~

Ahad, 26 Disember 2010

Home » , » Kemalangan Bas Ekspres 26 Disember 2010

Kemalangan Bas Ekspres 26 Disember 2010

Selepas beberapa hari lalu kemalangan maut yang berlaku,kini masih beberapa hari selepas itu berlaku satu lagi kemalangan yang melibatkan Bas Ekspres. Berikut antara petikan dari Kosmo Online...dengan artikel..

6 Cedera Bas Ekspres 2 Tingkat Terbabas
TEMERLOH – Enam cedera, dua daripadanya patah tulang rusuk apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas di KM 363, Jalan Raub-Bentong, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata, dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, bas ekspres Mahligai berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Baharu, Kelantan ke Kuala Lumpur dengan membawa 39 penumpang.

Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tebing bukit berdekatan. Katanya, penumpang yang mengalami patah tulang rusuk dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, sementara empat lagi penumpang menerima rawatan di Hospital Raub.

"Penumpang selebihnya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan