Gejala dan masalah sosial
Yang tiada noktahnya
Bagi mereka-mereka yang berdiri di sini
Ia hanya bagaikan sebuah interlud
Sekadar renungan, kehidupan
Senja menjelma tiba
Bermulalah lagi sandiwara
Tak mengenal dosa
Gadis awal belasan
Mesranya di dalam dakapan
Tahukah kau namanya
Kejar kebebasan
Mahu kepuasan
Pelaku terhina
Tidakkah kau terasa gentar dengan
Pembalasan Tuhan!
CHORUS
Salah siapa sering ditanya
Salah mereka atau kau saja
Salah siapa apa terjadi
Kau penentunya, jalan hidup sendiri
Merenung kembali onak kehidupan ini
Tak siapa bisa lari dari dari masalah diri
Dunia realiti…bagi mereka yang leka
Pastinya akan terjerat dan pastinya akan tersekat
Benarkah, benarkah kau sedar apa dilaku… kata
Yang bagimu bagaikan perkara biasa
Bertemankan dosa
Jadi janganlah kau katakan itu salah mereka
Senario kehidupan
Pohon neon merah menyinarkan
Kesesatan insan
Walau berkali ditegur
Walau berkali kau dihina
alasan kau elah dewasa
Manakah hilangnya
Maruah bangsa
Pegangan agama
Sedarlah kau sahaja penjaga prinsip dan maruah diri
Repeat CHORUS
Lihatlah..lihatlah apa yang ada di tanganmu
Kenapakah pula semua temanmu kini membisu
Dulu bersama walaupun dimana saja
Kini kau berbadan dua … ayahnya entah siapa
Katakan ke mana kan kau lari
Mana 'kan kau cari
Harga diri yang tinggal hanya secebis mimpi
Sekarang siapa rugi
Adakah mereka ataupun diri sendiri
Kejar kebebasan
Mahu kepuasan
Segan sudah tiada
Hidup bagai tak bererti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan