Memaparkan catatan dengan label PRU-13. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRU-13. Papar semua catatan
Ahad, 5 Mei 2013
Selasa, 16 April 2013
PRU-13 - Calon BN PERLIS
P.001 PADANG BESAR - ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN UMNO
N.01 TITI TINGGI - KHAW HOCK KONG MCA
N.02 BESERI - MAT RAWI BIN KASSIM UMNO
N.03 CHUPING - ASMAIZA BINTI AHMAD UMNO
N.04 MATA AYER - KHAIRI BIN HASSAN UMNO
N.05 SANTAN - SABRY BIN AHMAD UMNO
P.002 KANGAR - SHAHARUDDIN BIN ISMAIL UMNO
N.06 BINTONG - RELA BINTI AHMAD UMNO
N.07 SENA - ABDUL JAMIL BIN SAAD UMNO
N.08 INDERA KAYANGAN - POR CHOO CHOR MCA
N.09 KUALA PERLIS - MAT BIN HASAN UMNO
N.10 KAYANG - AHMAD BAKRI BIN ALI UMNO
P.003 ARAU - SHAHIDAN BIN KASSIM UMNO
N.11 PAUH - AZLAN BIN MAN UMNO
N.12 TAMBUN TULANG - ISMAIL BIN KASIM UMNO
N.13 GUAR SANJI - JAFPERI BIN OTHMAN UMNO
N.14 SIMPANG EMPAT - NURULHISHAM BIN YAAKOB UMNO
N.15 SANGLANG - FATHUL BARI BIN MAT JAHYA UMNO
N.01 TITI TINGGI - KHAW HOCK KONG MCA
N.02 BESERI - MAT RAWI BIN KASSIM UMNO
N.03 CHUPING - ASMAIZA BINTI AHMAD UMNO
N.04 MATA AYER - KHAIRI BIN HASSAN UMNO
N.05 SANTAN - SABRY BIN AHMAD UMNO
P.002 KANGAR - SHAHARUDDIN BIN ISMAIL UMNO
N.06 BINTONG - RELA BINTI AHMAD UMNO
N.07 SENA - ABDUL JAMIL BIN SAAD UMNO
N.08 INDERA KAYANGAN - POR CHOO CHOR MCA
N.09 KUALA PERLIS - MAT BIN HASAN UMNO
N.10 KAYANG - AHMAD BAKRI BIN ALI UMNO
P.003 ARAU - SHAHIDAN BIN KASSIM UMNO
N.11 PAUH - AZLAN BIN MAN UMNO
N.12 TAMBUN TULANG - ISMAIL BIN KASIM UMNO
N.13 GUAR SANJI - JAFPERI BIN OTHMAN UMNO
N.14 SIMPANG EMPAT - NURULHISHAM BIN YAAKOB UMNO
N.15 SANGLANG - FATHUL BARI BIN MAT JAHYA UMNO
PRU-13 - Calon BN Terengganu
P033 - BESUT - DATO' SERI IDRIS JUSOH
N01- KUALA BESUT - ABD. RAHMAN MOKHTAR
N02- KOTA PUTERA - MAHADI MUSA
N03- JERTEH - MUHAMAD PEHEMI YUSOF
N04- HULU BESUT - NAWI MOHD
P034 - SETIU - DATUK MOHD ZULKIFLI
N05- JABI - ISKANDAR
N06- PERMAISURI - DATUK MOHD JIDIN BIN SHAFIE
N07- LANGKAP - SABRI MOHD NOR
N08- BATU RAKIT- KHAZAN CHE MAT
P035- KUALA NERUS - DATUK MOHD NASIR IBRAHIM FIKRI
N09- TEPOH - RAMLI NUH
N10- TELUK PASU - DATO' ABDUL RAHIN MOHD SAID
N11- SEBERANG TAKIR - DATO' AHMAD RAZIF ABD. RAHMAN
N12- BUKIT TUNGGAL - ISMAIL NIK
P036- KUALA TERENGGANU - ZUBER EMBONG
N13- WAKAF MEMPELAM - WAN MAHYUDIN WAN NGAH
N14- BANDAR - DATO' TOH CHIN YAW
N15- LADANG - DATO' WAN AHMAD FARID WAN SALLEH
N16- BATU BURUK - DATUK CHE MAT JUSOH
P037- MARANG- DATO' HAJI YAHYA KHATIB MOHAMAD
N17- ALOR LIMBAT - HAJI ALIAS ABDULLAH
N18- BUKIT PAYONG - ZAIDI MUDA
N19- RHU RENDANG - NIK DIR NIK WAN KU
N20- PENGKALAN BERANGAN - A. LATIF AWANG
P038- HULU TERENGGANU - DATO' JAILANI JOHARI
N21- TELEMONG - ROZI MAMAT
N22- MANIR - YUSOF AWANG HITAM
N23- KUALA BERANG - TENGKU PUTERA TENGKU AWANG
N24- AJIL- RAZALI BIN TAIB
P039- DUNGUN - DATO' ROSLI MAT HASSAN
N25- BUKIT BESI - ROSLI BIN DAUD
N26- RANTAU ABANG - ZAABAR MOHD ADIB
N27- SURA - ZAKARIA BIN ALI
N28- PAKA - MATULIDI BIN JUSOH
P040- KEMAMAN - DATO' SERI AHMAD SHABERY CHEEK
N29- KEMASIK - ROSLI BIN OTHMAN
N30- KIJAL - DATO' SERI AHMAD BIN SAID
N31- CUKAI - WAN AHMAD NIZAM
N32- AIR PUTEH - WAN ABDUL HAKIM WAN MOKHTAR
Sabtu, 13 April 2013
TARIKH-TARIKH PENTING PILIHAN RAYA UMUM KE 13
1. Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) telah menerima Perisytiharan oleh Seri Paduka Baginda Yang
Di-Pertuan Agong pada 3 April 2013 berhubung dengan pembubaran Dewan
Rakyat. Pada 5 April 2013 semua Dewan Undangan Negeri juga telah
dibubarkan dan pada hari ini SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas.
2. Menurut Fasal (4) Perkara
55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan suatu pilihan raya
umum di dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh pembubaran itu.
3. Bagi membantu SPR menjalankan pilihan raya itu, penyerahan writ oleh Pengarah-Pengarah Pilihan Raya Negeri kepada 222 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan 1,088 Penolong Pegawai Pengurus akan
dibuat. Bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya
sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR telah memutuskan untuk
menubuhkan 379 Pegawai Penguat Kuasa yang juga merupakan Ketua bagi Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).
4. Bagi menjalankan PRU Ke-13 ini, SPR akan menggunakan
8,789 Pusat Mengundi yang mengandungi 26,219 Tempat Mengundi (Saluran). Bagi maksud Hari Pengundian Awal, sebanyak 544 Pusat Mengundi dengan 882 Tempat Mengundi akan dibuka. Manakala bagi Pengundian Biasa, sebanyak 8,245 Pusat Mengundi disediakan dengan 25,337 Tempat Mengundi akan dibuka.
5. Bagi tujuan membantu SPR menjalankan PRU Ke-13, seramai 234,905 orang petugas pilihan raya akan dilantik. Untuk PRU Ke-13, sebanyak RM400 juta peruntukan telah diperolehi oleh SPR bagi menjalankan pilihan raya ini.
6. Daftar Pemilih yang akan digunakan bagi PRU Ke-13 ini ialah
Daftar Pemilih Induk (DPI) 2011, Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun
Pertama 2012, Suku Tahun Kedua 2012, Suku Tahun Ketiga 2012 dan Suku
Tahun Keempat 2012 yang dinyatakan dalam Notis Pewartaan yang akan
diwartakan pada 11 April 2013. Daftar Pemilih Pilihan Raya itu mengandungi 13,268,002 orang pemilih yang terdiri dari 12,992,661
Pemilih Biasa, 161,251 orang Tentera dan pasangan, 111,136 orang Polis
dan pasangan Polis Gerakan Am (PGA) serta 2,954 orang Pengundi Tidak
Hadir (PTH) luar negara.
7. Daftar Pemilih
Pilihan Raya dalam bentuk Cakera Padat (CD) bagi pilihan raya itu akan
mula dijual pada 15 April 2013 dan dalam bentuk buku pada 19 April 2013.
Para pengundi boleh membuat semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui
maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi mereka melalui laman web
SPR (www.spr.gov.my), Portal PRU Ke-13 (www.pru13.gov.my) atau melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO. KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 15 April 2013. Bagi semakan melalui SMS juga, SPR telah menyediakan kemudahan tambahan seperti yang berikut:
(a) 29292 bagi pengguna Celcom;
(b) 33080 dan 22789 bagi pengguna Maxis; dan
(c) 33080 bagi pengguna Digi.
Semakan boleh dibuat dengan menaip spr no. kad pengenalan dan hantar kepada nombor-nombor tersebut. Para pengundi juga boleh menelefon Ibu Pejabat SPR di Putrajaya (03-8885 6565) dan Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri.
8. Sehubungan
dengan itu, pada hari ini SPR yang terdiri daripada tujuh anggota Ahli
Panel, iaitu saya selaku Pengerusi. Timbalan Pengerusi, Datuk Wira Haji
Wan Ahmad Wan Omar dan lima Ahli lain, iaitu Datu Haji Ramji bin Alli,
Datuk Dr. P. Manogran, Datuk Christopher Wan Soo Kee, Dato’ Haji Md.
Yusop bin Haji Mansor dan Tuan Haji Abdul Aziz bin Khalidin telah
mengadakan Mesyuarat Khas dan mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi PRU Ke-13 adalah seperti yang berikut:
|
Tarikh Keluar Writ
|
:
|
11 APRIL 2013 (KHAMIS)
|
|
Tarikh Notis Pilihan Raya
|
:
|
12 APRIL 2013 (JUMAAT)
|
|
Tarikh Penamaan Calon
|
:
|
20 APRIL 2013 (SABTU)
|
|
Tarikh Mengundi Awal
|
:
|
30 APRIL 2013 (SELASA)
|
|
Tarikh Mengundi
(Jika ada pertandingan)
|
:
|
05 MEI 2013 (AHAD)
|
9. Bagi memastikan proses
pelaksanaan PRU Ke-13 ini berjalan lancar, SPR memohon agar semua pihak
mematuhi undang-undang dan peraturan serta arahan pihak polis yang
bertanggungjawab untuk memastikan ketenteraman awam semasa PRU Ke-13.
Parti-parti politik, calon-calon, petugas-petugas dan para penyokong
parti serta mana-mana individu lain yang akan terlibat semasa
berkempen, hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan
pilihan raya serta tatasusila berkempen sebagaimana yang ditetapkan oleh
SPR.
10. SPR juga ingin mengingatkan
calon-calon dan parti-parti yang bertanding mengenai kesalahan di bawah
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5). Bahagian III Akta 5
menyenaraikan segala perbuatan rasuah yang jika seseorang itu
disabitkan dengan kesalahan itu dia boleh dikenakan hukuman penjara dan
denda. Kesalahan di bawah Bahagian III Akta 5 ini merupakan
“kesalahan yang ditetapkan” di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 yang mempunyai kuasa untuk menyiasat, mengikut peruntukan
undang-undang, mana-mana orang yang melanggar mana-mana seksyen di
bawah Bahagian III Akta 5. Sepanjang tempoh PRU Ke-13 ini, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memantau apa-apa aktiviti bagi
memastikan mana-mana orang yang didapati melanggar Akta 5 akan disiasat
dan jika mempunyai bukti yang lengkap, akan didakwa.
11. SPR juga ingin mengingatkan
bahawa pada hari pengundian, tiap-tiap majikan dikehendaki
memperuntukkan tempoh yang munasabah kepada pekerja-pekerjanya untuk
keluar mengundi. Subseksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
memperuntukkan seperti yang berikut:
“25. (1)
Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi membenarkan suatu tempoh
yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi,
dan tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau
saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau
menuntut daripadanya apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja
dalam tempoh itu.” .
12. Mana-mana majikan yang
secara langsung atau tidak langsung enggan membenarkan pekerjanya keluar
mengundi boleh, apabila disabitkan, didenda sebanyak lima ribu
ringgit atau dipenjara selama satu tahun sebagaimana yang diperuntukkan
di bawah subsekyen 25(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
13. Maklumat-maklumat lain
berhubung dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 ini akan dikeluarkan dari
semasa ke semasa oleh Ibu Pejabat SPR atau Pengarah-pengarah Pilihan
Raya Negeri atau Pegawai-pegawai Pengurus Pilihan Raya berkenaan.
Sekian dimaklumkan dan dan terima kasih.
(TAN SRI DATO’ SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF)
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
10 April 2013
Sumber : Portal Rasmi PRU-13
Langgan:
Catatan (Atom)
Label
Hiburan
(35)
lirik lagu
(21)
Politik
(17)
BLOGGER
(11)
Nuffnang
(9)
Terengganu
(9)
DOWNLOAD
(8)
Kerjaya
(6)
tip nuffnang
(6)
Artikel
(5)
E-BOOK
(5)
Pemimpin
(5)
TERJAH BLOGS
(5)
AGAMA
(4)
TUTORIAL
(4)
Tun Dr.Mahathir
(4)
CERITA MELAYU
(3)
AFFILIATE
(2)
E-NUMX
(2)
Jawatan kosong
(2)
Komik
(2)
Peniagaan
(2)
award
(2)
MBKT
(1)
ebook
(1)

