~

Jumaat, 10 September 2010

Home » , , , , » Celcom Blackberry Messenger Plan Bagi Pelanggan Xpax Di Lancar

Celcom Blackberry Messenger Plan Bagi Pelanggan Xpax Di Lancar

 
KUALA LUMPUR 16 Ogos - Xpax, jenama prabayar utama Celcom Axiata Bhd bagi remaja, pada hari Isnin melancarkan 'BlackBerry Messenger Plan' bagi pelanggan prabayar.Menurut Celcom, ia terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju pasaran BlackBerry di negara ini dengan menjadi pengendali pertama di Asia Pasifik yang memperkenal pelan prabayar itu.

"Kami teruja menjadi yang pertama mengadakan BlackBerry Messenger Plan baharu bagi pelanggan-pelanggan kami," kata Pengarah Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin, dalam satu kenyataan.

"Oleh kerana pasaran pengguna prabayar mudah alih yang belum diterokai amat besar, dan semakin berkembang, maka penting bagi Celcom meningkatkan usaha kami untuk menambah nilai kepada pelan prabayar BlackBerry dan memperluasnya ke pasaran prabayar," katanya.

Celcom berkata dengan semua perkhidmatan BlackBerry berada dalam rangkaiannya, pelanggan-pelanggan kini berupaya untuk menguruskan gaya hidup mudah alih mereka dengan lebih cekap dan berkesan.

"Dengan tawaran liputan rangkaian terpantas dan kadar yang terbaik pernah ditawarkan, pengguna Celcom akan dapat menikmati keseluruhan suite tawaran BlackBerry seperti perangkaian sosial, pelayaran Internet, emel, pesanan segera dan banyak lagi melalui telefon pintar BlackBerry mereka," katanya.

Pelan baharu itu melengkapkan suite pelan BlackBerry sedia ada iaitu BlackBerry Advance dan BlackBerry Social."Sekarang, semua pelanggan Celcom, tidak kira prabayar atau pascabayar, bebas menikmati perkhidmatan BlackBerry Messenger baharu melalui teknologi maju kami.

"Dengan peluang merapatkan kurang pada harga termampu, semua orang boleh berkomunikasi tanpa had dan menikmati lebih keistimewaan apabila mereka menjadi sebahagian daripada komuniti Xpax," jelas Zalman Aefendy. Sumber : BERNAMA

p/s: Diharap dengan perkembangan ini dapat merancakkan lagi bidang telekomunikasi di malaysia,walaupun begitu tindakan pembaiakan setiapa kelemahan dan keburukan dengan penyedian medium ini juga harus di ambil kira bagi mengelakan perkara tidak elok berlaku, selain itu Juga dengan pelancaran Pelan ini di harap celcom dapat menawarkan harga atau caj yang berpatutan dan mampu di miliki semua lapisan umur.

1 ulasan: