~

Jumaat, 7 Mei 2010

Jawatan Kosong Perbadanan Hang Tuah Jaya - Melaka

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan kepada anak Negeri Melaka) yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi jawatan-jawatan berikut di Perbadanan Hang Tuah Jaya :-

1. Penolong Pegawai Tadbir N27 Sambilan (1 Kekosongan)
2. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17 1 Sambilan (1 Kekosongan)
3. Pembantu Tadbir Kewangan W17 1 Sambilan (1 Kekosongan)
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 7 Sambilan (7 Kekosongan)
5. Pembantu Am Pejabat N1 1 Sambilan (1 Kekosongan)
6. Pemandu R3 1 Sambilan (1 Kekosongan)

1. JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR - GRED N27
i. STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
ii. Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iii. Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
iv. Kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia

Jurupakaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
i. mempunyai kelayakan di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


2. JAWATAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT - GRED N17
i. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota ringkas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas atau nota rintas sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
ii. [Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer]; dan
iii. kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


3. JAWATAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) - GRED W17
i. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
ii. SPM serta sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
iii. SPM serta Sijil Perdagangan Malaysia di Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
iv. Sijil Pengurusan Perniagaan atau Sijil Penyimpanan Kira-kira daripada Politeknik di bawah Kementerian Pendidikan atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
v. Kepujian B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


4. JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
iv. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
v. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
i) mempunyai kelayakan di perenggan (iii) di atas; atau
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan


5. JAWATAN PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1
i. Warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii. berpelajaran di peringkat sekolah rendah; dan
iv. boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.


6. JAWATAN PEMANDU GRED R3 (LELAKI SAHAJA)
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii. Tamat Darjah 6 dan lesen D (kecuali lesen memandu dalam tempoh Percubaan(P); atau Tamat Darjah 6 dan lesen E/E1/E2(kecuali lesen memandu dalam tempoh Percubaan(P) berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ); atau Tamat Darjah 6 dan lesen F/H(kecuali lesen memandu dalam tempoh
Percubaan(P); atau Tamat Darjah 6 dan lesen G/I(kecuali lesen memandu dalam tempoh Percubaan(P); dan
iv. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan; dan
v. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

CARA-CARA MEMOHON :-
Permohonan perlulah disertakan dengan salinan sijil-sijil kelayakan atau dokumen-dokumen yang berkaitan dan hendaklah diakui sah sepertimana syarat yang ditetapkan dan dihantar ke alamat berikut:-

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Ketua Pegawai Eksekutif,
Perbadanan Hang Tuah Jaya,
Aras 3, Wisma Negeri, Bandar MiTC,
Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka.
(Up: Bahagian Pentadbiran)

Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 MEI 2010.

PERMOHONAN HANYA AKAN DIPROSES :-
i. Permohonan yang menggunakan borang penjawatan Perbadanan Hang Tuah Jaya;
ii. Semua salinan sijil-sijil persekolahan, surat beranak, kad pengenalan hendaklah diakui sah oleh pihak yang berkelayakan;
iii. Maklumat yang dikehendaki hendaklah ditulis dengan terang dan jelas;
iv. Pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan di dalam iklan; dan
v. Pemohon perlu menandatangani borang permohonan.

CATATAN AM :-
i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga;
ii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap
permohonan adalah tidak berjaya; dan
iii. Keutamaan akan diberikan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.

Tarikh Tutup Permohonan: 14 Mei 2010

Selasa, 4 Mei 2010

Peluang affiliate menjadi agent broadband (Streamyx, Celcom, P1 Wimax)

Ingin berniaga TANPA MODAL?
Ingin menjual perkhidmatan yang MEMANG SUDAH DIKENALI RAMAI?
Ingin turut serta di dalam salah sebuah SYARIKAT GERGASI di Malaysia yang telah pun mempunyai RANGKAIAN PERNIAGAAN SELURUH NEGARA?

Peluang menyertai sistem affiliate broadband Streamyx oleh Telekom Malaysia Berhad.

Komisyen LEBIH 200%!

Anda berpeluang membuat rangkaian perniagaan di mana setiap jualan dari rangkaian akan menjana pendapatan berterusan kepada anda.

Tak perlu bayar apa-apa… hanya masukkan sahaja email anda dan isi borang pendaftaran di
http://www.micropurple.com/online/business/join_us.asp?no=WMP16020

atau klik gambar di bawah

Micropurple

Micropurple

sebenarnya melalui Micropurple ni anda juga boleh registerkan Celcom Broadband, SME ONE, Telefon Telekom dan P1 Wimax… Cuma buat masa ni yang dah aktif cuma Telefon Telekom, Broadband Streamyx dan SME One… Celcom dan P1 Wimaxn masih dalam pembinaan…


Micropurple - Menu Pilihan

Peluang sebegini sememangnya sukar dicari, anda adalah antara yang bertuah menemui peluang perniagaan PERCUMA sehebat yang disediakan di Micropurple ini.

Jadi, untuk memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin, join sekarang! Jangan buang masa lagi! Lagi awal kamu masuk lagi awal kamu dapat memulakan perniagaan dan lebih cerah harapan untuk mempromosikan peluang ini kepada seramai mungkin!

Sama ada anda sedar atau tidak, masa terus berlalu…

Jangan berlengah lagi! Klik SINI dan mulakan langkah pertama anda SEKARANG!

Isnin, 3 Mei 2010

Kelahiran Baru BlogKu

huhhhhhhhhhhhhhhh...entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku rasa menyampah pulak ngan blog aku ni..dengan templates entah apa-apa,.Untuk melahirkan semula blog aku ni dalam masa terdekat aku akan buat beberapa perubahan seperti berikut:
1-Tukar templates baru----yang ni aku masih cari templates yang sesuai dengan imej baru blog aku..
2.Ruangan Download/pindah turun---> yang ni pulak mungkin aku buat ruangan pindah turun filem dan cerita-cerita melayu.Tengok la nanti yek.
3.Ruangan Rangkaiyan---> nak tambah apa ek...mungkin aku nak tambah ruangan Politik,perniagaan,Komuniti dan aku tak terpikir lagi tengok la dulu.hehehhe
4.lain-lain perubahan tunggu...hehehe

SASARAN KU RM500 MELALUI NUFFNANG

Hari ini 3 mei 2010 dah 6 bulan aku menjadi ahli nuffnang dan pendapatan sekarang melalaui Nuff ni tak banyak sangat dalam RM103.25,walaupunbagaimanapun aku bersyukur apa yang aku dapat Tapi sasaran aku kalau bleh dapat menjana sekurang-kurangnya RM500. BLEH DAPATKER...Entah lah aku pun tak tau..Apa sangat la yang ada kat blog aku ni. Ya la kan aku kan masih baru dalam dunia BLOg ni dan masih banyak kekurangan yang ada dan perlu banyak lagi aku belajar dari otai-otai Bloging yang ada di malaysia. Tengok sajer la BLOG aku ni entah apa-apa la. Walaupun kedua-dua Blog aku ni iaitu http://asiaticaherb.blogspot.com/ dan http://dhalal.blogspot.com/ tidak mendapat trafik yang memuaskan kedua-dua blog ini juga la menjana pendapatan sampingan melalui online atau internet, Kepada mereka yang ada blog dari blogspot, wordpress dan lain-lain penyedia Blogs aku cadangkan jadilah ahli NuFF ni tak rugi pun.Kepada Mereka yang menjana pendapatan melalui NUFF ni aku doakan semoga berjaya dan menjana pendapatan melalui NUFF ini dengan baik walaupun tidak memberi pulangan yang banyak,tetapi boleh meringankan beban kita dalam kehidupun..