Lagi mengenai pasir di selangor di fahamkan semalam Kastam selangor telah mendedahkan satu kes menjual aset negara ke negara jiran ,dimana bernilai RM144,000. Kegiatan Menyeludup ini merupakan satu jenayah yang besar terhadap negara. dan mereka yang bertangunjawab sama ada secara lansung atau tidak harus di bawa ke muka pengandilan dengan melucutkan kerakyatan mereka agar kegiatan ini dapat di bendung dan memberi penajaran kepada mereka yang ingin melakukannya. Berikut perikan dari berita Kosmo Online..
PELABUHAN KLANG – Kastam Selangor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar pasir seberat 7,200 tan metrik bernilai kira-kira RM144,000 ke negara jiran dalam dua serbuan berasingan di sekitar Banting pada Selasa lepas dan semalam.
Turut ditahan dalam serbuan itu adalah lapan anak kapal termasuk seorang kapten berusia 53 tahun dan seorang pemilik pasir berusia 54 tahun.
Pengarah Kastam Selangor, Datuk Roslan Yusof berkata, penahanan pertama melibatkan seorang kapten dan tujuh anak kapal dibuat Selasa lepas setelah pihaknya menerima maklumat awam mengenai sebuah kapal menunda tongkang yang disyaki membawa muatan pasir di perairan Sungai Langat berhadapan Jugra, Banting.
"Bahagian Penguatkuasaan Kastam Selangor berjaya mengesan dan menahan kapal itu yang sedang dalam pelayaran ke sebuah negara jiran di selatan tanah air kira-kira pukul 2 petang di perairan itu.
“Pemeriksaan mendapati tongkang yang membawa muatan pasir seberat 3,600 tan metrik bernilai RM72,000 bagi tujuan eksport diikrar sebagai ”Mortar Mix” iaitu bahan yang digunakan untuk melekatkan batuan.
Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini, Roslan berkata, susulan tangkapan kes pertama, pasukan kastam telah melakukan serbuan di sebuah jeti persendirian di Jeti Pulau Carey, Banting, Selangor kira-kira pukul 1.20 petang semalam dan menahan sebuah tongkang yang juga membawa muatan pasir seberat 3,600 tan metrik bernilai RM72,000.
Lanjutan itu, seorang lelaki berusia 54 tahun telah tampil ke pejabat kastam dan mengaku dirinya sebagai pemilik pasir berkenaan dan ditahan untuk tindakan seterusnya,” katanya. – Bernama

P/s: apa nak jadi dengan rakyat kita sehingga sangup mengadaikan maruah negara sebegitu rupa demi kekayaan tanpa meminkirkan kesan masa akan datang tempat yang di korek pasir berkenaan...Nyahhhhhhh kau dari bumi melayu ini....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan