Asalamulaikum, Dari hari ke hari semakin banyak pendedahan dan kejadian yang melibatkan datuk Sosilawati samada yang baik mahupun yang buruk yang terbaru dalam Utusan Malaysia Online dengan artikel Sosilawati didakwa mangsa tipu pekerja sendiri telah mendedahkan yang Datuk Sosilawati juga turut di tipu oleh pekerjanya sendiri yang melibatkan urusan dan traksaksi jutaan ringgit.Antara petikan akhbar berkenaan seperti berikut:
"Penipuan licik bekas pekerjanya itu terbongkar setelah Sosilawati menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap jumlah wang di dalam akaun syarikat.(Untuk Bacaan seterusnya klik di sini)
Apa nak jadi orang sekarang bila kita memberi pertolongan dan di beri kepercayaan apa yang kita dapat racun pulak di balasnya. Ini Realiti kehidupan masa kini apabila nafsu kebendaan dan kemewahan cara mudah di ingini beginilah jadinya,tetapi kemewahan dan kesenangan di dunia dengan cara keji dan terkutuk tidak akan lama.
P/s: Apabila raja nafsu kejahatan menguasai diri,tidak ada apa lagi yang mampu membendungnya.Jadilah seorang pemimpim yang mampu mengawal nafsu dan akal dengan baik itulah satu cara untuk kita hidup dengan bahagia.ingat Buat Baik Di balas Kebaikan,Buat Jahat jangan sekali-kali walaupun sebesar zarah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan