Hubungan persahabatan  dengan Kerajaan Siam telah dijalinkan, dimana baginda Sultan telah  menghantar ufti berupa ’ Bunga Emas’ setiap tiga tahun sekali.  Upacara perarakan Bunga Emas dan Perak di Kuala  Terengganu pada tahun 1909 telah dibuat secara besar-besaran. ( Rujukan  Gambar – Arkib Negera Malaysia – Lampiran ).  Hubungan  dua hala tersebut telah membawa kepada  penghantaran  pegawai-pegawai daripada Kerajaan Siam ( Thailand ) ke Kuala Terengganu  semasa pertabalan Sultan Zainal Abidin.  Maharaja  Siam juga telah melawat Kuala Terengganu pada tahun 1887.
Selain terkenal dengan kraf tangannya, pelbagai jenis hasil kesenian kebudayaan dapat dilihat aktif seperti tarian ulit mayang, tarian rodat, tarian saba, tarian balai, tarian gayung otar-otar, permainan gasing.
     Selain daripada itu,  pelbagai usaha pembuatan perayu nelayan, perahu kolek, setak, sekoci,  jalur dan yang paling masyur ialah perahu payang.  Lokasi  pembuatan perahu masih kekal dari dahulu hinggalah sekarang termasuk  dikampung Losong, Duyung, Telok Pasu dan Pulau Rusa.  Industri  kotej seperti pembuatan batik, songket, seni ukir kayu dan  barang-barang tembaga masih kekal dan sangat berfeadah.
Pantai dan Pulau-pulau yang berada didalam kawasan Kuala Terengganu seperti pulau Redang, Pulau Bidong, Pulau Duyung, pantai Batu Burok, Telok Ketapang merupakan destinasi kunjungan dan pelancongan utama.
Kuala Terengganu kini semakin mendapat tempat dimata dunia dimana pelbagai kejohanan sukan bertaraf Nasional dan Antarabangsa diadakan di Bandar Kuala terengganu. Antaranya ialah Monsoon Cup Terengganu, Sultan’s Cup Endurance Ride dan FEI World Endurance Championship 2008.
ps/sumber:http://mbkt.terengganu.gov.my
 
 

