~

Sabtu, 11 September 2010

Home » , , , , , , , , , , , » Adakah Malaysia Dah Jadi Indonesia

Adakah Malaysia Dah Jadi Indonesia

KOTA KINABALU 10 Sept — Bangunan tetap bagi Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK) dijangka akan bermula pembinaannya awal tahun depan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Konsul Jeneral Indonesia bagi Kota Kinabalu, Soepeno Sahid, berkata mereka kini dalam proses membuka tender bagi projek tersebut, di mana fasa pertama iaitu sekolah rendah bagi menampung 400 murid dijangka siap tahun depan.
"Dalam fasa kedua, kita akan bina sekolah menengah pertama (Tingkatan 1-3), dan sekolah menengah atas (Tingkatan 4-5) pada fasa ketiga. Semua projek ini dijangka siap dalam dua atau tiga tahun,” katanya kepada pemberita pada majlis majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasminya di sini, hari ini.

Pada Februari lalu, kerajaan Indonesia telah meluluskan pembelian tanah seluas 1.6 hektar bernilai RM2.58 juta di KKIP untuk pembinaan bangunan sekolah tersebut, bagi memastikan jumlah pelajar yang lebih besar boleh ditampung daripada lokasi sementara SIKK di Alamesra, yang mula beroperasi pada Disember 2008.

SIKK merupakan satu-satunya pusat pembelajaran formal bagi anak-anak pekerja Indonesia di Sabah, manakala pembelajaran tidak formal turut dikendalikan melalui beberapa Pusat Kegiatan Belajar Masyarakat (PKBM) dan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa, Humana, di sekitar Sabah, jelas Soepeno.

"Sehingga akhir Julai tahun ini, kita telah merekodkan terdapat lebih 51,000 orang anak-anak pekerja Indonesia di Sabah dalam usia persekolahan.

"Daripada jumlah tersebut, kita baru mampu didik kira-kira 9,000 orang melalui SIKK, PKBM dan NGO Humana, jadi ada lebih dari 40,000 orang anak-anak yang masih belum berkesempatan bersekolah dan buta huruf,” jelas beliau.Selain isu prasarana, mereka juga berdepan dengan isu kekurangan tenaga pengajar di mana hanya seramai 109 guru telah dihantar oleh kerajaan Indonesia untuk pendidikan tidak formal melalui Humana dan PKBM, manakala SIKK mempunyai kira-kira 15 tenaga mengajar.

Dalam hal berkaitan, Soepeno berkata Menteri Pendidikan Nasional Indonesia Muhammad Nuh juga dijangka akan berkunjung ke Kota Kinabalu Oktober ini untuk merasmikan sekolah menengah pertama, yang akan berkongsi premis dengan SIKK di Alamesra.

Sementara itu, Soepeno menyatakan harapan sempena Aidilifitri, supaya hubungan dua-hala baik yang terjalin antara Indonesia dan Malaysia dapat ditingkatkan lagi dalam segala bidang. ( BERNAM,Utusan Malaysia Online: Bangunan sekolah Indonesia baru dijangka mula dibina tahun depan

P/s: Apa dah jadi ni Gempak XX dah rasa duduk di malaysia macam duduk di indonesia, pergi jalan-jalan kat pasar raya ada indon,kat kilang di malaysia ada indon,di rumah-rumah org berkejaya ada indon,buka Tv 1,tv2,tv3 dan siaran Berbayar Astro Pun cerita indon, bawak lari remaja perempuan pun orang indon,pecah rumah,rompak pun orang indon,,,boleh di katakan mojoriti orang indon ni pulak buka sekolah indon  di kota kinabalu..Gempak XX dah konfius dan adakah negara kita yang tercinta ini sudah di jajah indonesia..apa kata ko orang kat luar sana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan