~
Memaparkan catatan dengan label minyak kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label minyak kelantan. Papar semua catatan

Selasa, 2 Mac 2010

Akta Petroleum 1974

Akta Petroleum 1974 menunjukkan Kelantan tak berhak dapat royalti minyak

Saranan Tengku Razaleigh Hamzah supaya isu royalti petroleum Kelantan dirujuk ke mahkamah hanya membuang masa kerana Akta Petroleum 1974 dan perjanjian yang ditandatangani Petronas bersama kerajaan negeri jelas menunjukkan Kelantan tidak berhak menuntut dan mendapat royalti minyak.

Menurut sumber perundangan, peruntukan dalam akta itu menetapkan minyak di luar tiga batu nautika dari perairan bukan hak kerajaan negeri dan tidak perlu dipertikaikan.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan Ahli Parlimen Gua Musang itu kononnya Kelantan berhak mendapat royalti dan kes perlu diselesaikan di mahkamah dan tidak mahu merujuk kepada akta itu sebagai tidak berasas.

“(Sebaliknya) Mahkamah akan merujuk kepada akta dan perjanjian ketika membuat keputusan. Berdasarkan peruntukan dan perjanjian itu, kita tak nampak dia (Tengku Razaleigh) boleh menang, sebab perjanjian sudah jelas termaktub.

“Dia kena baca dan fahami undang-undang dengan betul. Siapa pun boleh cakap sekejap boleh, sekejap tak boleh (bagi royalti)… berdolak dalik sebab kepentingan tertentu, tetapi kita pelu rujuk undang-undang.

“Jika dia atau sesiapa saja nak bawa kes ini ke mahkamah, tidak ada masalah kerana sesiapa saja berhak berbuat demikian dan terpulang kepada mahkamah tentukan mengikut undang-undang,” katanya semalam.

Beliau diminta mengulas saranan Tengku Razaleigh untuk membawa kes tuntutan royalti minyak yang dikemukakan kerajaan Kelantan ke mahkamah jika berasakan akta itu tidak dihormati.

Tengku Razaleigh juga mendakwa jika kes mahu diselesaikan di mahkamah, ia tidak perlu merujuk kepada akta.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata sikap berdolak dalih Tengku Razaleigh adalah cubaan untuk mencuri perhatian dalam senario politik terkini, walaupun terpaksa menggunakan pentas pembangkang.

Katanya, pendirian Tengku Razaleigh yang tidak konsisten dan bercanggah dengan pendiriannya pada tahun 2000 bahawa semua negeri di Semenanjung tidak mempunyai hak ke atas minyak yang dijumpai di luar kawasan kekuasaan negeri amat mengecewakan dan mencacatkan kredibilitinya sebagai ahli politik berpengalaman.

“Saya membaca satu temu ramah… beliau mahu membela rakyat Kelantan yang sudah lama dizalimi dan tidak diberi hak. Persoalannya, adakah ketika beliau membantu Barisan Nasional (BN) menawan Kelantan pada 1978, beliau mengaku menzalimi Kelantan,” katanya.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo pula menggesa Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berbincang isu yang sudah berlarutan sekian lama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Pemimpin negeri kena jumpa pemimpin besar untuk bincangkan isu ini, jangan nak menyombong. Lagi pun tuntutan royalti lima peratus itu pun bukan besar, tidak mampu untuk membangunkan kerajaan negeri.

“Kerajaan Pusat juga patut bagi penjelasan kepada rakyat, berapa banyak peruntukan yang dikeluarkan kepada Kelantan termasuk peruntukan pembangunan dan pembayaran gaji kakitangan supaya rakyat faham,” katanya.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang meminta Tengku Razaleigh bersikap rasional dan konsisten dalam pendiriannya terutama isu yang membabitkan undang-undang.

“Kita harus bertanggungjawab terhadap bangsa dan negara serta jangan buat sesuatu yang menimbulkan kegelisahan rakyat yang ada antaranya kurang faham mengenai isu ini,” katanya.

Bekas menteri, Tan Sri Annuar Musa, pula berkata sebagai Ahli Parlimen BN, Tengku Razaleigh harus memberi penjelasan mengenai percanggahan pendiriannya kepada kepada Kerajaan Persekutuan.

“Saya berharap beliau diberi peluang menjelaskannya. Mungkin ada asas untuk berkata demikian dan kita tidak mahu pendirian yang dibuat berdasarkan pandangan politik semata-mata,” katanya.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meminta kerajaan negeri segera membawa perkara itu ke mahkamah kerana tidak ada gunanya semua pihak cuba menterjemah undang-undang yang menyebabkan perkara itu terus dipolitikkan.

Sumber: http://www.pribumiperkasa.com

Royalti Minyak Di Kelantan

PAS tidak seharusnya menuntut royali minyak daripada kerajaan persekutuan. Perjanjian yang telah dibuat oleh Kelantan dan Petronas pada tahun 1975 telah meliputi kawasan tuntutan dibawah bidang kuasa Joint Development Area (JDA) dibawah pengendalian kerajaan Malaysia dan Thailand. Kerana itu ia dipanggil sebagai wang ihsan. Wang ihsan bermaksud kerajaan persekutan mempertimbangkan posisi kelantan sebagai negeri yang mengeluarkan minyak, namun apabila kita bercakap soal undang-undang maritim, kerajaan Kelantan hanya mampu melihat sahaja.


Sebagai contoh, apabila seseorang menjumpai emas di kawasan rumahnya, emas tersebut bukan menjadi milik saudara tersebut kerana mengikut undang-undang tanah (National Land Code) emas dan lain-lain hasil mineral yang dijumpai dalam negara merupakan milik negeri tersebut (state). Mineral dimaksudkan di sini merupakan mineral yang dijumpai dibawah tanah, namun apabila kita bercakap soal maritim / sempadan laut yang beratus-ratus batu nautica jauhnya, ia jatuh di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.


Telaga ini baru diterokai sejak 2004. Dan telaga minyak ini terletak lebih 3 nautika dr pesisir kelantan bersempadan dengan kawasan laut Thailand. Oleh itu hasil ini tidak berhak sama sekali diberi kerajaan kelantan kerana syarat royalti minyak adalah di dalam kurang dr 3 nautika dari pesisir pantai negeri seperti hasil minyak di Sarawak. Disebabkan itulah Sarawak layak menerima royalti minyak.

The 1909 Anglo-Siamese Treaty menyatakan;

“All islands adjacent to the eastern States of Kelantan and Tringganu, south of the parallel of latitude drawn from the point where the Sungei Golok reaches the coast at a place called Kuala Tabar, shall be transferred to Great Britain, and all islands to the north of that parallel shall remain to Siam.”

- Subsequently, the two governments signed several agreements over their common maritime boundary in the Gulf of Thailand and South China Sea. The 1973 continental shelf boundary agreement between the two governments only covered the Straits of Malacca segment and did not cover the border in the Gulf of Thailand but on 24 October 1979, an agreement and a memorandum of understanding were signed to determine the common maritime boundary of the two countries in the Gulf of Thailand. The first agreement established the territorial sea boundary from the mouth of the Golok River at 6°14′30″N 102°5′36″E / to 6°27′30″N 102°10′0″E / . The MOU established the continental shelf boundary from the northern end-point to 6°50′0″N 102°21′12″E / with one turning point in between.

The boundary beyond the northern end-point is subject to dispute. However, both countries have come to an agreement to put aside the border dispute and allow for the joint exploitation of natural resources of the disputed area. The two countries signed a Memorandum of Understanding for the Establishment of a Joint Authority for the Exploitation of the Resources of the Sea-Bed in a Defined Area of the Continental Shelf of the Two Countries in the Gulf of Thailand on 21 February 1979, followed by an Agreement on the Constitution and Other Matters Relating to the Establishment of the Malaysia-Thailand Joint Authority on 30 May 1990 establishing a joint development area (JDA).



Ini bermakna jika Kelantan mahu menuntut royalti minyak dari Kerajaan Malaysia, Kelantan juga harus menulis surat kepada Kerajaan Thailand untuk perkara yang sama oleh kerana kawasan tersebut telah menjadi milik bersama Malaysia-Thailand. Tambahan pula kedua-dua negara masih dalam proses tuntutan terbaru kerana tidak berpuas hati dengan JDA yang telah ditandatangani, hal ini masih lagi dalam proses perundangan. Oleh kerana itu siapalah Kelantan mahu menuntut hak royalti di sini? Kalau dapat wang ehsan pun dah bersyukurlah kerana Malaysia sedang menuntut haknya demi Kelantan menentang Thailand.

Menurut kata Dr.Lo’Lo Ghazali dan Husam Musa, Akta Kemajuan Petroleum tidak menyebut pemberian hak royalti ditentukan oleh 3 batu nautika. Benar tidak ada menyebut tentang perkara itu. Tapi apakah Dr.Lo’Lo pasti tiada kes (judicial precedent) yang telah dibuat mengenai perkara 3 batu ini? Sudah Dr.Lo’Lo atau Husam periksa betul-betul?

Kerajaan Kelantan bergantung kepada perjanjian yang dibuat oleh Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dengan Allahyarham Dato’ Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan dari Barisan Nasional. Dalam perjanjian tersebut telah dipersetujui bahawa Kerajaan Kelantan layak mendapat royalti sebanyak 5% setiap 6 bulan daripada hasil penjualan minyak Petronas.

Walaubagaimanapun atas sebab bahawa kawasan telaga minyak yang dituntut ini berada dalam Joint Develoment Area (JDA) di antara Malaysia – Thailand dan Malaysia – Vietnam, ini tiada kena-mengena dengan Kelantan melainkan Kelantan turut menyertai JDA tersebut. Malang buat Kelantan kerana kawasan dituntut diliputi oleh JDA ini. Walaupun Tuan Guru Nik Aziz menegaskan bahawa Kelantan hanya menuntut haknya daripada Kerajaan Malaysia, kehadiran JDA ini tadi seharusnya membuka bidang kuasa baru kepada Malaysia samada mahu memberi royalti kepada Kelantan atau tidak kerana JDA ini terletak dibawah bidang kuasa sepenuhnya oleh Thailand dan Malaysia.

Kawasan perairan Kelantan yang kecil dan pendek ini kemudian telah diambil alih oleh JDA yang terletak dibawah bidang kuasa Malaysia – Thailand.

Dalam erti kata lain, perjanjian antara kerajaan negeri Kelantan dengan Tengku Razaleigh itu telah berlalu (lapsed) dengan kehadiran JDA ini. Perjanjian tersebut tidak lagi terpakai (applicable) kepada JDA yang termaktub dibawah Malaysia – Thailand Joint Authority Bill 1990.

Seksyen 7 Malaysia – Thailand Joint Authority Bill 1990 menyatakan – The Joint Authority shall pay to each of the Governments royalty in the amount of five per centum of gross production of petroleum, in the manner and at such times as may be prescribed by regulations.
Perkataan ‘Governments‘ dalam perkara tersebut merujuk kepada tafsiran Akta tersebut membawa maksud Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Tiada pula saya lihat ‘government of Kelantan’?

Identiti Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat seperti termaktub dibawah perlembagaan persekutuan membawa maksud dua identiti berbeza. Oleh itu Kerajaan Negeri tidak mewakili Kerajaan Persekutuan dan juga sebaliknya. Mungkin sebelum JDA termaktub, Kerajaan Kelantan boleh bergantung kepada perjanjian antara Petronas dan Kelantan. Namun selepas kehadiran JDA, posisi Kelantan harus dikaji semula.

Adalah tidak adil jika kita kembali menyorot perjanjian asal tersebut kerana selepas perlaksanaan JDA 1990, hasil petroleum telah dibahagi samarata 50-50 antara Malaysia dan Thailand.

Kerana itulah ia dinamakan wang ehsan. Ehsan bermaksud kerajaan persekutuan memberikan wang tersebut atas budi bicara dan bukan kerana hak negeri Kelantan.


DR SIDDIQ AZANI UIAM
sumber: http://arifomar.blogspot.com/