perjalanannya.

Biasanya orang-orang Barat yang mewarisi kepercayaan Jahiliyah Roman menggunakan ungkapan "menakluk 'alam" untuk menyatakan sesuatu kejayaan mempergunakan kuasa-kuasa 'alam. Ungkapan ini jelas menggambarkan satu pandangan Jahihyah yang putus hubungan dengan Allah dan dengan roh 'alam buana yang patuh kepada Allah, sedangkan seseorang Muslim yang mempunyai hubungan yang baik dengan Allah Tuhannya yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih, juga mempunyai hubungan yang mesra dengan roh 'alam buana yang bertasbih kepada Allah Tuhan yang memelihara semesta 'alam adalah tetap beranggapan bahawa di sana ada lagi hubungan yang lain dari hubungan menakluk yang kasar itu. Ia beranggapan bahawa Allah itulah Pencipta seluruh kuasa-kuasa 'alam itu, Allah menciptakan kuasa-kuasa itu mengikut satu peraturan yang sama supaya manusia dapat bekerjasama dengan-Nya untuk mencapai matlamat-matlamat yang telah ditentukan kepadanya mengikut peraturan itu. Sejak dari awal kuasa-kuasa itu telah diciptakan Allah supaya dapat digunakan oleh manusia, kerana itu Allah memberi kemudahan-kemudahan kepada mereka untuk menemui rahsia-rahsia kuasa itu dan mengenalpastikan peraturan-peraturannya. Oleh sebab itu manusia harus bersyukur kepada Allah apabila ia berjaya mendapat pertolongan dari mana-mana kuasa itu kerana Allahlah yang menundukkan kuasa-kuasa itu untuk digunakan mereka dan bukan mereka yang dapat menaklukinya. Firman Allah 'Azzawajalla:

29. "Dialah yang menciptakan untuk kamu segala apa yang ada di bumi." (Al-Baqarah)

Dengan sikap sedemikian hati seorang Muslim tidak akan dipenuhi dengan anggapan-anggapan yang salah terhadap kuasa-kuasa 'alam dan tidak akan timbul perasaan-perasaan cemas dan takut terhadap kuasa-kuasa itu. Ia hanya beriman, menyembah dan memohon pertolongan kepada Allah yang Tunggal sahaja, kerana kuasa-kuasa 'alam itu adalah dari ciptaan Allah belaka. Ia mengkaji dan mempelajari rahsia-rahsia kuasa 'alam dan dari kajiannya itulah ia mendapat pertolongan dari kuasa-kuasa itu dan mengetahui rahsia-rahsianya dan membolehkannya hidup bersama-sama kuasa-kuasa itu di sebuah 'alam yang mesra dan dalam hubungan persahabatan yang baik. Alangkah indahnya sabda Rasulullah SAW ketika beliau merenung Bukit Uhud:

"Bukit ini sayang kepada kita dan kita juga sayang kepadanya."

Dalam kata-kata ini terbayang segala perasaan kasih mesra yang tersemat di dalam hati Muslim yang utama Muhammad SAW yang terjalin di antaranya dengan kejadian-kejadian 'alam di ruangnya yang besar dan kasar.

Setelah menjelaskan dasar-dasar 'aqidah yang asasi dalam kefahaman Islam dan menjelaskan konsep tawajjuh kepada Allah yang Tunggal, iaitu konsep yang menentukan segala 'ibadat dan memohon pertolongan kepada Allah yang Tunggal sahaja, maka ayat yang berikut menjelaskan pula cara 'amali untuk bertawajjuh dengan berdoa kepada Allah dalam bentuknya yang umum sesuai dengan suasana dan sifat surah ini.

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Maksudnya kurniakan Taufik kepada kami untuk mengenalpasti jalan yang lurus dan selepas mengenalinya kurniakanlah pula Taufik kepada kami untuk mengikut jalan yang lurus itu dengan penuh kejujuran.

Mengenal dan berjalan di atas jalan yang lurus itu merupakan hasil dari hidayah, pemeliharaan dan rahmat Allah. Bertawajjuh kepada Allah dengan berdoa merupakan hasil dari kepercayaan bahawa Allah itulah satu-satunya Tuhan yang berkuasa memberi pertolongan.

Hidayah inilah merupakan perkara yang paling penting bagi seseorang mu'min. Ia merupakan perkara utama yang harus dipinta pertolongan Allah untuk mencapaikannya. Mendapat Hidayah ke jalan lurus itulah jaminan kebahagiaan hidup di dunia dan Akhirat. Hidayah ke jalan yang lurus pada hakikatnya ialah Hidayah untuk memimpin fitrah manusia kepada undang-undang Allah yang mengatur dan memperseimbangankan di antara harakat manusia dengan harakat 'alam al-wujud seluruhnya menuju kepada Allah Tuhan Semesta 'Alam.

Ayat yang berikut menjelaskan sifat jalan yang lurus itu:

7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Yakni jalan orang-orang yang Allah kurniakan ni'mat-Nya kepada mereka bukan jalan orang-orang yang dimurkai-Nya, iaitu mereka yang mengenal jalan yang benar, kemudian mereka menyimpang darinya atau mereka yang sesat terus dari mula-mula lagi dari jalan yang benar. Jalan yang lurus ialah jalan orang-orang yang berbahagia, yang mendapat hidayah dan sampai kepada Allah.

Di samping itu, inilah surah yang dipilih untuk dibaca berulang-ulang kali dalam setiap solat dan mana-mana solat tidak sah tanpa membacanya. Walaupun surah ini pendek namun ia mengandungi dasar-dasar 'aqidah yang asasi dalam kefahaman Islam dan mengandungi tawajjuh atau doa-doa kepada Allah secara sedar yang terbit dari kefahaman itu.

Tersebut dalam Sohih Muslim dari hadith al-'Ala' ibn Abdur Rahman Maula al-Harqah dari bapanya Abu Hurairah dari Rasulullah SAW:

Firman Allah Ta'ala: "Aku telah membahagikan solat (al-Fatihah) kepada dua bahagian, separuhnya untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku," apabila hamba-Ku berkata: (alhamdulillahirabbil'ala min) Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku" apabila hamba itu berkata: (arrahmanirrahim) Allah menjawab: Hamba-Ku telah memberi sanjungan kepada-Ku:" apabila hamba itu berkata: (malikiyaumiddin) Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagung-agungkan-Ku dan apabila hamba itu berkata: (iyakana'buduwaiya kanasta'in) Allah menjawab: "Ini di antara hamba-Ku dengan Aku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku," apabila hamba itu berkata: (ihdinassira tal mustaqim siratallazi naan 'am ta 'alaihim ghairil maghdu bi 'alaihim waladdha lin) Allah menjawab: "Ini untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku."

Setelah maksud ayat-ayat itu dihuraikan dengan jelas ternyatalah kepada kita bahawa hadith yang sohih ini telah mendedahkan salah satu daripada rahsia-rahsia (kebesaran) surah al-Fatihah ini yang dipilih sebagai surah yang dibaca oleh setiap Muslim sebanyak tujuh belas kali sehari semalam atau sebanyak mana yang disukainya apabila ia berdoa kepada Allah di dalam solat.

sumber :http://pewarismalaysia-anakomar.blogspot.com