Ancaman Malware Dunia Syber 2010 sejak akhir-akhir ini menyebabkan banyak Laman-laman,web,blogs,portal dan sebagainya tidak dapat di masuki laman berkenaan. Tentu anda perasan kepada penulis Blogs yang melakukan Blogwalking dimana ada sesetengah blogs tidak dapat di buka dan keluar tanda Amaran. Hobi penulis yang suka blowalking dan cuba mencari maklumat seperti laman blogs surat khabar online juga kena serang seperti METRO dan Berita Harian. Apa Malware ni ya,berikut penulis ambil dari pelbagai sumber:
Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicius’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer. Mereka mencipta Malware seperti cecacing internet dan beberapa virus lain bagi tujuan untuk menguji kemahiran komputer yang dimiliki serta ingin melihat sejauh mana kejayaan mereka menyebarkan virus yang dicipta. Sumber : sabah.gov.my.
Malware atau malicious software adalah semua jenis software atau script kode berbahaya yang dirancang untuk menyusup dan terpasang ke dalam sistem komputer tanpa sepengetahuan pengguna. Adapun software atau script kode yang termasuk dalam kategori malware diantaranya: virus, worm, trojan, rootkit, spyware, crimeware, dan hoax virus. Namun oleh para pengguna komputer secara umum, istilah virus lebih sering digunakan untuk menyebut malware, walaupun sebenarnya virus itu hanya merupakan salah satu bagian dari malware.. Sumber: bebas-virus.com.
P/s: Penulis harap Ancaman Malware ini dapat di atasi dengan segera kerana ia menyulitkan pelbagai urusan secara online seperti mendapatkan maklumat, Ancaman ini secara tidak lansung memberi kesan yang amat besar dalam dunia internet dan kepada pelajar-pelajar IPTA/IPTS dalam mendapatkan sumber-sumber maklumat dalam menyelesaikan tugasan akademik mereka.Kepada Otai-Otai Yang bijak sana kongsi-kongsi sedikit ilmu Untuk bersama-sama kita mengatasi Ancaman Malware ini.
masalah yang kena kat blog baru2 disebabkan ads innity dikatakan ada problem, so sapa yg letak ads tu akan kena. yg newspaper tu tak tau sebab apa.
BalasPadammengong btoi sapa yg cipta.. pangai kedengki.. huhu..
BalasPadamNew paper pun ada innity dan mangga kot sebab tu dapat detect malware jgk. Jom ikuti tutorial utk kesan malware di blog kepada sesiapa yg belum tahu...
BalasPadamhttp://azilas.blogspot.com/2010/09/cara-mengesan-malware-melalui-webmaster.html